Chapter 37: Tujuh Anak Setan

Start from the beginning
                                    

"Nama aku Viraj, manusia serigala jadian." Kata salah seorang daripada mereka yang berbangsa India itu sambil dia mengikut cara Valur menghormatinya itu. Lelaki yang bernama Viraj ini berambut kerinting dan panjang hingga mencecah paras bahunya. Tubuh badannya juga agak tinggi, cuma tubuh badannya lebih tegap dan lebih sasa daripada tubuh badan Valur. Wajahnya pula tidak berapa tampan namun nampak lebih menggerunkan daripada rupa wajah Valur yang lebih tenang. Tambahan lagi dengan kilauan pantulan cahaya yang terhasil daripada anak matanya yang berwarna kuning keemasan itu, ianya mampu menambahkan lagi rasa elemen ketakutan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Ciri-cirinya ini sememangnya sesuai dengan ciri-ciri dirinya yang dilahirkan sebagai manusia serigala jadian itu.

"Nama aku Victor. Aku manusia separa hantu api, anak lelaki jin api dan lelaki kat sebelah aku ni pula namanya Vince. Dia ni manusia separa hantu air, anak lelaki jin Kappa (Hantu air Jepun)." Maju pula kedua-dua orang lelaki yang berbangsa Cina daripada kalangan mereka itu dengan memperkenalkan diri mereka kepada Jembalang sambil menunduk hormat kepadanya. Kedua-dua lelaki yang berbangsa Cina itu berkulit putih, bertubuh kurus dan masing-masing berambut lurus panjang hingga mencecah ke paras bahu masing-masing. Wajah mereka juga nampak hampir seiras seperti pasangan adik-beradik kembar. Cuma apa yang membezakan mereka berdua ini adalah Victor berambut putih kelabu secara keseluruhannya dan anak matanya berwarna jingga kekuningan seperti warna api dan manakala Vince pula, dia berambut hitam secara keseluruhan dan anak matanya pula berwarna biru cair seperti warna air.

"Nama aku Vina, anak hantu galah." Kali ini, giliran kaum hawa pula yang memperkenalkan diri mereka dengan dimulakan oleh salah seorang gadis berbangsa Melayu yang bertubuh kurus, pendek dan berkulit coklat gelap. Orangnya berwajah ketat dengan keningnya yang halus melurus dan tajam di hujung dan renungan matanya yang berwarna kehijauan jernih itu sentiasa kelihatan dingin seperti seseorang yang sedang di dalam kemarahan. Rambutnya hitam panjang diikat dengan gaya ekor kuda

"Nama aku pula Vinur. Anak kandung Langsuir iaitu ibu tiri kepada Valur dan aku adalah adik tiri Valur." Kata seorang lagi gadis yang berbangsa Melayu itu dengan memperkenalkan dirinya yang sebagai anak langsuir ataupun adik tiri kepada Valur itu sambil dia menundukkan kepalanya ke bawah untuk menghormati Jembalang sama seperti temannya yang lain. Jika Valur mempunyai wajah yang tampan, Vinur pula mempunyai wajah yang jelita dan comel. Cuma walaupun wajahnya jelita dan comel, tetapi elemen fizikal tubuh badannya tak jauh beza dengan Valur. Dia juga turut berkulit putih pucat dan dia juga bertubuh badan kurus yang sedikit tinggi daripada Vina. Cuma apa yang membezakan dirinya dengan Valur itu adalah anak matanya berwarna ungu, bibirnya berwarna hitam, rambutnya pula berwarna hitam legam dan gigi taringnya yang tajam itu pula panjang sehingga boleh terkeluar daripada dalam mulutnya. Tidak seperti Valur di mana gigi taringnya juga tajam, namun tidaklah sepanjang gigi taring Vinur yang boleh dianggarkan sepanjang 3cm itu.

"Ouh... Jadi kau dan Valur ni kira adik-beradik tiri sama bapalah?" Soal Jembalang kepadanya untuk memastikan kebenaran. Vinur dan Valur pun hanya sekadar menganggukkan kepala mereka masing-masing sebagai tanda tidak menafikan kenyataannya itu.

"Hmm... Bagus-bagus. Dan kau pula yang terakhir sekali, perkenalkan diri kau sekarang." Perintah Jembalang kepada seorang lagi gadis yang bertopeng itu tadi di mana gadis yang bertopeng itu tadi langsung tidak memandang ke arah Jembalang sejak daripada ketika saat kemunculannya itu tadi. Apabila Jembalang memerintahkannya untuk memperkenalkan dirinya, gadis itu mula menoleh ke arah Jembalang dengan begitu perlahan sekali.

"And i am... Vala'. The son of the Valak... The ghost of the coffin." Balas gadis yang dilahirkan sebagai manusia separa hantu keranda itu dengan nada yang begitu perlahan, serak dan halus sekali sambil dia menundukkan wajahnya yang bertopeng itu ke bawah. Jembalang yang mendengar kata-kata perkenalan diri daripada gadis yang bernama Vala' itu tadi pun terus tergamam dan terpegun seketika.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now