Bab 16

769 68 0
                                    

                        JAM di pergelangan Hanisah sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Dia mengeluh kecil. Sudah 2 jam dia terpaksa melakukan kerja pembersihan di bilik office Asraf. Semua kerja pembersihan di situ sudah di lakukannya tetapi tetap sahaja Asraf memintanya untuk tetap berada di ruangan bilik Officenya.

"Boss, semua Saya ada buat. Mop lantai, lap tingkap, lap meja, susun fail... Emm.. boleh tak Saya keluar tolong Aliya bersihkan kawasan lain?"ujar Hanisah.

Asraf menggangkat kepalanya memandang Hanisah Setelah siap menandatangani beberapa fail.

"Kau duduk je lah kalau sudah siap bersihkan bilik office aku. Aku tak nak kau terserempak dengan Hakim."Jelas Asraf.

Asraf kemudian meneruskan kerjanya tanpa memandang Hanisah yang masih berdiri kaku.

"Awak suami Saya ke? Nak over protect Saya ni kenapa?"Tanya Hanisah. Dahi sudah berkerut.

"Jangan banyak tanya boleh tak? Kalau aku suruh duduk, kau duduk je lah."arah Asraf. Dia mendengus kasar.

Hanisah menggelengkan kepalanya. Dia kemudian menghampiri sofa yang dikhaskan pada bilik office itu. Punggung dilabuhkan pada sofa.

Selang beberapa minit kemudian dengkuran halus Hanisah kedengaran. Hanisah sudah tertidur pada sofa itu. Asraf Tersenyum memandang Hanisah tertidur di sofa. Penat betul minah ni sampai boleh tidur dekat office aku. Haih.

Asraf bingkas berdiri mengambil kot berwarna hitam yang tersangkut. Kemudian kaki diatur untuk menghampiri Hanisah. Asraf menutup tubuh Hanisah menggunakan kot berwarna hitam miliknya.

Dia kemudian melabuhkan punggungnya di sebelah Hanisah yang tertidur di sofa itu. Wajah Hanisah di tatap lama oleh Asraf.

"Kenapa lah kau ada dekat sini Hanisah. Kau ni suka buat Aku risau. Danish cakap aku ada perubahan sebab selalu pulang awal. Betul, aku pun tahu tapi semua tu sebab kau. Boleh tak jangan buat Aku risau? Sweet kan Si beruk ni?"monolog Asraf. Cukup dia sahaja yang tahu apa yang ada di hatinya tika ini. Dia tersengih sendiri.

Asraf menyandarkan tubuhnya pada sofa. Mata dipejam seketika untuk tenangkan diri. Bahunya terasa berat sedikit. Lantas kedua kelopak matanya terbuka luas. Kepala Hanisah sudah berada di bahu bidang miliknya. Degupan jantung Asraf berdegup pantas.

Ingin dia menolak kepala Hanisah tetapi, niatnya terhenti tatkala melihat Hanisah selesa tidur di bahunya.

Beberapa minit kemudian Hanisah tersedar. Dia membuka kedua kelopak matanya perlahan-lahan.

Di mana Saya ni? Macam... Office? Eh.. ini office Asraf. Monolog Hanisah. Terkejut dia apabila dia meminjam bahu Asraf untuk tidur seketika tadi.

"Ya Allah Nisa.. kau ni dah kenapa?!"bisik hati Hanisah. Dahinya ditepuk dua Kali. Macam mana pula dia tidur di bahu Si beruk itu?

"Dah bangun ke? Sakit bahu aku ni. Kepala kau keras macam besi."seloroh Asraf apabila melihat Hanisah sudah bangun dari tidur.

"Eh.. kenapa boss tak kejutkan saya? Saya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja."kata Hanisah. Dia benar-benar rasa bersalah.

Tersenyum Asraf memandang wajah Hanisah.

Dah kenapa Asraf ni senyum-senyum dia ada buat apa-apa dekat Saya ke? Monolog Hanisah. Dahi Hanisah sudah berkerut.

"Awak sentuh Saya ke beruk? Awak jangan macam-macam ek?!"kata Hanisah. Tangannya sudah disilangkan untuk menutup tubuhnya. Kot hitam milik Asraf terjatuh pada lantai. Lantas kepala Hanisah memandang kot berwarna hitam itu jatuh di lantai.

Asraf tidak menjawab pertanyaan Hanisah.

"Kau lapar ke beruk betina?"Tanya Asraf. Beruk betina pulak menjadi gelaran Hanisah.

Memandangkan perut Hanisah sudah bergeroncong meminta diisi dengan makanan, dia hanya mengangguk. Memang tak dapat dinafikan lagi dia memang lapar.

