Bila buka mata, perkara pertama aku nampak cumalah bilik yang usang. Dipenuhi dengan sarang labah-labah dan hampasan kayu. Spesies debu jangan dikata, berada di merata tempat. Tebal macam salji. Dari celahan tingkap, aku boleh mengecam pohon yang rendang. Jadi aku tak fikir aku berada di tengah-tengah bandar ataupun pusat beli belah, Pavilion kesayanganku. Logik akal, mestilah aku berada di dalam hutan. Kiri kanan dipenuhi dengan rimba. Aku tahu itu!
Otak laju berfungsi, mencari segala data untuk mengimbas semula apa yang berlaku sebelum aku berada di tempat ini. Senang kata, sebelum aku pengsan dan dibawa ke sini.
Kejadian pertama yang aku ingat, rumah aku diceroboh oleh beberapa orang asing. Mereka memakai penutup muka berwarna hitam dan di tangan ada pistol serta alat tajam seperti pisau. Kemudian mereka mengugut aku. Bila dah kena ugut, aku apa lagi? Gabra sampai rasa nak terkencing. Dalam hati cuma mampu berdoa agar aku tak mati ketika itu.
Suasana menjadi getir sehingga mereka tekap mulut dan hidung aku dengan satu kain. Dengan magisnya, duniaku terus bertukar gelap. Mungkin serbuk Fairy Godmother yang diletak itu berkesan membuatkan aku terlelap seketika. Tak guna! Aku tak sedarkan diri sehinggalah sekarang.
Di sini, aku diawasi oleh tujuh orang lelaki yang tak pernah aku kenal. Tipulah kalau aku cakap aku tak gerun. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gementarnya aku ketika ini. Dalam hati berdoa agar aku tidak diapa-apakan oleh mereka semua. Fizikal seorang-seorang gaya macam undertaker.
Setiap saat aku diperhatikan bagai aku ini tak ubah seperti permata yang takut dikebas oleh perompak atau permata yang takut melarikan diri dari tempat ini. Barangkali aku memang berharga untuk mereka. Lebih berharga dari permata itu sendiri. Nasib tak ditilik dan disentuh sahaja. Kalau mereka sentuh aku, grrr— ngeri you!
Suasana menjadi kelam-kabut apabila ruangan di luar menjadi bising dengan bunyi... tembakan? Mungkin! Sangat bingit masuk ke dalam kokleaku. Ketujuh-tujuh manusia di hadapanku mencuri lihat apa yang berlaku di luar. Salah seorang dari mereka memandangku dengan pandangan bengis.
"Jangan jerit," amaran diberinya.
Aku rasa nak hempuk aje kepala dia dengan kerusi kayu yang aku tengah duduk ni. Lawak apa dia suruh aku jangan jerit sedangkan mulut aku diselotep tebal dengan pita pelekat?
Rupa-rupanya tak semua orang jahat itu bijak ya anak-anak.
Sekali lagi aku mendapat kejutan bila aku dengar bunyi pintu ditendang kuat dari luar. Lantas kepala menoleh melihat hadapan. Dengan cepatnya, beberapa orang mula masuk ke ruangan ini. Aku bersyukur kerana bantuan telah sampai.
Mataku menangkap kelibat seseorang yang sangat aku kenali. Tak payah buat-buat selenga tahi ayam bila aku ternampak sahaja tajam matanya mencari kelibatku, tubuh yang sasa dan tinggi dengan dada yang bidang yang sangat sangat menggiurkan. Aku dah tahu siapa.
Dia datang menyelamatkan aku. Oh dear... my prince charming, here you're come!
Nasib baik tubuhku diikat kuat. Kalau tak, memang aku lompat dan terus masuk ke dalam dakapannya. Nak menangis sambil berpeluk. Rindu nak mengada.
Ketibaan pasukan yang datang menyelamatkan aku menghuru-harakan tempat itu. Maka dengan kiraan 1...2...3...
Permainan tembak menembak pun bermula!
Si musuh melawan si naga. Ganas, pedas sehingga aku yang cemas!
Bang! Bang! Bang!
YOU ARE READING
𝐆𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐆𝐄𝐕𝐑𝐀𝐍
RomanceIni adalah kisah seorang diva bertemu dengan jejaka machonya... THALIA - sekali dia kenyit mata, semua lelaki boleh tunduk kepadanya. Cantik, hot dan meletops. Memang gadis idaman bagi semua orang kecuali seorang jejaka yang datang dari planet mana...
