Chapter 38: Yang Lama Kini Kembali

Start from the beginning
                                    

"Yahya... Tu kau ke tu?" Soal aku kepada lelaki yang memberi ucapan salam kepada aku itu tadi tanpa menjawab ucapan salamnya itu sambil terkebil-kebil mata ni untuk cuba memperjelaskan penglihatan yang sudah kabur teruk disebabkan pitam yang teruk sambil memandang ke arah lelaki itu yang kini sedang berdiri di hadapan aku dengan berpakaian kasual serba merah dan hitam sambil memandang ke arah aku dengan riak wajah yang berkerut. Yahya atau nama panjangnya iaitu Fairuz Yahya ialah bekas kawan lama aku. Dahulu, kami berdua adalah pasangan sahabat yang rapat dan pernah belajar Silat bersama-sama dan seguru dengan guru Silat yang sama. Namun kini, hubungan persahabatan kami dah terpisah lama semenjak Yahya ni mula menjadi seorang pelajar samseng yang terkenal di dalam sekolah aku. Kalau dahulu dia benci rokok, sekarang dia dah kuat merokok. Kalau dulu dia rajin belajar, sekarang dia selalu ponteng sekolah. Kalau dulu dia rajin solat dan selalu jaga adab, sekarang dah jahil macam orang tak ada agama. Ibadah entah ke mana, adab langsung tak ada, mencarut je sebutannya dan macam-macam lagilah yang aku tak suka. Macam mana dia boleh berubah daripada jadi seorang budak yang baik kepada seorang pelajar yang samseng? Aku sendiri pun tak tahu. Yang aku tahu, kali terakhir masa aku jumpa dia dulu memang kami berdua bergaduh teruk sampai masing-masing dah tercedera parah. Bila dah terjumpa dengan dia ni lagi sekali dalam keadaan aku yang macam ni, hati aku ni mula terasa lega sikit sebab dapat berjumpa semula dengan kawan lama aku yang pernah aku rindui dulu dan kemudian dapat berjumpa dengan seseorang yang sesuai untuk tolong aku yang tengah mengalami kesakitan mistik yang teruk ni.

"Yelah bodoh, aku lah ni. Kau dah kenapa ni? Kau buat apa kat sini ni? Dah macam penagih mabuk dah aku tengok. Kau ada main barang eh?" Balasnya lalu menyoal bertubi-tubi kepada aku dengan nadanya yang sedikit kasar bercampur dengan nadanya yang selamba itu sambil dia duduk mencangkung di sebelah aku untuk memeriksa keadaan aku.

"Aku... Aku rasa macam tak sihatlah." Jawab aku dengan nada yang lemah sambil memicit kepala yang terasa semakin pening dan sakit. Dalam pada masa yang sama, wajah dan tubuh badan aku pun dah mula berpeluh dengan teruk.

"Lah... Ya ke? Macam mana kau boleh sakit ni? Kau sakit sebab apa ni? Nak aku tolong tak?" Soalnya lagi kepada aku dengan soalannya yang bertubi-tubi. Apa punya bodohlah soalan dia ni? Aku tengah sakit ni, dia boleh lagi nak banyak tanya!!

"Urgh... Nantilah aku cerita. Kalau kau nak tolong, tolonglah cepat!" Balas aku dengan tengkingan sambil meronta kesakitan. Yahya yang mendengar tengkingan aku itu hanya sekadar mendiamkan dirinya sambil dia melihat aku daripada atas kepala sampai ke bawah kaki. Dia meletakkan telapak tangan kanannya ke atas dahi aku dan kemudiannya, dia terus memeriksa seluruh keadaan wajah aku ini dengan menyentuh dan mengusap wajah aku dengan jari-jemarinya.

"Ouh patutlah... Kau kena keracunan ni. Kau ada sentuh apa-apa ke tadi?" Kata Yahya laly menyoal aku dengan nada yang separa berbisik. Mungkin dia berbisik begitu sebab tak nak ada orang awam yang lain terdengar perbualan diantara kami berdua ni kot agaknya.

"Mana ada aku sentuh apa-apa." Pantas aku menjawab dengan nada yang sama sepertinya.

"Jangan nak menipulah, bodoh. Aku tampar kau nanti." Kata Yahya dengan ugutan separa marahnya itu sambil mengangkat tangan seolah-olah mahu menampar aku.

"Kenapa pula aku nak menipu kau, bangang?" Soal aku kepadanya dengan nada yang tak puas hati.

"Kau jangan nak membodohkan aku lah. Keracunan yang kau tengah rasa sekarang ni biasanya berpunca daripada kesan sihir. Tu sebablah aku tanya kau tadi, kau ada sentuh apa-apa ke sampai terkena racun sihir ni?" Balas Yahya panjang lebar dengan mengulangi soalannya itu tadi. Setelah mendengarkan kata-kata dan soalannya itu tadi, aku terus terdiam seketika. Lupa pula aku, Yahya ni pun bukan sembarangan juga orangnya. Dia tidaklah seperti Isa yang ada kelebihan Kasyaf dan dia juga tidaklah seperti Aizat yang ada kelebihan deria keenam. Dia lain daripada yang lain. Aku tak tahu nak kata dia ni jenis yang macam mana. Yang pastinya, kelebihan dia ni memang sejenis kelebihan yang sangat membahayakan. Bukan setakat tu je, malah dia juga satu-satunya orang yang aku tak boleh nak tiru kelebihan mistiknya itu disebabkan kekuatan kelebihan mistiknya tu sendiri. Kalau nak tahu, kelebihan mistik Yahya ini adalah 'Pelemah' iaitu sejenis kelebihan mistik yang boleh melemahkan kekuatan fizikal dan mental seseorang dengan hanya sekali sentuhan sahaja. Dia boleh nak melemahkan sesiapa sahaja yang dia nak sentuh tanpa ada batasan kekuatan tubuh badannya dan dia juga boleh kawal kelebihannya ini samada dia mahu melemahkan seseorang itu dengan menyentuh secara berniat untuk dilemahkan ataupun tidak sekiranya dia mahu menyentuh seseorang itu tanpa niat untuk melemahkan orang tersebut. Kekuatan mistik Yahya yang digelar sebagai Pelemah ini sangatlah hebat dan terlalu kuat sampaikan aku pun tak boleh nak tiru kelebihannya ni. Kalau aku tetap nak cuba untuk tiru kelebihan dia itu juga, aku akan terkena kesan pelemah yang ada pada kelebihannya itu dan akhirnya akan terbaring lunyai di dalam kelemahan sebelum pengsan tak sedarkan diri.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now