"Petang sebelum Intan di bunuh.."ditulis oleh Travelogue Backpackerz

9 0 0
                                    

Aku.
Aku kesedihan.

Dan aku tidak bisa tidur.

Aku hilang minat.

Dulu semasa remaja aku jatuh cinta terhadap muzik.

Kemudian minat terhadap novel pula muncul;
seiring datang dengan filem-filem drama berat.

Aku masih ingat lagi novel melayu tebal yang pertama kali aku baca adalah 'SALINA'.

Kini pada malam ini.

Aku minat hilang ke atas segala-galanya.

Ini sangat merbahaya.

Perasaan ini menumbuhkan sebuah perasaan lain.

Perasaan ingin membunuh diri.

Perasaan ingin meninggalkan segala-galanya.

Kesedihan ini meluluhkan hati ku.

Aku pemuda yang tampan.

Berambut pendek.

Kurus dan tinggi.

Semasa zaman di kolej, aku menjadi perhatian.

Ramai gadis-gadis ingin mengenali ku.

tapi aku terpaksa abaikan semua.

Terpaksa..

Kerna ada sisi hitam didalam diri ku;

yang aku rahsiakan dari orang di sekeliling ku..

Aku cepat bosan.

Adakalanya aku tidak bercakap.

Aku cuma berfikir.

Di mata ku..

Gadis-gadis cantik selalunya bertukar hodoh.

Maksud ku;

aku boleh nampak sisi  hodoh yang mereka cuba sembunyikan dari khalayak ramai.

Ini kelebihan ku.

Barangkali anugerah Tuhan.

Jadi aku sememangnya tidak mempunyai rasa syahwat terhadap kebanyakkan gadis-gadis cantik.

Hanya cantik pada luaran.

Sedangkan  kerap kali terlihat di mata ku;

betapa hodohnya mereka.

Masa terus berlalu, sehinggalah aku berkenalan dengan seorang wanita pada suatu petang yang mendung; selepas hujan lebat.

Di Central Market atau nama lainnya Pasar Seni.

Intan.

Itulah namanya.

Gadis tomboy berambut pendek.

Lincah, sangat kelakar dan ada masa-masanya berkelakuan kasar.

Intan.

Dia tidak bertudung.

Kurus.

Potongan badannya tidak menawan.

Barangkali lelaki liar melihat pun tidak bernafsu.

Itu kekurangannya.

Tapi di mata ku kawanku Intan ini sangat cantik.

Aku tidak tahu mengapa, aku melihat dia begitu cantik.

Ya, aku terpesona.

Intan mempunyai satu kelebihan dan kekuatan;

yang di sembunyikan dengan rapi.

Intan kawan perempuanku ini;

Dia seorang yang menjaga solat lima waktu.

Kerap membaca Koran selepas sembahyang.

Kerap berdoa.

Tapi Intan tidak memakai tudung kepala.

Berseluar jeans.

Dia suka bersosial.

Aku anti-Sosial.

Oh ya.

Dia bukan teman wanita ku.

Intan telah bertunang.

Jadi begini ceritanya.

Takdir dan waktu.

Semasa lagi beberapa hari dia mahu melangsungkan hari perkahwinan.

Sesuatu yang buruk telah berlaku.

Intan dilaporkan hilang.

Seluruh ahli keluarganya tidak dapat mengesan dia.

Ke serata pelosok famili dan kawan-kawan  mencarinya.

Gagal.

Pada petang hujan turun mencurah-curah itu;

Intan hilang tiba-tiba..

Mengikut rekod polis dan saksi.

Kali terakhir Intan dilihat

Di sebuah lorong berdekatan Pasar Seni

Ironinya individu terakhir yang dilihat berada bersama dia adalah;

........

........

.......

Aku.

Kini aku di dalam sel besi dalam penjara

Didapati bersalah diatas tuduhan membunuh Intan.

Tidak mungkin aku bunuh dia.

Bagaimana boleh aku lupakan petang mendung yang hampir Maghrib

Susasana sejuk

Jalanraya basah

Dan hari pun gelap..

Aku tidak bunuh Intan.

Bukan aku.

Semasa petang kejadian;

aku mengaku memang aku berada bersama dia.

Tapi aku tak bunuh dia.

Siapa mau percaya?

Sebab aku tidak mempunyai alibi dan saksi.

Jadi kenapa aku ditangkap?

Rambut dan DNA aku berada mayat Intan.

Intan disembelih.

Cap jari aku berada pada pisau yang menjadi barang bukti di makhamah.

Peguam  ku tolol.

Pembelaan sangat lemah.

Semua bukti fakta kes menuju kepada aku.

Aku bagai tidak boleh lari.

Peguam yang mewakili ku tiada bakat dan kemahiran sebagai seorang peguam.

Khidmat guaman percuma yang dilantik kerajaan.

Kini aku sedang menunggu Rayuan Terakhir.

Percayalah aku tidak bunuh dia.

Bukan aku yang bunuh Intan

kerna;

Dia gadis yang sangat cantik dan Indah pada pandangan mata ku.

Aku mencintai dirinya,

didalam senyap.

tapi sayang sekali

Dia terus menerus

melukakan.

Hati ku.


*(Ditulis pada 18 November 2016)

"Petang sebelum Intan dibunoh.." ditulis oleh Travelogue BackpackerzWhere stories live. Discover now