Chapter 35: Musuh Yang Bodoh

Start from the beginning
                                    

"Hmm... Patut ke aku tumbuk dan belasah dia ni? Macam peliklah dia ni. Dia ni mesti ada satu muslihat yang buruk ni." Kata Kimi dalam hatinya sambil dia berfikir untuk membuat keputusan.

"Meh lah pukul aku... Kenapa diam je? Takut ke?" Soal Namrul dengan nada yang sinis.

"Heh... Malaslah aku nak melayan kau. Kau bukan nak bunuh aku pun. Kau cuma nak main-main je. Daripada kau main-main dengan aku macam ni, lebih baik kau pergi main dengan kawan-kawan kau yang lain. Oh lupa pula... Kau mana ada kawan. Sedangkan anjing pun tak nak berkawan dengan kau, ini kan pula manusia. Heh... Menyedihkan." Kata Kimi dengan sindiran yang selamba sambil dia berjalan berlalu pergi. Namrul yang terasa dengan kata-kata Kimi itu berdecit perlahan seketika lalu dia terus berlari pantas menuju ke arah belakang Kimi itu dan tiba-tiba...

"Hiyaah!!"

Pakk!!!

Belum sempat Namrul mahu berbuat apa-apa, tiba-tiba Kimi berpusing ke belakang dengan pantas lalu dia terus melempang muka Namrul dengan lempangan yang kuat sehingga menyebabkan Namrul terus jatuh terduduk ke atas tanah.

"Argh..." Keluh Namrul dengan menahan kepedihan akibat kesan daripada lempangan padu tangan kiri Kimi itu. Kimi pula hanya sekadar meniup tangan kirinya yang menjadi pelempang muka Namrul itu dengan tiupan yang perlahan sambil dia merenung ke arah Namrul dengan jelingan matanya yang separa tajam.

"Daripada deria rasa sentuhan tamparan aku dekat muka dia tu tadi, aku boleh rasakan dengan jelas yang ada satu aliran kuasa mistik gelap yang kuat tengah mengalir deras dekat dalam seluruh tubuh badan dia dan aliran kuasa mistik gelap tu adalah aliran kuasa mistik yang paling kuat yang aku pernah rasakan setakat ni. Ianya semakin kuat bila dicampur dengan sifat dendam, tamak, angkuh, dan sebagainya yang berkaitan dengan sifat-sifat jahat yang ada kat dalam hati dia. Nampaknya Namrul dah jadi makin kuat daripada apa yang aku tengok sebelum-sebelum ni. Seluruh kulit tubuh badan dia pun dah makin keras sebab tangan aku rasa pedih gila bila tampar muka dia tu tadi. Kalau daripada apa yang aku fikirkan ni semua adalag betul, ini bermakna yang Namrul nampaknya dah gunakan satu kuasa sihir dahsyat yang dah menguatkan lagi kekuatan dalam diri dia tu." Kata Kimi dengan bermonolog panjang di dalam hatinya.

"Aku saja je nak psiko kau sikit supaya aku boleh buatkan kau serang aku dulu. Jadi bila kau dah serang aku dulu, baru aku tahu apa niat dan tujuan sebenar kau nak suruh aku serang kau tadi tu. Nampaknya kau memang ada muslihat yang kejam." Kata Kimi kepada Namrul sambil dia menggoyangkan tangan kanannya yang terasa pedih sedikit akibat melempang pipi Namrul itu tadi.

"Heh..." Namrul hanya sekadar tergelak sinis sambil dia bangkit berdiri lalu dia menghampiri ke arah Kimi untuk berhadapan dengannya.

"Jadi... Kau dah tahu tentang rahsia kekuatan aku, kan?" Soal Namrul dengan nada yang sinis sambil dia mengepal penumbuk kanannya dengan ketat.

"Mestilah, aku kan peniru. Aku boleh kesan dan tiru sesiapa je yang ada kelebihan mistik." Balas Kimi dengan nada yang selamba dan mendatar.

"Tapi kau tak boleh tiru kuasa aku." Kata Namrul dengan nada yang masih sinis.

"Aku tahu... Sebab kelebihan mistik kau bukannya semulajadi, tetapi hadil daripada perjanjian syaitan. Betul, kan?" Balas Kimi dengan nada yang mendatar. Namrul hanya sekadar mendiamkan dirinya sahaja sambil dia menganggukkan kepalanya dengan sengihan sinis yang terukir di bibirnya.

"Heh... Nak mengaku diri tu 'tuhan', tapi minta bantuan daripada syaitan. Makhluk bumi jenis apa kau ni? Babi pun tak macam kau tau." Kata Kimi dengan sindiran yang bernada selamba.

"Kau jangan kurang ajar eh!" Kata Namrul dengan nada yang geram sambil dia mencengkam kolar baju Kimi dengan kasar.

"Kau tu yang kurang ajar. Datang jumpa orang tak bagi salam, lepas tu nak main tikam belakang macam orang penakut. Bila kena sindir sikit, koyak. Tak malu ke?" Balas Kimi dengan ayat yang begitu 'pedas' sekali. Dengan perasaan yang begitu geram, Namrul terus menumbuk dada Kimi sehingga menyebabkan dia terus terpelanting ke belakang. Kimi mula terbatuk darah seketika disebabkan kesan daripada tumbukan Namrul itu telah menyebabkan organ dalaman dadanya hampir tercedera.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now