Tiba-tiba tombol pintu dipulas dari luar. Terpancul wajah Hakim dengan senyuman sumbing. Dia segera masuk tanpa keizinan.

"Assalamualaikum Hanisah. Lama tak jumpa."kata Hakim.

"Hei, Kau tak ada kerja lain ke kim? Kenapa datang sini?"Tanya Asraf.

"Eh..  Cantik sangat Hanisah sampai lupa pula awak ada dekat sini."Jelas Hakim. Dia tergelak kecil.

"Walaikumsalam Hakim."Balas Hanisah. Kita sebagai Muslim perlulah jawab salam. Jawab salam je pun kan? Tak Salah rasanya.

"Jom beruk betina kita makan."arah Asraf. Pergelangan tangan Hanisah yang berlapik di tarik untuk keluar dari situ.

"Kejap Asraf. Kenapa kasar sangat dengan Hanisah ni?"sinis Hakim. Matanya meneliti tubuh Hanisah. Nafsunya sudah bergelora. Dia ingin menjadi orang pertama yang mengambil dara Hanisah.

Hanisah menjadi tidak keruan melihat Hakim memandangnya seperti itu. Asraf kemudian menarik Hanisah sehingga berada tepat di belakang tubuhnya. Dapat juga Hanisah bersembunyi di belakang lelaki yang tinggi lampai itu.

"Jangan macam-macam Kim. Dia bukan macam perempuan di luar sana. She's mine."kata Asraf. Tanpa menunggu kata dari Hakim, Asraf membawa Hanisah pergi dari situ.

Ketika berada di sebuah Restoran mahal Hanisah memandang wajah Asraf sekilas. Asraf hanya menjamu makanan yang berada di meja tanpa mengeluarkan kata.

"Awak.. kenapa awak cakap macam tu dekat Hakim? Emm apa maksud awak, she's mine?" Tanya Hanisah. Malu juga ingin bertanya tetapi mahu juga dia tahu jika benar lelaki di hadapannya itu mencintainya sama seperti apa yang Tengku pernah beritahu.

Tisu yang berada di meja dicapai oleh Asraf kemudian, dia melap bibirnya menggunakan tisu itu sebelum menjawab soalan Hanisah.

"Hakim tu bukan macam yang kau Fikirkan. Dia sanggup buat apa je demi kepentingan diri."balas Asraf.

Hampah pulak bertanya. Bukan itu yang Hanisah ingin dengar dari mulut Asraf.

"Kenapa? Kau ingat aku suka kau ke?"Tanya Asraf.

"Eh tak ada lah. Mana ada.. Saya.."

Belum sempat Hanisah menghabiskan ayatnya, Asraf sudah mencelah.

"Kau bukan suka mafia macam aku pun kan? Pasal kahwin tu kau lupakan aje lah."kata Asraf.

Hanisah hanya mengangguk faham. Betul juga kata Asraf. Dia juga tidak sanggup berkahwin dengan mafia. Dia mahu suami yang mampu menjadi imam untuknya dan bertanggungjawab untuk keluarganya.









                          HAMPIR setiap hari Mak Yam membebel di rumah. Beberapa  perempuan sudah datang untuk melamar Ustaz Hafizi di kampung itu untuk dijadikan suami mereka. Sepatutnya lelaki yang datang tetapi, perempuan pula yang datang. Maklumlah, Ustaz Hafizi bukan sahaja tampan tetapi hebat bak-bak agama. Siapa gadis di kampung itu yang tidak mengenal Ustaz Hafizi?

"Awak tu Hafizi kenapa tak nak kahwin? Si Aisyah tu pun baik dan Solehah. Awak tunggu siapa lagi tu Fizi?"Bebel Mak Yam. Dia menggelengkan kepalanya. Risau benar dia dengan anaknya yang sudah menginjak umur 28 Tahun itu.

Bukannya Ustaz Hafizi tidak mahu berkahwin. tetapi, hatinya sudah dimiliki oleh gadis yang bernama Hanisah itu. Dia sanggup menunggu gadis itu lama.

"Maaf Mak. Fizi pasti akan kahwin dengan perempuan yang Fizi cintai. Fizi janji Mak. Fizi akan berikan menantu yang baik untuk Mak."balas Fizi. Tangan tua Mak Yam dipegang kemas oleh Ustaz Hafizi.

Mak Yam menghela Nafas. Dia tidak dapat membalas kata anak lelakinya itu. Jika diikutkan hati ingin sahaja dia membebel lebih panjang. Mak Yam hanya menggelengkan kepalanya.

Hanya Kerana Dia [Completed] ©Where stories live. Discover now