#BAB 2 : M.A.R.D

6 1 0
                                    

Bangunan M.A.R.D ni amat besar dan gah kerana dahulunya bangunan ini hanyalah sebuah stadium bola sepak tetapi selepas letupan itu, bangunan ini direka semula untuk menjadi fasiliti pertahanan. Bangunannya betul-betul dihadapan tembok pemisah antara kawasan utara dan juga selatan.

Kesemua 600 pelatih beratur memasuki 10 pintu utama. Di atas pintu tertulis ' Ujian Saringan '.

Pelbagai ujian dilakukan untuk memastikan kami sihat dan cergas, daripada ujian air kencing, darah hingga ke ujian IQ. Ianya mengambil masa lebih kurang 3 hari untuk kesemua 600 pelatih lepas ujian saringan tersebut. Sistem mereka agak pantas jika hendak dibandingkan dengan sistem bantuan kerajaan yang disediakan di semua Daerah.

Setelah sekian lama menunggu, sudah tiba giliran Kai untuk memasuki bilik ujian saringan. Seluruh anggota badannya telah diambil sampel dan periksa.

"Kamu lulus. Tahniah"

Kai hanya diam memandang rangka plastik dibelakang doktor tersebut.

Doktor wanita itu hanya tersenyum manis, "Nah" Kad matriks bersama gambar tertulis PELATIH (C322311) beserta beg plastik berisi 3 keping roti dan sebotol 3 litre air kosong diberikan kepadanya.

"Kad ni hanya boleh diakses di tempat-tempat tertentu sahaja" Sambungnya.

"Terima kasih" Kai mengucap sopan lalu keluar ke pintu kedua, laluan yang dibawa terus menuju ke anjung melalui terowong yang telus dengan cahaya lampu-lampu dianjung.

Kai mengambil tempat duduk disudut anjung yang besar untuk menunggu semua pelatih tamat ujian saringan.

"Ramainya" seorang gadis cina tiba-tiba sahaja duduk di sebelah Kai bersama kesan coklat yang comot dibibirnya.

Kai tidak memandangnya, malah menganjakkan dirinya sedikit jauh.

"Hai Amoi" Beberapa orang lelaki mendekati gadis tersebut.

"Sorang je? Kitorang teman ya. Dah ada teman lelaki ke belum ni?" Tanya seorang lelaki berkulit sawa matang.

"Janganlah sombong"

"Tu" jawab wanita itu lalu memuncungkan bibirnya ke arah Kai yang tidak henti menghentakkan kakinya kerana gementar.

"Qayyum" gadis tersebut bangun lalu duduk betul-betul rapat di sebelah Kai sambil memeluk tangannya.

Kai yang terkejut terbangun. Mukanya merah padam seperti warna epal kemerahan.

'ni apahal pulak ni?' hatinya berbisik.

Lelaki-lelaki tersebut terus meninggalkan gadis itu. Lelaki yang berkulit sawa matang itu memandang tajam ke arah Kai sebelum mengikuti rakan-rakannya mencari mangsa baharu.

Kai menolak perlahan lengan pelatih wanita itu.

"Sorry... Terdesak" katanya melepaskan tangannya yang berada di lengan Kai. "Hani" sambungnya lalu menghulurkan tangan kanannya.

"Qayyum... atau Kai.. mana-manalah" jawab Kai ringkas meninggalkan tangan Hani tergantung.

"Tahu..." Hani memuncungkan bibirnya ke kad matriks milik Kai.

"Kai!!!" Teriak Darwin dari jauh.

Kai menyahut lalu memeluk sepupunya itu.

'Dia minat lelaki rupanya' Hani mengangguk tidak berkata apa-apa.

Selama beberapa hari itu Hani menjadi belangkas Kai, kemana sahaja Kai pergi Hani akan ikut. Jika dibiarkan dengan lebih lama, orang sekeliling mereka berdua termasuk Darwin boleh mempunyai anggapan bahawa mereka adalah pasangan sejoli.

SurVivorWhere stories live. Discover now