Chapter 2

9 2 0
                                    

PAGI yang nyaman, sejuk, hujan pun turun renyai renyai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PAGI yang nyaman, sejuk, hujan pun turun renyai renyai. Sesuai masa untuk......

" MAIN GAME 24 JAM! KELAS TAKYAH MASUK MUAHAHAHA!!! " sahut Jiao Li Wei dengan nadanya yang ceria sambil membuka PC nya di atas meja belajar itu.

Dia segera membuka permainan ' league of legends ' di pcnya itu. Dengan suara li wei yang menjerit dengan kuat membuatkan satu dorm dengar. Rachael yang sudah naik angin seperti bunyi teko air yang mendidih ,dia bangun dari tidurnya. Kemudian, Rachael mendekati li wei yang masih lagi leka bermain game itu.

" Memang bagus pun, kelas tidak mahu masuk, Mandi pun tidak, bangun bangun terus main game, Kalau main itu dengan senyap takpe juga, ini menjerit sampai satu dorm dengar, aku tahulah kau itu sudah bijak pandai, tapi, kelas hari ini penting! Sebab kau kan ambil course anatomy and human cell dengan si prof bei ji! " bebel Rachael yang sedang bercekak pinggang.

' Ha'alah minah bebel ni lagi' batin li wei dengan mukanya yang menyampah dengan bebelan Rachael itu.

" Kau sudah tahu yang aku ini bijak pandai, jadi tidak mengapalah jika aku tidak masuk kelas! Aku ini dapat straight A, kau tahu! Bukan A biasa biasa, A + ! Ha! Kau?! Dapat C pun tak lepas , lepas itu bila dapat A menangis sampai hingus terkeluar! Banyak tuh! " katanya dengan nada yang mengejek.

"KAU MEMANG MAHU MATI!! " Rachael sudah pun tidak dapat menahan barannya.

Terjadilah satu pergaduhan antara dua orang manusia yang baik hati lagikan suci ini .

SATU JAM KEMUDIAN

Di bilik university counselor

Kelihatan rambut yang kusut masai kedua dua orang gadis yang sedang duduk atas kerusi berhadapan seorang professor counselor.

"Awak berdua tahu kan apa masalah awak berdua disini? " tanya professor itu.

Gadis gadis itu menjeling antara satu sama lain. Iya, merekalah Jiao Li Wei dan Rachael Moo Syuen . Mereka berdua dipanggil counselor kerana pergaduhan mereka besar. Pertama kalinya mereka bergaduh sehinggakan ada yang mahu terjatuh tingkat atas.

"Saya tahu itu prof! Ni ha! Budak terlajak bijak ini, malas hendak masuk kelas prof bei ji! " sampuk Rachael, tidak mahu mengalah dari pergaduhan antara dia dan si li wei.

"Eh! Mana ada! Dia yang pergi tumbuk saya sehingga muka saya yang cantik ini lebam! " bahas li wei. Kedua dua mereka tidak mahu mengalah.

"Eleh, muka cantik konon! Muka pun seperti tepung gomak! Ada hati hendak mahu kata diri sendiri cantik! " sambung Rachael lagi.

"Ha! Apa kau kata! "

"Ha! Apa! Nak gaduh lagi ka! Mai la! "

"Sialan kau! "

Mulalah, pergaduhan mereka kembali. Sementara, counselor di hadapan mereka pun mereka tidak perasan, apatah lagi hukuman untuk mereka.

__________________________

Sweet CoffeeWhere stories live. Discover now