Hi guys ! reader-chan yang cantik dan bijak bijak ni..... ehek .... sebelum ollie mulakan ,baca dulu prologuenye ye. Ollie tahu ni sepatutnya macam cerita cina drama , tapi disebabkan sense humor ollie cam tak tentu arah ni, ollie buat cam cerita melayu yang tak melayu . so,enjoy :))
genre : University romance , comedy and teen fiction
Ini ollie buat short story tapi jika chapter akhir bergantung ollie akan buat season 2.
Character :
Fu Xiao Yen
Jiao Li Wei
Rachael Moo Syuen
Lee Kai Xing
Xiao Vivi
Fu Li Ying
Gu Yan shengPrologue begin ~~
' Ish ... Kenapa aku perlu melayan minah yang tak sopan macam dia ni ? ' tersenyum senyum wajahnya sambil terfikirkan seorang pelajar perempuan yang sedang berdiri di depan kaunter sambil bermain psp nya itu . mulut gadis penuh dengan gum yang sedang dikunyahnya .
kelihatan gadis itu berpakaian seluar track hitam, jaket jeans dan baju pink bercorakkan unicorn di tengah nya. gadis itu melihat kertas yang mengandungi pilihan air yang boleh dibeli. Pelik benar gadisnya, baru habis pergi disko kanak kanak riang ke?
"urm.. cik , kita ada nesc- "
" SSHHH!!! aku dah cakap diam kejap ! takkan tak faham bahasa melayu ? nak aku cakap dalam bahase india ke ? " sampuk gadis itu . semakin marahlah dia kepada gadis itu.
" UISH ! BAPAK AR ! Ni first time aku tengok xiao yen kena marah teruk dengan minah rockstar yang tak macam rockstar tu .. " bisik kawannya dengan pekerja lain. bukannya selalu ada orang yang gila macam itu bercakap dengan lelaki yang terlajak popular itu. Memang tiada sesiapa yang gila seperti gadis itu ! yang gila gila pun , perempuan yang tergilakan si mamat putih itu sehingga sanggup makan cili depan dia .
' Aku boleh dengar kaulah bodoh ! ' batinnya
Dia menunggu bagaikan penunggu yang menunggu tuannya arahkan untuk merasuk orang ( peribahasa yang bole korang guna ) . Fu Xiao Yen memang tidak boleh bersabar lagi . Sudahlah customer ramai, lepas itu , minah pelik ini pilih air yang diminum hampir satu jam. Detik demi detik dia menunggu.
" cik ? cik ni okay tak ? ke nak saya hantar ke hospital ? muka cik macam pucat je ?" katanya dengan wajahnya yang risau.
Gadis itu melihat wajahnya yang handsome itu . Gadis itu meneguk air liurnya .terkebil kebil matanya melihat wajah xiao yen . Hati yang berdegup pantas .
" Sorry , saya lupa bawa duit ... bole guna kredit kad tak ? " kata gadis itu dengan nervousnya.
Kad kredit ? APA DIA INGAT INI SUPERMARKET BESAR BESARAN KE SAMPAI NAK GUNA KAD KREDIT BAGAI ? TAKKAN SERINGGIT PON TAKDE ! MINAH NI KANG ! Nasib comel .
Wait... MAKSUDNYA DIA MENUNGGU SETENGAH JAM HANYA KERANA TAKUT NAK CAKAP YANG DIA TAK BAWA DUIT !!! SERIUS AR ! CUSTOMER PUNYA BANYAK MENUNGGU ! DIA JUST...... Huuuu , bertenang wahai diriku , ingat yang kau itu perlu menjadi contoh yang terbaik untuk junior kau.
" Boleh , tapi kali ini je saya benarkan , cik hanya masukkan kod disini je " kata xiao yen dengan senyuman yang terletak di wajahnya .
" Eh ? Bukan saya yang nak minum .. kawan saya yang nak beli , dia sekarang ni tengah on the way nak datang ke sini , saya hanya jagakan spot dia je , dalam 10 minit dia datang.. " sambung gadis itu lagi .
crack ! bunyi hati bagaikan pecah berkeping keping akibat ayat gadis yang tidak masuk akal itu.
Memang sengaja minta mati betina ini . Ingat kedai ini bapak dia punya nak jaga spot spot bagai? Apalah nasib aku dapat kerja yang memenatkan ini..
YOU ARE READING
Sweet Coffee
Romance♡Ini novel romance author yang pertama , jadi ada typo kit . bahase kesat pon ade . so , author warning awal awal. tak suke jangan bace. tapi kalau suke support la author ~~ ♡ Jiao Li Wei adalah seorang gadis gamer yang sangat aktif . Pagi game , Pe...