special | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

Depuis le début
                                    

"Arin, Mak Enah menyesal sangat fitnah dan maki - maki Arin selama ni.."ucap Mak Enah dengan tangisannya.Dia sudah tidak kisah apa yang ingin dikatakan oleh gadis itu kepada mereka.Apa yang penting ialah mereka dimaafkan.

"Nia minta maaf..Sebenarnya, yang fitnah korang buat maksiat malam tu ialah Nia..Ampunkan Nia, Arin.."kata Nia pula.Dia juga seperti Mak Enah, sudah mengalirkan air mata deras.

Arin terkejut.Jadi maksudnya, Nia lah yang laporkan mereka ke pejabat Islam malam itu?

Adrian tersenyum sinis.Dia sudah lama tahu sebenarnya.Akhirnya mengaku juga perempuan tak guna itu!

"Apa Nia cakap ni?"

Nia memandang wajah tidak percaya Arin.Tangisannya serta merta makin menjadi - jadi.

"Maaf, Arin..Nia yang laporkan malam tu kepada tok imam..Nia minta maaf sangat - sangat.."

Arin menutup mulutnya.Dia sangkakan selama ini semua itu terjadi hanya satu kebetulan sahaja.Rupanya ada dalang di sebaliknya.Ya Allah, sudah berapa banyak kebenaran dia tahu!

"Kenapa Mak Enah dengan Nia sanggup buat Arin macam ni? Apa salah Arin sampai korang selalu buat benda buruk terhadap Arin? Padahal Arin tak pernah benci kan korang.."air mata Arin jatuh.

Dia sudah tidak kuat.Segala yang terbuku didalam hatinya selama ini diluah terus - terang.

Adrian mengusap belakang Arin.Tidak mahu gadis itu tenggelam dalam emosi sedihnya.Tidak baik untuk gadis itu serta anak mereka.

"Maaf kan kami, Arin..Kami janji takkan buat lagi dah..Kami menyesal buat semua tu..Setiap malam, kami mesti mimpi benda buruk yang sama..Kami dah tak sanggup Arin.."

Sejak beberapa hari yang lalu, mereka anak beranak sering dilanda mimpi buruk.Dan semuanya pasti ada Arin didalam mimpi itu.Sampaikan mereka pernah bermimpi yang Arin akan bunuh mereka dengan cara kejam.

Sebab itulah mereka berdua sanggup datang kerumah besar itu untuk memohon maaf.Mereka sudah tidak sanggup melalui benda yang sama.

Sungguh ngeri!

"Arin dah tak tahu nak cakap apa.."kata Arin sambil mengesat air matanya.Wajah bersalah Mak Enah dan Nia itu dipandang sayu.

"Sayang, are you okay?"risau pula dia jika Arin terbawa - bawa dengan emosinya.

Arin mengangguk.Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan.

Buk!

"Ya Allah, Nia!"

Arin, Adrian dan Mak Enah terkejut bila Nia tiba - tiba saja jatuh pengsan.Wajah gadis itu juga sudah pucat lesi.

"Biy, cepat hantar Nia ke hospital."kalut Arin menyuruh Adrian.Lengan suaminya itu digoncang - goncang.

"Tolong Nia Arin.."rayu Mak Enah.

Adrian menghela nafas.Menyusahkan pula perempuan ni nak pengsan dekat sini..

"Black, Mark, Carlos! Sediakan kereta aku.."laung Adrian, menjerit.Malaslah dia nak masuk semata - mata nak bagitahu orang kanannya itu.

Bukannya Arin yang pengsan pun.Jadi buat apa dia mahu terlebih risau kan?

✪✪

Bila pintu pemeriksaan itu terbuka, laju saja Mak Enah menyerbu anaknya.Wajah Nia masih pucat seperti tadi.

"Nia, kenapa kamu boleh pengsan ni?"

Nia hanya diam.Wajahnya terpasang riak ketakutan dan bersalah.Kepala langsung tidak diangkat memandang Mak Enah.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTOù les histoires vivent. Découvrez maintenant