𝟕

238 25 33
                                    

"Huh..." Dari tadi keluhan tak henti-henti keluar daripada bibir Taehyung. Kepalanya berserabut memikirkan pelawaan Haneul pada malam tadi. 

Kalau dia tinggal di rumah gadis itu, ketagihan ini boleh hilang. Tapi, bagaimana dengan Carla ? Takkan dia mahu tinggalkan gadis itu pula ?

"Shibal." Taehyung menyandarkan tubuhnya di sofa sambil memejamkan kedua belah mata. Sekarang ini pun dirinya sudah tidak tentu arah. Dalam fikirannya hanya perlukan ciuman seseorang sahaja.

"I need her right now." Terus kunci keretanya dicapai dan enjin dihidupkan. Keretanya dipecut laju ke tempat kerja Carla.

Sampai sahaja di sana, terus bilik pejabat Carla dituju. Pintu dibuka, namun tiada sesiapa pun di dalam bilik tersebut.

"Where's Carla ?" Tanya Taehyung kepada Aeri, merangkap PA kepada Carla itu. 

"Ouh, Cik Carla sedang ada meeting dengan klien dia. Kenapa, encik ? Ada apa-apa yang saya boleh bantu ?" Aeri pelik melihat Taehyung yang nampak seperti resah dan tidak terurus itu. Selalunya, Taehyung lah lelaki paling bergaya yang dia pernah nampak.

Tanpa menghiraukan soalan yang diajukan kepada dirinya, Taehyung terus beredar pergi dari situ dan menuju ke bilik mesyuarat. Aeri menjerit-jerit memanggil nama Taehyung namun tidak diendahkan juga.

Pintu dibuka kasar, terpacul wajah Carla bersama klien-kliennya di dalam bilik mesyuarat tersebut. Wajah Carla berubah menjadi terkejut melihat teman lelakinya berada di situ.

Taehyung dengan tiba-tiba menuju ke arah Carla yang sedang berdiri di hadapan itu lalu dia menarik tengkuk gadis itu dan terus membenamkan bibirnya kepada bibir Carla.

Terus membulat mata Carla apabila diperlakukan sebegitu. Sudahlah ada klien bersamanya, tak ke malu ? Berkali-kali dia menolak dan memukul-mukul dada bidang Taehyung supaya melepaskannya.

Belum sempat Taehyung ingin mencium Carla dengan lebih lama, terasa tubuhnya ditarik oleh beberapa orang pengawal. Tercungap-cungap Taehyung dibuatnya, bibirnya sudah kembali seperti normal. Tidak menggelupas lagi.

"Sayang, I-" Taehyung cuba untuk menjelaskan kepada Carla, namun wajah gadis itu membeku. Mana dia nak letak mukanya ? Tiba-tiba sahaja Taehyung meluru ke arahnya dan melakukan aksi hangat di depan semua orang.

"Get out." Arah Carla mendatar. Wajah Taehyung langsung tidak dipandang.

Taehyung masih lagi berdiri tegak di situ, tidak berganjak langsung. Klien yang lain pula hanya melihat drama tidak berbayar ini.

"You nak security angkut you pergi keluar or you nak jalan sendiri ?" Kata-kata Carla membuatkan Taehyung mengeluh panjang.

Dengan langkah yang berat, dia keluar dari bilik mesyuarat itu.

.

.

.

"Sayang, I'm sorry. I tak tahu kenapa I boleh jadi sampai macam tu sekali." Kedua belah bahu Carla dipegang oleh Taehyung, anak matanya merenung wajah gadis itu dengan penuh perasaan.

"Taehyung, you know what ? You dah malukan I tahu tak ? All of my clients watched us. Mana I nak letak muka I ? Kalau diorang semua pergi cari company lain, I yang rugi you tahu ?" Habis semua kemarahan dihamburkan kepada Taehyung. Tiada lagi panggilan manja yang sering diberikan kepada lelaki itu.

"I know, but I tak sengaja. Please, forgive me sayang. You cakap je apa yang I boleh buat untuk you supaya you maafkan I." Taehyung cuba lagi untuk memujuk gadis kesayangannya itu. Silap dia juga kerana pergi ke pejabat Carla.

"I nak kita putus, I don't need you anymore." Terus berkerut dahi Taehyung mendengar apa yang Carla sampaikan kepadanya. Takkanlah hal yang dikira kecil ini pun nak bawa kepada perpisahan ? Oh, Taehyung tak sanggup.

"Sayang, kita still boleh bawak bincang benda ni, right ? Please, I don't want to break up with you. Okey, I janji I takkan ganggu you lagi bila you kerja-"

"No, I nak break dengan you. I tak perlukan lelaki yang gilakan seks macam you, Taehyung. You ingat I tak tahu ke hah perangai you ? You banyak kali kan cuba untuk sentuh I ? Bila you tak dapat, you pergi night club. Tch, semua lelaki sama je." 

Habis sahaja Carla berkata demikian, terus gadis itu meninggalkan Taehyung yang sudah kelihatan tercengang itu. Sesungguhnya, dia tak sanggup untuk berpisah dengan Carla. Telah lama mereka menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih, sudahnya end up dengan perpisahan.

"I-i'm sorry, sayang..." Setitis air mata merempes di pipi mulus Taehyung. Biarlah orang nak kata dia lelaki lembik ke apa, dia tak kisah. Yang pasti dia amat terkesan dengan perpisahan ini.

Sedang dia sibuk melayan perasaannya, Iphonenya berbunyi tanda ada panggilan masuk. Dengan longlai dia mencapai telefon tersebut yang terletak di atas meja. 

Nama pemanggil tersebut membuatkan dia sudah yakin dengan keputusannya. Dia akan tinggal bersama Haneul selama 2 bulan.



━━━━━




Entahlah Senah, aku pun tak tahu apa yang aku merapu ni ಥ_ಥ



『𝐒𝐔』the kiss addict | kthWhere stories live. Discover now