BAB 7 : Kad Nama Khas

273 35 5
                                    

"KENAPA kau dapat kad nama khas?"

Soalan itu membuatkan aku terdiam dan tersentak. Pandangan Eshal tajam memanah bola mata aku. Aku mengalihkan pandangan mata. Tatapan Eshal sungguh dapat membongkar kebenaran yang tersimpul di bola mataku.

"Eh? Ha'ah lah. Bukan 'Pelajar 6 Bintang' dan kau je ke yang dapat kad nama khas ni?" Tanya Haff meletakkan tangan kirinya pada bahu kiri Eshal. Dia melihat tag nama Asya yang berada di tangan Eshal.

Aku gigit bibir. 'Alamak! Nak jawab apa? Aku dah buntu ni.!!'

"Jadi lelaki sejati boleh tak? Jangan nak malukan kaum Adam lah membuli perempuan."

Aku tersenyum melihat Asy tiba-tiba merampas kembali tag nama aku dari tangan Eshal. Sempat pulak tu Asy menyindir. Fuih..memang pedas sindiran tu. Aku pun dapat rasakan bahang panas yang keluar dari Eshal akibat disindir tadi. Padan muka! Cakap orang pendek lagi.

"AAHHH!! ASY RAZIQ!!"

Bergema satu kantin dengan jerita para gadis melihat Asy tiba-tiba muncul di situ. Aku menggenggam tangan kuat menahan geram. Aku lupa pulak yang Asy ni sudah seumpama public figure. Pergi mana-mana je mesti ada mata yang memerhati. Famouslah aku lepas ni sebab Asy tolong aku...

Aku mendekati Asy lalu berbisik perlahan. "Kau tengok apa kau dah buat?" Kata aku merujuk kepada jeritan-jeritan para gadis di kantin itu. Tidak ubah seperti sekumpulan gadis yang diserang histeria.

Asy senyum pahit. Aura marah Asya memang sudah dapat dia rasakan. Masaklah kau nanti Asy..

"Kau Instafamous kan? Status kau masih tak layak nak tegur aku lah. Habis? Kau tu lelaki sejati sangat ke? Jangan campur urusan aku dengan perempuan pendek ni. Pergi urus peminat-peminat gila kau tu." Ujar Eshal dengan senyuman sinis.

Nafas aku mula berombak kencang apabila sekal lagi digelar pendek oleh lelaki itu. "Pendek? Habis kau ingat kau tinggi sangat ke?" 

Eshal memeluk tubuh dengan senuman nakalnya. "Betul lah apa yang aku cakap. Kau masih tak cukup tinggi untuk dibandingkan dengan aku."

"Eshal! Kau memang--" Tidak sempat aku meghabiskan ayat, Asy laju menggenggam tangan aku menarik aku jauh dari kantin. Aku diseretnya seperti barang. Serta-merta darah aku menggelegak.

.

"Kau ni dah kenapa Asy? Kenapa tak bagi aku habiskan ayat aku pada gangster tak guna tu?" Kasar aku menepis tangan Asy yang masih kuat menggeggam tangan aku apabila tiba di belakang stor sekolah yang sememangnya jauh dari kantin. Tempat itu memang sunyi sepi. Memang destinasi terbaik untuk sumpah seranah si adik ni!

Asy membuat muka sebal. "Kak, boleh kau fikir sikit tak? Otak kau memang jadi lembap ke bila marah macam ni?"

Aku mengalihkan pandangan daripada menatap Asy. Aku memeluk tubuh menunjukkan riak tak puas hati. Raut wajah aku keruh sekeruh air longkang! 

"Kau tak tahu hujung pangkal ceritalah Asy. Akak tak akan melenting kalau orang tak kacau. Si mamat sewel tu yang kacau orang dulu. Memang padanlah kena dengan akak. Ada ke kata akak pendek? Silaplah.." 

Kepala Asy menggeleng kecil mendengar bebelan yang tercetus dari mulut Asya. Asya memang pandai dan cerdik. Tetapi apabila amarah sudah bermaharajalela, segala kepandaian dan kecerdikan dilupakan. Memang tidak mampu kawal perasaan!

"Memanglah Asy tak tahu hujung pangkal cerita. Tapi aku tahu perangai kakak aku ni. Sebelum habis satu kantin tu kau robohkan, lebih baik aku seret kau pergi." Ulas Asy tidak mahu muncung di bibir Asya makin panjang. 

