Chapter 35: Musuh Yang Bodoh

Start from the beginning
                                    

"Faham, tuan." Balas Cikgu Sulaiman dengan ringkas.

"Baik, semoga berjaya." Kata Komander Adam sebelum dia memutuskan talian panggilannya. Setelah talian panggilan itu dimatikan, Cikgu Sulaiman mengeluh perlahan seketika. Lalu dengan bacaan bismillah yang perlahan, dia pun terus menggerakkan keretanya itu lalu terus bergerak menuju ke destinasi yang seterusnya untuk menjalankan tugasnya itu tadi.
______________________________________

[Normal POV]

Kimi berjalan seorang diri di dalam sebuah taman kawasan perumahan yang berada di sekitar Pekan Bukit Berduri itu dengan langkah kaki yang longlai dengan gaya yang separa menunduk ke bawah sambil dia melayan fikirannya yang serabut memikirkan tentang perangai abangnya yang keras kepala itu. Hampir mati akal dibuatnya bila memikirkan bagaimanakah cara untuk dia selesaikan kes di antara Isa dan abangnya itu dengan cara yang baik. Kalau diikutkan hatinya, dia tidak mahu salah seorang daripada mereka berdua itu akan dijatuhkan hukuman dan sebaliknya mahukan perdamaian di antara mereka berdua. Namun disebabkan sikap abangnya yang keras kepala itu membuatkan keinginannya untuk membuat perdamaian itu menjadi agak mustahil sedikit.

Dalam sedang dia sibuk berjalan sambil bermain dengan fikirannya itu, dalam tak sedar ada seorang lelaki yang berpakaian hoodie hitam sedang mengekorinya daripada belakang dengan langkah yang pantas dan begitu senyap sekali. Semakin lama, jarak lelaki tersebut semakin hampir dengan Kimi. Apabila jaraknya sudah semakin hampir, lelaki yang berpakaian hitam itu mula mengeluarkan sebilah pisau lipat yang kecil daripada dalam poket seluarnya dan kemudian tanpa Kimi sedar, lelaki itu terus memecut laju meluru ke arah Kimi yang berada di hadapannya itu sambil menghunuskan pisau lipatnya ke arah kepala Kimi.

Supp!!

"Hiyak!" Tanpa menoleh ke belakang, Kimi terus mengunci tangan lelaki yang memegang pisau lipat itu dan kemudian, dia terus menyiku dada lelaki itu dengan siku kirinya sehingga menyebabkan lelaki itu terus terganjak ke belakang seketika.

"Tch... Macam mana kau boleh nampak aku?" Soal lelaki itu sambil berdecit perlahan. Kimi langsung tak menjawab soalan lelaki itu, malah dia terus menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangan yang ingin menikam belakangnya itu.

"Lepas 3 hari kau dah menghilang, akhirnya kau datang juga Namrul..." Kata Kimi dengan nada yang mendatar dan serius.

"Heh... Aku lupa yang kau pandai bersilat. Memang padanlah kau boleh elak serangan aku tu tadi." Kata Namrul dengan nada yang sinis sambil dia bangkit berdiri.

"Kenapa kau cuba nak tikam aku? Apa yang kau nak daripada aku?" Soal Kimi dengan nada yang serius.

"Heh... Nak apa lagi? Nak bunuh kau lah." Balas Namrul dengan nada yang sinis sambil dia melontarkan pisau lipatnya itu ke arah Kimi dan Kimi pun terus mengelaknya dengan mudah. Namun setelah dia mengelak lontaran pisau tersebut, Namrul telahpun bertindak pantas dengan menumbuk pipi kanan Kimi sehingga menyebabkan dia terganjak ke belakang seketika.

"Ptuh..." Kimi mengusap pipinya yang bengkak dan berdarah akibat ditumbuk oleh Namrul itu lalu dia meludahkan air liur darahnya sambil dia merenung Namrul dengan renungan mata yang tajam.

"Sakit, kan?" Soal Namrul dengan nada yang sinis.

"Heh... Jarang-jarang kau cari pasal dengan aku ni. Sampai nak bunuh aku sekali ni. Kau ni memang dah melampau sangat ni." Kata Kimi dengan nada yang menahan sabar.

"Jadi kenapa? Kau nak belasah aku cukup-cukup? Ha marilah, cuba." Balas Namrul dengan gaya yang seolah-olah mahu mencabar Kimi. Kimi meletupkan jari-jemari penumbuknya seketika sambil dia meregangkan tengkuknya sebagai tanda bersedia untuk membelasah Namrul yang biadap itu dengan secukupnya. Walaupun dia sudah bersedia untuk membelasah Namrul, namun daripada dalam kotak fikirannya itu, dia masih lagi berasa ragu-ragu untuk bertindak sedemikian. Bila difikirkan semula, kenapa Namrul seolah-olah seperti sengaja mahu mencari pasal dengan Kimi dan kenapa dia seolah-olah seperti tidak kisah jika Kimi mahu memukulnya? Apabila Kimi memerhatikan daripada segi reaksi dan tingkah laku Namrul itu, dia mula mengesyaki tentang sesuatu perkara yang tak kena dengan si orang gila yang mengaku dirinya sebagai 'tuhan' ni.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now