S I D E S T O R Y

264 24 11
                                    

- fea cuma bercakap dalam eng & itali, author buat dalam bahasa melayu sebab nak add pelat dia sikit -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- fea cuma bercakap dalam eng & itali, author buat dalam bahasa melayu sebab nak add pelat dia sikit -

Daddy.. lamanye mummy shopping.. Pea bocan la daddy," adu Sofea Allesandra. Ya, kini mereka berada di shopping mall untuk membeli belah. Takkanlah pergi shopping mall perah susu lembu.

Tuan Stephen, Tuan Ezekiel, Edward Michael dan Sofea Allesandra sedang menunggu giliran mereka pula. Jenuh sudah menunggu Puan Elvira dan Puan Scarlett membeli belah. Hampir satu jam setengah mereka berada di kedai yang sama. Entah apa yang dipilihnya.

"C'è Ed. Gioca prima con Edward (Tu Ed ada. Mainlah dengan Edward dulu)," kata Tuan Stephen.

Sofea yang berada di ribaannya itu dipandang. Rambut gadis itu yang agak kerinting dielus lembut. Bibirnya dijuih kearah Edward yang dari tadi diam tidak berkutik disebelah ayahnya. Laju saja Sofea menggeleng kepala apabila nama Edward menyapa halwa telinga. Kepala disandarkan di dada bidang ayahnya lalu dipusingkan agar tubuh badan Edward tidak lagi kelihatan pada pandangannya.

"Why Fea don't wanna play with Edward? Why angioletto.." soal Tuan Stephen lembut.

"Don't want.." jawab anak gadisnya itu. Kepala di geleng perlahan.

Pada umur 3 tahun, Edward dan Sofea hanya diajar dengan bahasa Inggeris dan Itali. Mereka mementingkan dua bahasa itu sahaja kerana dulu sebelum kejadian perpisahan mereka berlaku, mereka menetap di negara Itali.

"Daddy asked, why don't you play with your Boo Boo Bear?" tanya Tuan Stephen sekali lagi memandangkan pertanyaan pertama dijawab dengan jawapan yang tidak memuaskan hati.

"Amau.. Eward dah taknak kawan Pea.." katanya dengan mulut tercebik-cebik ingin menangis.

Terus tegak telinga Edward apabila Sofea berkata sedemikian. Dia mengangkat muka melihat wajah comel Sofea. Kepala di geleng perlahan.

Tuan Ezekiel dan Tuan Stephen pula mencuba untuk menahan tawa sebaik mungkin supaya tidak meletus.

"Ovunque sia Edward, l'amico di Fea.. Edward vuole essere amico, (Ma-mana ada Edward taknak kawan Fea.. Edward nak kawanlah,)" kata Edward lembut. Tangannya cuba meraih tangan kecil Sofea. Gadis itu menarik tangannya ke dalam. Laju sahaja kepalanya menggeleng.

"Tak, Eward tipu.. Eward taknak kawan Pea semalam.." Tidak tahu mengapa Sofea masih ada sisa pelat dalam menutur tetapi Edward langsung tiada. Malahan, Edward juga lebih matang berbanding Sofea. Akal fikiran Edward bukan seperti umur kanak-kanak yang sebaya dengannya.

Edward ni dari Pluto mungkin.

"Fea .. quante volte detto papà .. non Eward .. Edward. Peccato per zio Eze con zia El stanca del nome di Edward, (Fea.. berapa kali dah daddy cakap.. bukan Eward.. Edward. Kasihan uncle Eze dengan aunty El penat penat bagi nama untuk Edward, tapi Fea panggil Eward pulak,)" bebel Tuan Stephen panjang. Berbuih sudah mulut rasanya menasihati anak gadisnya bahawa nama Edward ialah Edward dan bukan Eward.

CASAMONICA  (HOLD)Where stories live. Discover now