Aku buat tidak dengar balasan Asy. Wajah aku tetap masam mencuka.

"Kak. Kau kenapa muncung lagi ni? Marah lagi ke?" Tanya Asy melihat wajah Asya.

Aku memalingkan wajah dari Asy. "Sebab kau aku tak dapat beli makanan tau."

Asy senyum mendengar penyebab wajah Asy kekal muncung. Dia mengeluarkan satu plastik dari dalam poket seluarnya. "Nah adinda ku sayang. Sebagai tanda hamba memohon maaf, hamba hadiahkan adinda karipapan buatan ibunda mama yang paling sedap!" Sempat lagi Asy bermadah sambil berlutut di tanah membuat gaya seorang rakyat yang memberi sesuatu kepada sang puteri raja. Di tangannya ada seplastik karipap yang kelihatan masih panas.

Pantas bola mata aku bersinar-sinar. "Wah! Terima kasih Asy wahai adikku sayang tersayang. Erm..macam ni baru aku sayang. Thanks again Asy bagi aku karipap ni." Terus mulut aku jadi manis setelah mendapat merasa karipap buatan mama dan rumah. Baru aku ingat yang semalam mama ada buat adunan nak buat karipap.

"Oh? Kalau aku tak bagi, kau tak sayang aku lah?"

Aku tersengih. "Saya sikit je. Tapi kalau kau bagi sepuluh ketul karipap, aku sepuluh kali ganda sayang dekat kau!"

Asy ketawa mendengar jawapan aku. Kami ketawa serentak. Tanpa kami sedari, ada mata-mata yang galak memerhatikan perbualan kami..

.

.

.

HABIS sahaja sekolah, terus Mikhayla, Nuri, Nisa dan Shasha bertukar status dari seorang pelajar menjadi seorang polis. Bertubi-tubi aku dihentam dengan soalan mereka bertanya mengenai kejadian pada waktu rehat tadi. Aku bagaikan pesalah berdiri di tengah-tengah tidak dibenarkan untuk berjalan keluar kelas. Walhal, kelas itu sudah hampir kosong akibat semua pelajar sudah keluar.

"Asya, kau okey tak lepas kena hentam dengan Eshal tadi?"

"Dia ada buat kau luka ke?"

"Kau nangis tak?"

"Ish korang ni. Jangan risaulah. Aku okey. Bukan aku yang kena hentam tapi dia yang aku hentam." Kata aku dengan bangga sekali.

"Bahaya betul lah tindakan kau ni Asya. Aku tak tahu kalau The HBoys cari pasal dengan kau lagi. Teruk kau kena nanti. Budak-budak gangster tu mesti tengah dendam dekat kau. Risau pulak aku fikir pasal ni." Jelas raut wajah Shasha menunjukkan riak khuatir. Teringatkan lagi pelajar-pelajar Sekolah High Star yang pernah menjadi mangsa jerkahan dan buli The HBoys. Ada yang menangis tersedu-sedan. Ada yang sanggup pindah sekolah daripada menjadi mangsa buli The HBoys. 

Aku hanya diam mendengar leteran Shasha. Penuh dengan gaya emak-emak Shasha membebel. Tiba-tiba mata aku tertacap ke arah Asy yang sedang berdiri di muka pintu. Tangannya dilambai-lambai dan tatapan matanya menunjukkan tanda 'Cepat! Kau nak kena tinggal ke?'.

"Okay guys. Aku nak balik dulu lah. Esok kita jumpa, aku ceritakan semua. Okey?"

Mikhayla, Nuri, Shasha dan Nisa mengangguk membenarkan setelah melihat wajah Asya yang seperti tergesa-gesa. Melihat mereka mengangguk serentak, aku terus berlari anak keluar dari dalam kelas.

"Kita jumpa esok tau! Bye! Assalamualaikum!"

Laung aku sebelum aku berlari pergi jauh meninggalkan mereka di dalam lubuk kehairanan. Terlalu banyak soalan yang bermain di minda mereka. Namun dipendamkan sahaja. Mereka tahu yang suatu hari nanti, segala persoalan itu akan terjawab jua akhirnya.

Bersambung

Jangan lupa vote dan follow okay? Terima kasih!

Senyum itu sedekah. Percaya atau tidak yang segaris senyuman di bibir kita mampu membuatkan masalah orang lain pergi. 

-Cik Pena AS-


𝐂 | 𝐌𝐲 𝐃𝐞𝐚𝐫Where stories live. Discover now