"Grandpa nak tahu, kenapa tiba-tiba Nara nak lepaskan jawatan tu kepada Reena? Sebelum ni, kalau dia nak buat keputusan sekalipun… Dia akan tanya kepada grandpa. Tetapi,  kenapa tidak untuk kali ini? Nara buat keputusan dia sendiri. Tanpa bincang dengan grandpa. Grandpa nak tahu… Ada yang pergi jumpa dengan dia before dia pergi French? Jujur. Jangan bohong.” kata Tengku Daiyan dengan nada biasa. Tetapi kedengaran tegas.

Mereka semua menunduk memandang lantai mamar yang mewah itu. Tidak ada yang menjawab. Tengku Dareena mula panas. Dia panas kerana tidak ada yang menjawab.

Pang! Meja kayu di hadapan Tengku Dareena jatuh. Tengku Dareena menyepak meja itu. Mereka yang menunduk terus spontan mengangkat kepala.

“Jawablah! Takkan semua dah hilang suara?” Nada Tengku Dareena telah naik seoktaf.

Tengku Dary ingin menyampuk. Tetapi, Tengku Daiyan menegah. Mereka mula kecut perut.

Tengku Hazal bersuara setelah suasana kembali sepi.

"Kami ada jumpa Nara sebelum dia pergi French untuk tangkap Ray. Kami cakap, Nara tak layak jadi ketua Dark Rose. Kami  paksa dia lepas jawatan tu pada Reena. Tapi, tak sangka Nara akan tunaikan."

Apa yang dikatakan oleh Tengku Hazal itu buatkan Tengku Dareena mengamuk. Semua terkejut apabila melihat wajah tegang Tengku Dareena.

Pang! Wajah Tengku Hazal dilempang oleh Tengku Dareena. Merah muka Tengku Hazal apabila dilempang sebegitu rupa.

"Kau siapa nak paksa Nara lepaskan jawatan. Korang tahu tak, itu je cara aku untuk bersama Nara bila dalam misi. Sekarang, korang dah musnahkan benda tu dalam sekelip mata ja." kata Tengku Dareena dengan nada yang tertahan.

“Korang tahu tak, aku nak rapat dengan kembar aku… Dalam misi je! Tapi, kenapa korang buat macam ni? Kenapa!” Tengku Dareena terus memberontak dan dia terus belari masuk bilik.

“Jumpa malam nanti! Jangan ganggu aku.” kata Tengku Dareena dan dia terus menghempas pintu biliknya dengan kuat.

Tengku Dura ingin pergi ke bilik Tengku Dareena. Tetapi, ditahan oleh Tengku Daiyan. Tengku Daiyan juga melarang Tengku Dary untuk pergi. Biarkan Tengku Dareena tenangkan dirinya sendiri.

Grandpa kecewa dengan kamu semua.” Tengku Daiyan berkata dan dia terus pergi tinggalkan ruang tamu itu. Dia ingin berehat.

*****************

TENGKU  Daariya sudah bersiap untuk ke majlis pada malam ini. Dewan besar itu dipenuhi oleh anak-anak buah Dark Rose, Dark knight serta Scorpions. Aura kesemua cucu Tengku Daiyan buatkan semua takut dan tidak akan mengkhianat ketua mereka.

"Malam ni, semua berkumpul untuk penyerahan kuasa kepada ketua baharu. Aku menjemput ketua Dark Rose, Tengku Nur Daariya Inara binti Tengku Dary Ilyaas untuk naik ke pentas untuk melakukan penyerahan kuasa." ujar salah seorang anak buah Tengku Daiyan yang bertugas sebagai MC pada malam itu.

Tengku Daariya memberi pedang yang ada logo Rose kepada Tengku Dareena. Tengku Dareena teragak-agak untuk mengambil pedang itu. Tetapi, mendapat anggukkan dari Tengku Daariya.

"Mulai hari ini, Tengku Nur Dareena Inaaya binti Tengku Dary Ilyaas adalah ketua baharu korang. Lindungi dia sama seperti korang lindungi diri korang serta keluarga. Aku selaku bekas ketua korang berharap agar korang faham. Sentiasa dengar cakap ketua." Pesan Tengku Daariya. Dia menunduk hormat. Tengku Dareena juga membuat perkara yang sama.

 Mrs Mafia : Aslan Dewigh (slow Update)Where stories live. Discover now