BAB 58 ( SPECIAL PART)

Start from the beginning
                                    

Rayyan tinggikan suara sikit pun dah menangis mereka berdua apatah lagi marah-marah yang betul-betul. Mama dengan anak sama saja. Tapi sehingga kini Rayyan tak pernah lagi naik tangan dengan isteri mahupun anaknya. Tinggikan suara pun tak sanggup apatah lagi nak pukul.

"sorry.. " gumam uqasah meminta maaf. Umairah pula menunduk saja. Rayyan mengeleng. Macam mana nak marah kalau tengo muka mereka berdua pun dah cair. Comel sangat.

"eee.. Geramnya dengan budak dua orang ni" Rayyan tunduk mencubit geram kedua pipi isteri dan anaknya. Geram sangat. Tengo muka pun sama.

"hubby gurau jelah.. " bisiknya perlahan ke telinga Uqasah. Uqasah mencebik. Tanganya kembali menarik leher Rayyan membuatkan Rayyan berbaring. Pantas keduanya memeluk tubuh besar Rayyan. Uqasah di kiri. Umairah pula di kanan. Masing-masing melentok manja kepala ke dada Rayyan.

"kenapa manja sangat ni?" gumam Rayyan. Bila dua-dua dah sepakat nak bermanja memang peluang melarikan diri sangat tipis. Bahkan ke kerja pun Uqasah dan Umairah merengek mahu ikut kalau dengan mama dia sekali manja. Kalau seorang saja boleh lagi di pujuk tapi kalau dua memang K.O. lah dia.

"saja. Lama tak manja dengan hubby sebab.. Budak nilah manja sangat. Suka hati je ambik suami kita" Uqasah mencubit geram pipi anaknya. Umairah merengek. Dia mendongak memandang wajah Rayyan.

"ssshh.. Sayang dia" pujuk Rayyan. Bekas cubitan isterinya di usap lembut sambil bibir berlabuh ke dahi anaknya. Barulah Umairah mengukir senyuman. Bagaikan mengejek Uqasah. Papa pujuk!

"eeeee.. " Uqasah mengigit pula tangan kecil anaknya. Merengek Umairah minta di lepaskan. Rayyan tertawa.

"sayang.. Janganlah.. " tegur Rayyan.

"nak kiss juga.. " bentak Uqasah. Kali ini dia pula mendongak. Tanpa membuang masa laju Rayyan mencium dahi isterinya.

"dah. Dah acikan?" perlinya. Kalau seorang nak kiss mesti yang seorang pun nak kiss. Serentak Uqasah dan Umairah mengangguk.

Tiba-tiba kedengaraan pintu bilik mereka terbuka. Rafeeq yang baru masuk itu terus memanjat katil. Bibir tersengih bila semua mata memandangnya.

"boleh tak Rafeeq nak tidur sini?" soalnya.

"kenapa tak tidur kat bilik Rafeeq sendiri?" berkerut dahi Rayyan. Selalunya anak teruannya itu lebih suka tidur di biliknya sendiri.

"hurmm.. Sebab Danish tidur dengan daddy dan mommy dia. Rafeeq pun nak tidur dengan mama dengan papa.. " pintanya manja. Uqasah mendepa tangan.

"come.. " ajaknya. Rafeeq dengan pantas merebahkan tubuh di sebalah mamanya.

"now. Semua tidur" arah Rayyan tegas. Kedudukan mereka di susun. Rafeeq di hujung bersebalahan mamanya. Manakala Rayyan di tengah antara Uqasah dan Umairah.

"good night.. " Rayyan mengucup setiap dahi anak dan isterinya sebelum kembali merebahkan diri. Entah bila mereka tertidur pun tak sedar.

Berbahagialah:)

:
:
:
:
:

Rayyan merengus marah bila terasa ada sesuatu yang bermain di wajahnya. Terganggu lenanya. Uqasag tertawa kecil. Sekali lagi jari halusnya bermain dengan bulu mata suaminya. Seperti tadi Rayyan merengus geram membuatkan dia semakin galak mengusik.

Kali ini hujung jarinya mengaru lembut pula bawah hidung Rayyan. Di garu-garu hingga tanganya di tangkap Rayyan. Sekali lagi Uqasah tertawa. Tanganya yang berada dalam genggam Rayyan cuba di tarik namun tidak berjaya. Kuat sangat tangannya di pegang.

"jangan kacau hubbylah. Hubby nak tidur" ujar Rayyan dengan suar serak tapi mata masih terpejam.

