Part 1

215K 5.6K 422
                                    

Hi kalau korang baca ni, terima kasih banyak banyak!! Setelah bertanyakan soalan dan pertimbangkan semula, saya rasa saya akan publish balik versi lama saja. Versi baru mungkin akan dipublish dalam bentuk baru. InsyaAllah amin. Hehe.

Dan sebelum korang baca lebih jauh, saya nak minta maaf kalau cerita ini cringeeee tak hengatt. I wrote this when I was a dumb high school kid, memang banyak benda yang tak logik dan geli dan pelik dan ewwwww. Dalam cerita akan ada beberapa watak yang tiba tiba berubah or jalan cerita yang tiba tiba jadi lain sebab saya dah edit beberapa part tapi tak semua la. Selebihnya saya edit di laptop aje hh. Kat sini saya tak fully edit. Jadi harap faham kalau ada part yang buat anda macam AIK!!??????

Anyway, happy reading! Sorry for all the flaws.

Well. Well. Well. This is my first day. First day untuk ditemuduga di syarikat Global Department sebagai akauntan. Harap-harap dapatlah. Hampir dua bulan aku tunggu tawaran kerja dari mana-mana syarikat atau bank, akhirnya dapat juga. Susah payah aku belajar dulu bagai nak mampus, dapat juga aku menggenggam segulung ijazah sarjana muda. Huh.. such a relief.

Aku menilik penampilanku di cermin. Baju kurung berwarna biru muda dengan tudung bawal kuning. Woah, kontra betul. Tapi ada aku kisah? Trend kot sekarang orang pakai baju warna lain, tudung warna lain. Ada orang tu, pakai blouse kuning mantul, tudung warna merah terang, jeans biru tua. Wei, sakit mata aku memandang.

Aku menaiki teksi untuk ke syarikat itu. Tak naklah naik bas, lambat nanti. Dahlah baru nak temuduga. Kalau tak dapat, tak pasal-pasal aje. Aku mengerling sekilas jam tanganku, 10 pagi. Ada masa lagi ni. Sesi temuduga tamat pada pukul 11. Hmm, cun sangatlah tu. Bangsar dengan Bukit Aman taklah jauh sangat.

Dalam perjalanan, aku melihat kembali resumeku. Kot-kot ada yang tak lengkap. Matilah nak oii. Tiba-tiba, teksi berhenti di bahu jalan. Apakah? "Pakcik, kenapa ni?" Tanyaku, cemas.

"Entahlah, cik. Pakcik pun tak tahu. Kejap ye. Pakcik tengok." Kata pemandu teksi tersebut lalu terus melangkah keluar dari teksi. Dia membuka bonet lalu menilik enjin. Apa dia buat pun, aku tak tahu. Yalah, aku bukannya tahu sangat bab-bab kereta ni. Aku tahu naik aje.

Hampir 10 minit aku menunggu pemandu teksi itu. Eh, lambatnya lahai. Aku nak pergi temuduga ni. Macam mana? Akhirnya aku keluar, menjenguk keadaan pakcik itu. "Pakcik, lambat lagi ke? Kenapa dengan teksi ni?"

Pemandu teksi itu memandangku dengan wajah yang... entahlah. "Enjin ni buat hallah,cik. Pakcik pun tak tahu berapa lama lagi. Kejap ye, pakcik cuba betulkan." Tangannya lincah 'meneroka' enjin teksi itu. Spanar di tangannya diketuk-ketuk. Apa entah yang nak dibetulkan, malas aku nak ambil port.

Yang penting sekarang ni, aku kena cepat. Dah lama aku idam-idamkan nak jadi akauntan. Jadi, aku harus tunjukkan imej yang baik dan disiplin yang tinggi. Barulah encik-encik penemuduga tu terima aku bekerja. Eh, ada ke istilah penemuduga? Hentam sajalah labu.

Heish, naik kematu kaki aku ni berdiri. Aku melihat jam tangan. Oh, baru pukul 10.45. Haa? Apa? 10.45? Wei.. 15 minit lagi ni. Homai homai! Macam mana ni? Apa aku nak buat?

"Pakcik, tak boleh cepat sikit ke? Saya nak pergi temuduga ni. Saya kena cepat. Pukul 11 nanti sesi temuduga dah tamat. Kalau tak sempat pergi, saya tak dapat kerja. Dahlah hari ni hari terakhir. Ini aje peluang saya pakcik. Tolonglah pakcik." Kataku laju. Haa, ambik kau. Dah macam bertih jagung. Macam shortgun pun ada.

Langkahnya terhenti. Dia merenung wajahku tajam. Seolah-olah rimas dengan pertanyaanku yang bertubi-tubi. Aku tersengih lalu membuat tanda 'peace'.

"Cik. Minta maaflah. Rasanya teksi ni kena bawak ke bengkel. Pakcik terpaksa call trak tunda. Cik carilah bas ke, teksi lain ke. Pakcik tak dapat tolong. Maaf ya," pintanya sayu. Wajahnya dihurung kekesalan. Eh, tak payah nak KOMSAS sangatlah Qirah! Skema aje lebih.

Dear Aqirah [TERBIT]Where stories live. Discover now