Harleen tidak diam,dia bertindak sama.Tangan naik menahan dada bidang Ku Gibran.

"Habistu kau nak kita tinggal dekat sini?"Soalnya selepas menjauhkan wajah dari rambut tersebut.Kening kanan diangkat satu.Dengan kedudukan masih tidak teralih Harleen dapat rasa nafas kasar Ku Gibran menampar kulit wajahnya.Kepala dianggukkan.

"Tch...bodoh juga kau ni?Kau ingat aku nak tinggal sangat dekat rumah buruk kau ni.Sudahlah kecil,lebih baik aku tinggal dekat hotel berbanding tinggal disini.Satu lagi aku yakin kau nak merasa tinggal di kondo mewah aku.Yelah kau kan orang miskin mana pernah dan takkan pernah dapat rasa tinggal dekat situ."Kata-kata tajam tersebut menusuk masuk dan menikam hati Harleen secukup-cukupnya.Air mata bertakung di birai mata.Sampai begitu tanggapan Ku Gibran kepada dirinya.Tidak pernah terdetik di hati mahu merasai kehidupan mewah lelaki ini.Ingin sekali dia menampar wajah lelaki ini tetapi Harleen tahu jika dia melakukan perkara tersebut pasti dia akan mendapat sakit.

Mungkin lebih teruk?

"Dah pergi siap cepat,tak ada masa aku nak tengok kau menangis."Tubuh Harleen ditolak begitu sahaja.Tidak peduli jika gadis itu terjatuh di lantai ataupun terlanggar bucu meja.Apa yang penting ialah hatinya berasa puas..

Ku Gibran berlalu pergi meninggalkan isterinya untuk melepaskan tangisan tertahan.Sesudah pintu bilik terkatup satu titik demi satu titik cecair putih jatuh menitis hingga ke lantai.

Dengan air mata yang masih mengalir dan hati sangat berat Harleen gagahkan jua.Bagasi yang berada di bawah katil ditarik keluar lalu semua pakaian termaksud tudung dikeluarkan dari almari.Dimasukkan semua ke dalam bagasi tersebut.

*****************************
"Gibran mari duduk dekat sini sekejap."Dia yang baru sahaja melangkah keluar dari bilik terus mengangkat kaki.Menujur ke arah ayah mertuanya yang ketika itu sedang membaca surat khabar di ruang tamu.Dilabuhkan punggung di sebelah abah.

"Ye abah,nak apa?."Surat khabar dilipat,diletakkan di atas meja.Selepas itu dia memandang  wajah kacak menantunya.

Mengukir senyuman sangat ikhlas.

"Gibran kerja apa dan kerja dekat mana?."Encik Ahmad memulakan perbualan dengan ramah.Perlahan-lahan dia cuba membuka hati untuk menerima lelaki ini sebagai ahli keluarganya sekarang.Setakat ini Ku Gibran tidak menunjukkan perangai yang aneh-aneh.Baik sahaja,bercakap pun sopan aje.

Encik Ahmad menjangka menantunya bukan sembarangan orang.Lihat sahaja nama keturunan dan pemakaian Ku Gibran.Bergaya dan sangat mewah.

"Gibran berkerja di syarikat keluarga sendiri memegang jawatan CEO."Terang Ku Gibran sambil tersenyum.Jangan pelik kenapa dia boleh melayan ayah mertunya dengan baik sekali kerana dari kecil memang dia diajar untuk menghormati orang yang lebih tua.

Dengan isteri tak pulak..LOL..

Nafas ditarik perlahan-lahan.Dihembus dan ditarik sekali lagi.Dia berasa malu dengan anak muda ini.Disebabkan Ku Gibran maruah keluarganya terselamat dari terus menjadi buah mulut jiran-jiran.Cuba bayangkan jika lelaki ini tidak mahu bertanggungjawab dan menyebar kejadian malam itu.

Malu 7 keturunan apatah lagi apabila mereka cuma golongan biasa.Tiada pangkat mahupun wang.

"Abah nak mintak maaf bagi pihak Leen.Abah tak sangka sampai begitu sekali perangai anak perempuan abah.Dulu abah selalu mengajar dia tentang ilmu agama,selalu memberi kata nasihat supaya menjaga maruah diri tapi tidak tahu pula yang ajaran abah tidak diambil peduli.Hampir pitam abah bila mendapat tahu yang kamu berdua ditangkap kalwat sebab setahu abah Leen tidak mempunyai teman lelaki"Sehingga kini Encik Ahmad masih lagi tidak mempercayai Harleen,anaknya sendiri.Sukar untuk dia menerima kenyataan tersebut.