"sayang tak boleh tidurlah.. " adunya. Biarpun jarum pendek jam sudah menunjukkan ke angkah 1 pagi tapi dia tetap tak dapat tidur. Cerah saja matanya membuka.

Rayyan mengiring memusing ke arah Uqasah. Tangan yang di genggam tadi di bawa melingkari lehernya. Matanya yang tadi terpejam sudah terbuka memandang wajah Uqasah yang tersengih-sengih itu.

"Kenapa tak dapat tidur pula. Selalunya dialah berdengkur paling kuat" usik Rayyan sebelum mengucup sekilas hujung hidung isterinya.

"eee.. Mana adalah sayang tidur berdengkur. Hubby tu yang berdengkur.. " balasnya geram. Suka hati je cakap kita tidur berdengkur. Kalau nak tahu dialah orang yang tidur sangat sopan. Tak berdengkur dan tak lasak. Sopan je.

"yalah.. " ujarnya Rayyan mengalah. Baru saja mata mahu di pejam semula tapi jari jemari isterinya lebih cepat bertindak menghalang dengan membuka semula matanya.

"janganlah tidur. Sayang takut" rengeknya. Rayyan mengeleng kecil. Tubuh Uqasah di bawa ke dalam pelukan. Punggung isterinya di ramas kuat bercampur geram.

"hubbyy... " bentak Uqasah menampar kuat lengan Rayyan. Rayyan tidak mempedulikan malah semakin dia meramas punggung isterinya. Geram. Montok sangat sejak dah ada 2 anak.

"s-sakitlah.. " rengek Uqasah. Tangan Rayyan yang berada di punggung di tarik di bawa ke dada. Di genggam tangan itu dengab wajah yang jelas tidak berpuas hati.

"geram sangat dengan punggung tu. Montok sangat. Buat geram." bisik Rayyan miang. Uqasah mengeling tajam. Pedas punggung akibat di picit terlalu kuat oleh Rayyan. Sudah tangan besar.

"hurmm.. Jahat! Sakit tau tak?!" marahnya. Siap di beri jelingan lagi. Kalau dah jeling-jeling memang merajuk betullah tu. Rayyan tersenyum kecil. Punggung Uqasah kembali di sentuh kali ini di usap dan di tepuk perlahan. Memujuk!

"kesian baby besar hubby ni.. Hurmm.. Sayang dia" pujuk Rayyan dengan ciuman di pipi Uqasah. Sengaja di gigit pula pipi tersebut membuatkan Uqasah terjerit kegeliaan.

"hubby.." panggil Uqasah. Rayyan mengumam sambil tangan masih berada di punggung isterinya. Sengaja je tu nak ambik kesempataan.

"hubby sayang lagi tak?" soalnya tiba-tiba membuatkan kerutan di dahi Rayyan timbul. Tangan yang berada di punggung Uqasah di alihkan menolak dagu Uqasah supaya memandangnya.

"sayanglah. Apa pula tanya soalan macam tu" omelnya sedikit tidak puas hati. Tak cukup lagi ke cinta dan sayangnya?

"cinta sayang lagi tak?" soal Uqasah lagi. Entah kenapa malam ni dia bertanya soalan seperti itu.

"mestilah hubby cinta. I really love you sayang. I love you so much.. " ujar Rayyan. Bibir Uqasah di kucup lembut. Tangan yang berada di dagu isterinya tadi berpindah ke belakang kepala Uqasah bagi mendalamkan kucupan.

"hurmm.. " Uqasah merengek dalam ciuman. Tangan kecilnya menepuk berkali-kali dada Rayyan. Kalau mereka bercium saja mesti dia akan kalah dulu. Sesak nafasnya. Tercunggap-cunggap dia mencari nafas. Rayyan pula hanya beriak selamba.

"okey tak ni?" tanyanya risua tatkala Uqasah masih lagi dalam proses mencari oksigen. Uqasah memandang tajam. Boleh lagi tanya okey ke tak?

"hubbylah...cium lama sangat. Kejap-kejap dahlah.. " bebelnya tidak puas hati. Bibir di kesat menghilangkan air liur mereka yang sduah bercampur aduk tadi.

"siapa surug seksi sangat.. " balas Rayyan tidak bersalah. Kepala Uqasah di tarik semula rapat ke dada. Kali ini bibirnya singgah pula ke dahi isterinya.

"sayang kena ingat yang hubby betul-betul sayang dan cintakan sayang. Ingat tu sampai bila-bila." pesannya tegas. Uqasah tersenyum terharu. Dada Rayyan di kucup sekilas.

"love you too!"








Don't forget to vote 🌟

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now