Bab 26

46 6 0
                                    

Luna's Café

Tepat jam 3 petang, ke enam- enam orang gadis sudah pun terpacak elok di luar kafe tersebut menunggu untuk memasukki kafe bersama.

Meja yang memuatkan 6 orang di pilih sebagai tempat mereka melepak hari ini. Sejak akhir-akhir ini, mereka berenam jarang keluar bersama. Masing - masing sibuk dengan urusan samada urusan peribadi atau urusan yang melibatkan sekolah.

Aivy mengambil tempat duduk yang paling hujung, tidak mahu terganggu dengan orang luar selain dari teman rapatnya.

"Nak apa? Aku order kan" Ellia menawarkan diri untuk membuat pesanan bagi rakannya. Jarang- jarang perkara seperti ini berlaku ya! Ellia, seorang manusia yang paling malas nak bergerak, menawarkan diri untuk membuat pesanan!

"Iced caramel latte"
"Honey lemon"
"Iced americano 1 shot"
"Flat white"
"Caffè latte"

Ellia mengangguk faham. Baju yang dipakai dibetulkan terlebih dahulu sebelum dia berlalu untuk membuat pesanan di kaunter.

"Aivy, sebenarnya aku ajak lepak ni bersebab" Dee mengutarakan hajat yang terbuku dihati.

Kening sebelah kiri dijongket seketika. "Aku faham apa maksud kau and aku dah ready nak cerita"

Dee dan yang lain saling berpandangan. Tidak sangka, akhirnya seorang perempuan yang terkenal dengan sifat perahsia akan buka cerita hari ini!

"Guys, here's your order, ambil sendiri HOHOHO" Ellia yang baru datang dengan membawa satu dulang besar, mula meletakkan dulang itu di tengah - tengah meja mereka.

" Go on Vy, we're listening"

" First, aku nak mintak maaf sebab dah ignore korang" Jeda. Masing-masing diam memberi ruang kepada Aivy menceritakan semuanya.

"I've found out the person that Helena love 3 years ago" Eksperesi muka yang ditayang jelas menunjukkan mere terkejut.

"Who?" Mary memecahkan suasana yang sepi seketika.

" Zayn Kim. Tengku Mikhael Zayn Kim"

"Wait, who?"

"seriously?"  Hanya anggukan yang dibalas oleh Aivy.

"and, The worst scenario is, Helena dalam bahaya." Minuman yanh dipesannya tadi di minum sedikit, membasahkan tekak.

"Why?"

"Okay, just jangan freaking out. Biar aku terangkan" Anggukan daripada kelima-lima gadis itu membuatkan dia menarik nafas sebelum melepaskannya perlahan-lahan.

Tangan digenggam erat. Berat untuk dia ceritakan, tapi dia mesti beritahu juga hal yang terjadi.

"Transfer student yang baru datang sekolah kita, Raja Eddry Fahim tu, lelaki yang dah buatkan Helena wujudkan aku. Thus, lelaki tu dah triggered kan Helena before this and now, she's f*cking missing."

"WHAT?!!" bergema café itu dengan suara-suara sang gadis yang dah macam pembesar suara.

"Just how?"

" Aku sendiri tak tau macam mana dia boleh hilang! Benda macam ni tak pernah terjadi since 2 years ago, after the treatment! Apa yang buat aku lagi risau, kalau-kalau 'dia' muncul!"

"Don’t tell me, ada tanda-tanda K akan keluar" Dee berkata risau. Malah, bukan dia sahaja yang risau akan kemunculan K itu.

"Probably, aku sendiri tak pasti." Aivy mengeluh berat. Sungguh dia tidak mahukan semua ini.

"Aku tahu, satu hari nanti aku akan pergi selamanya, sebab itu aku tak nak Helena hilang! Korang pun tau kan, if the main character didn't show up for a long time, there's a big chance yang dia akan hilang selamanya" Sambung Aivy lagi.

"Tak, kau jangan risau, aku yakin kita boleh buat Helena kembali." Sheerina memberi semangat walaupun jauh di sudut hatinya dia agak sedih kerana dia tidak mahu kehilangan Aivy. Tetapi apa kan daya? Aivy hanyalah satu watak yang dicipta untuk melindungi sahabat baiknya!

Suasana menjadi sepi seketika. Masing-masing memilih untuk diam demi memikirkan cara mengembalikan Helena.

"Vy, aku nak tanya. If, just if K keluar, apa yang patut kita buat?" Shafiqa menyoal setelah sekian lama mendiamkan diri.

"Not quite sure. Tapi apa yang aku pasti, the moment K comes out, we all will be in great danger especially me and Helena"

Entah untuk keberapa kali, Aivy mengeluh penat. Penat kerana otaknya tidak berhenti berfikir untuk memunculkan Helena kembali. Penat untuk berpura-pura menjadi Helena. Penat kerana terlalu risau akan kemunculan K!

K, satu panggilan buat dia yang paling merbahaya. Jadi, sebelum K tersedar, dia perlu bangunkan Helena dan keluarkannya dari tempat itu.

The Vampire Princess [ H ]Where stories live. Discover now