"Takpelah abah,benda dah nak jadi.Gibran dah redha..Keluarga Gibran pun dah terima Leen.Insyallah Gibran akan belajar untuk menerima terima Leen dalam  hidup Gibran.Biarpun mengambil sedikit masa tapi percayalah dalam tempoh itu Gibran akan cuba menjadi suami yang terbaik.Mana tahu Gibran akan menjadi lelaki pertama dan terakhir untuk Leen"Begitu munafik setiap tuturan kata Ku Gibran malahan lelaki ini masih mampu mempamerkan senyuman manis.

Satu senyuman mampu kaburkan seribu kejahatan yang sedang membuak-buak ingin keluar dan ditonjolkan.

"Syukur lah kalau macam tu."Tanpa mereka sedar di sebalik dinding ada sepasang telinga menjadi pendengar setiap perbualan mereka.

Dari awal sampai akhir,dia mendengar begitu teliti.Tombol pintu digenggam erat.Perlahan-lahan dia jatuh melorot di lantai.Hanya dia yang merasai dan faham rasa ini.Sakit sangat!!

Seorang ayah kandung lebih mempercayai kata-kata orang luar daripada anak sendiri..Allah..Hati merintih menyeru nama arwah ibu.Jika abah tidak mempercayai kata-katanya maka siapa lagi yang harus mempercayai dirinya sekarang!!

"Leen dah siap ke hidang makanan!"

Mendengar luangan kuat itu sepantas kilat Harleen bangun.Dikesat kasar sisa air mata.Berdeham membetulkan nada suara supaya tiada nampak seperti baru selesai menangis.

"Dah siap dah,jomlah makan.Leen nak pergi panggil abang turun makan sekejap."

********************************
Sunyi meja makan tersebut.Biasanya jika mereka tiga beranak berkumpul pasti riuh-rendah.Riuh dengan suara seorang lelaki suka mengusik adik dan satu suara bising kerana mengadu kenakalan si abang kepada si ayah.Namun hari ini semuanya berubah.

Tiada lagi suara mengusik atau suara mengadu.Masing-masing fokus dengan apa yang ada di depan mata.Amir Syafiq turut sama.Meskipun jasad berada disini tapi fikiran entah melayang ke mana.Amarah masih belum
reda sepenuhnya.Pulang sahaja dari hospital dia dikejutkan dengan satu berita tergempar.

Tahu-tahu sahaja adik bongsunya sudah menjadi isteri orang.

Terasa gatal sahaja tangan mahu menampar wajah Harleen kerana melakukan perkara tidak bertamadun tersebut namun perasaan belas kasihan masih tertanam di dalam diri.Tanggapan lelaki ini sama juga seperti abah, tidak mempercayai sikap liar Harleen.Sehingga kini mereka berdua masih belum berbual seperti dulu.

"Abang nak tambah nasi?."Suara halus itu memecahkan kesunyian sekaligus berusaha mencari jalan untuk bercakap.Harleen tahu perkara paling sukar ialah mendapat respon dari abangnya tapi dia tetap berusaha.Melihat kebisuan Amir Syafiq buatkan gadis ini tersenyum nipis.

"Tanyalah suami kamu tu,tanya abang buat apa."Kata Encik Ahmad ceria.Mengembalikan suasana.Dia sendiri boleh merasa aura tegang.Kesian juga dia melihat Harleen tapi nak buat macam mana.

"Awak nak tambah nasi?."Perlahan nada suara Harleen bertanya lelaki sebelah.Mendapat anggukan terus bekas nasi dicapai.Nasi dicedok lalu diletakkan di atas pinggan Ku Gibran.Seketul ayam merah juga diletakkan di atas pinggan tersebut.Baru hari ini dia mengetahui lauk kegemaran suaminya.

Ayam masak merah

"Amboi syok betul Gibran makan,sedap sangat ke lauk yang Leen masak?"Ku Gibran angkat wajah.Mempamerkan wajah ceria kepada abah dan abang iparnya.Kedua lelaki ini membalas mesra.Makanan yang masih dikunyah dihabiskan sebelum menjawab.

"Sedap sangat abah,pandai isteri Gibran masak."Rambut Harleen diusap sayang.Kali ini dia berkata benar,memang tidak boleh dinafikan lagi.Air tangan isterinya sangat sedap.Sebelum ini air tangan bonda yang dapat menambat hati.Sekarang masakan isterinya pula berjaya mendapat tempat.

Terkedu seketika Harleen dengan perubahan Ku Gibran.Melalui naluri seorang isteri dia boleh rasakan usapan itu sangat ikhlas dari hati.Tapi dalam kesenangan ada terselit rasa ragu.Fikirnya Ku Gibran akan bersikap kurang ajar di depan abah dan abang namun fikiran negatif tersebut meleset.Sekali lagi keluhan dilepaskan,setidaknya lelaki ini memberi layanan terbaik.



Satu kata kepada Gibran untuk part ni..

Mrs Gibran Where stories live. Discover now