BAB 100 : Dedah

139 17 5
                                    

"TERIMA KASIH."

Pergerakan Asyad terhenti. Dia menolehkan kepala memandang ke arahnya. "Terima kasih? Kenapa?" Soal Asyad sengaja berbasa-basi. Dia sesungguhnya tidak berminat langsung untuk mengadakan sesi bercakap-cakap dengan anak ibu tirinya itu. 

Asy terdiam. Menyedari kedinginan dan keengganan Asyad untuk berbual, Asy hanya mampu tersenyum pahit. "Tak ada apalah. Apapun, terima kasih." 

Hujung mata Asyad menjeling ke arah Asy. Lama wajah sugul itu dipandang sambil hatinya diburu tanda tanya. Pelbagai persoalan yang bermain di fikirannya. Cuma tidak terluah dek bibirnya yang teramat kedekut dengan senyuman.

Asy mulai rasa tidak selesa. Jelingan tajam Asyad seakan-akan mahu menembus tebalnya dinding hospital. Suasana ketika itu teramat-amatlah janggal dan kekok. Asy yang biasanya petah dalam berbicara dan biasanya banyak topik untuk dibualkan terasa begitu rendah diri di hadapan Asyad. 

'Kenapalah aku boleh ada dalam situasi tersangatlah awkward ni? Rasanya, dah boleh kot aku cari alasan nak keluar dari sini. Eh, tapi Eshal suruh aku tengokkan Asya. Matilah aku kalau tak buat apa yang dia suruh. Dahlah Eshal ada gambar serabai aku lepas bangun tidur. Buatnya dia post dekat IG atau Twitter, macam mana? Ah, dia tu bukannya boleh percaya sangat.'

Asy duduk bersilang sambil menggigit jarinya. Tidak tenang hatinya menghadapi kejanggalan suasana ketika itu. Mahu membuka topik bicara pun dia tidak berani sebaik sahaja jelingan dingin Asyad singgah kepadanya.

"Kenapa Nuri tanya macam tu tadi?"

"Haa?"

Asy tersentak. Dia mengangkat wajah mencari-cari anak mata milik orang yang sedang bertanya kepadanya. Tergamam dia buat seketika. Bukan kerana soalan aneh yang diutarakan, tetapi ini adalah kali pertama Asyad berinisiatif untuk memulakan perbualan. Entah mengapa, Asy berasa teruja tiba-tiba.

"Ah, pasal tu ke? Tak ada apalah. Nuri tu memang macam tu. Suka tanya benda yang tak ada kena-mengena." Jawab Asy melemparkan senyuman sumbing ke arah Asyad.

Manakala Asyad semakin dingin melihat wajah polos Asy melemparkan senyum kepadanya. Asyad pantas melarikan pandangan ke sudut lain. Dia masih tidak dapat mengawal amarah dan rasa geram yang sudah lama bersarang di dalam lubuk hatinya terhadap anak kepada wanita yang telah memusnahkan keluarga bahagianya pada suatu ketika dahulu. Meskipun dia tahu yang Asy langsung tidak berdosa, amarahnya perlu dilampiaskan. Kegeramannya terhadap Asy berasas.

Melihat Asyad tiba-tiba membisu, rasa hairan mengetuk pintu hati Asy. 'Eh, apahal mamat ni? Tiba-tiba je diam?'

'Ini bukannya masa nak marah oranglah, Asyad. Kau kena fokus dengan apa yang kau nak tanya. Aku yakin, Nuri bukan tanya macam tu sebab saja-saja. Mesti dia syak sesuatu.' Asyad membangkitkan diri sendiri. Menyedarkan diri daripada terus hanyut di dalam gelumang amarah dan dendam. 

Tiada gunanya pun mendinginkan diri di hadapan Asy. Kanser di dalam tubuh ibunya mana mungkin akan hilang walau Asy ditumbuk sampai mati sekali pun.

Asyad kembali menoleh menghadap Asy. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa di hadapan Asy. Dia bersandar dengan wajah serius dan tegang sambil sepasang matanya ralit memerhatikan Asy dari atas sehingga bawah.

Asy senyum kaku. 'Lelaki ni memang tak ada ekspresi lain ke selain muka ketat? Dari tadi muka macam telan aku hidup-hidup je. Agaknya, boleh ke aku keluar dari dalam wad ni dengan selamat? Atau, patut aku lari dulu?' 

"Sharifah Nuria. Dari dulu lagi bercita-cita menjadi seorang doktor pakar psikologi. Aku rasa, soalan dia pada kau tadi..walaupun dengar macam tak ada hubung kait dengan Asya, aku tak rasa dia akan tanya benda yang sia-sia. Lagi-lagi, dia tanya tentang bidang yang dia minat. Kau tak rasa macam tu ke, Asy?" Soal Asyad dengan nada mendatar, namun mencengkam.

𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now