Chapter 38: Yang Lama Kini Kembali

Start from the beginning
                                    

"Ahh... Aku memang tak ada sentuh apa-apa pun. Tapi aku ada lah tertiru kelebihan mistik orang lain tadi. Panjang ceritanya, kalau cerita kat sini memang tak habis nanti. Kau tolonglah aku kejap, bawa pergi berubat ke apa ke." Kata aku pada Yahya dengan panjang lebar dalam nada yang lemah. Yahya pun tahu yang aku ni ada kelebihan mistik untuk meniru kelebihan orang yang lain kerana kami juga pernah belajar cara-cara untuk mengawal dan menggunakan kelebihan mistik kami ni dengan baik semasa belajar ilmu Silat sama-sama dahulu. Jadi jangan peliklah kenapa aku boleh berani untuk ceritakan tentang apa yang aku dah buat semasa menggunakan kelebihan mistik aku ni tadi kepada Yahya.

"Hmm... Malasnyalah aku nak tolong kau ni. Kalau boleh, aku nak je tinggalkan kau kat sini. Tak adanya aku nak tolong. Tapi tak apalah... Sebab kawan lama, kan? Apa salahnya kalau aku tolong sekali-sekala." Kata Yahya dengan nadanya yang selamba itu sambil dia bangkit berdiri lalu dia terus menghulurkan tangannya kepada aku untuk membantu aku berdiri. Aku tergamam bercampur terharu apabila mendengar dia berkata begitu. Tak sangka walaupun setelah sekian lama semenjak daripada ketika kami berdua pernah bergaduh sesama sendiri dahulu tu, Yahya masih lagi menganggap aku sebagai kawannya walaupun perkataan 'sahabat' tidak lagi diucapkan daripada bibirnya itu. Tak mahu melengahkan masa, aku pun menggagahkan diri aku dan kemudian terus menyambut sambutan tangannya itu dan kemudian terus berdiri sambil dipangku bahu olehnya.

"Aku tak tahu nak bawa kau ni pergi berubat ke mana, tapi aku tahu siapa yang boleh tolong rawatkan kau ni. Sebelum tu, aku kena bawa kau balik ke rumah aku naik motor dululah. Jadi kau kena bertahan sikitlah eh." Kata Yahya dengan nada yang selamba sambil dia memulakan langkahnya dengan memangku aku untuk berjalan perlahan bersama-sama.

"Siapa?" Soal aku kepadanya dengan ringkas.

"Kau ingat lagi tak pasal adik aku tu?" Soalnya kepada aku semula dengan nada yang tenang.

"Urm... Fatimah?" Balas aku dengan nada menyoal untuk meminta kepastian.

"Ha dia lah orangnya." Jawab Yahya dengan ringkas. Setelah mendengar jawapannya itu, aku pun terus tergamam bercampur keliru seketika.

"Eh... Hah????"
______________________________________

[Namrul POV]

Mata aku berkedip perlahan apabila terjaga daripada lena yang panjang. Setelah mata yang habis mengantuknya ni menjadi segar, aku membuka mata dan menoleh ke arah sekeliling aku. Ternyata nampaknya aku terbaring di atas sofa panjang yang ada di dalam rumah banglo usang yang menjadi tempat tinggal aku ni. Aku cuba untuk bangun daripada tempat pembaringan aku tapi tak terdaya disebabkan kesakitan di seluruh tubuh badan akibat dibelasah oleh Kimi yang berjaya meniru kuasa mistik aku pada beberapa jam yang lepas tu tadi. Ciss... Tak guna punya Kimi. Kalau aku dapat jumpa kau lagi nanti, siap kau. Aku takkan biarkan kau hidup lagi lepas ni.

Aku terpaksa menggagahkan diri aku untuk bangkit dan bangun daripada tempat pembaringan aku dan kemudian mengubah posisi tubuh badan aku kepada posisi duduk sambil mengusap kepala yang terasa sedikit berat dan sakit akibat kepeningan yang melampau. Setelah kepala aku ni dah mula rasa lega sikit, aku mengangkat wajah aku dan kemudian terus memandang ke arah sekeliling aku.

"Selamat tengah hari, tuanku." Entah datang daripada mana, tiba-tiba ada seseorang lelaki yang aku tak kenali datang menyapa aku sambil dia datang kepada aku dengan membawa segelas air anggur di tangannya. Aku tengok rupa wajah dan tubuh badannya daripada atas sampai ke bawah, memang nampak agak sedikit mengerikan. Walaupun rupa wajahnya agak tampan, namun kulitnya terlalu pucat untuk dianggap sebagai manusia biasa. Tambahan lagi, gigi taring pendeknya yang terjojol keluar di bibirnya itu menambahkan lagi kengerian yang ada rupa wajahnya itu dan menambahkan lagi keraguan aku untuk menganggap dia ni manusia. Yup, betul. Dia bukan manusia.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now