BAB 17

11.2K 468 2
                                    

Uqasah berlari anak ke pantai. Tangan di depa merasakan tamparan angin. Rayyan pula tenang saja melihat isterinya yang sudah terlompat sakan itu. Teruja sangat.

Pagi-pagi lagi Rayyan di ajak oleh Uqasah ke pantai kononnya teringin nak naik jet ski. Sarapan pun tak sempat dek Uqasah yang sudah tidak sabar-sabar mahu jalan.

"hubby.. Cepatlah.. " Uqasah menarik lengan Rayyan supaya jalan lebih cepat. Tergeleng kepala Rayyan melihat. Terlihat sudah ada beberapa pelancong sudah mula menaik jet ski. Biasanya pada waktu pagi akan ramai yang menaiki kerana cuaca pagi yang sangat baik untuk kesihatan. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu malap.

Uqasah dengan baju oversizenya. Seluar track hitam yang longgar. Tudung pula hanya main sarung. Ada ke orang naik jet ski macam ni? Rayyan pula hanya memakai t shirt berwarna biru muda sama seperti Uqasah dan seluar pendek separas lutut.

"jom.. " setelah sampai ke tempat pejaga jet ski mereka di suruh memakai  lifr jacek untuk keselamatan.

Tukun Rayyan memakaikan Uqasah life jacket itu. Sesekali di kucup sekilas dahi isterinya. Uqasah senyum senang hati.

"hubby tak pakai?"soalnya bila hanya dia seorang saja yang memakai. Rayyan mengeleng. Life jacket di tubuh isterinya di ketatkan.

"tak bahaya ke?" kedengaraan risau nada Uqasah. Rayyan tertawa kecil sebelum menarik kepala Uqasah dan kucupan sayang singgah lagi ke kening kanannya.

"hubby bukannya macam sayang. Kecil, pendek lepas tu tak pandai berenang pula tu" sindirnya. Serta merta Uqasah memuncung. Dada Rayyan di cubit geram.

"comel apa kecik-kecik je.. " ujarnya mempertahankan diri. Tersengih Rayyan mendengar jawapan Uqasah sebelum mereka berdua mendekati pejaga itu kembali.

"i want this!" ujar Rayyan memilih jet ski berwarna biru tua. Pejaga itu mengangguk sebelum menyerahkannya kepada Rayyan setelah memberi tahu cara-cara menaikinya. Rayyan pula sekadar mengangguk. Menaiki jet ski bukan lagi benda susah buatnya kerana dah banyak kali dah dia naik benda ini.

"naiklah" Rayyan menyambut huluran Uqasah supaya naik ke jet ski itu. Terjerit riang Uqasah bila dia sudah selamat duduk di belakang. Tangan memeluk erat belakang tubuh Rayyan dengan kepala di tongkat ke bahu suaminya.

"are you ready sayang?" tanya Rayyan separuh menjerit dek melawan bunyi ombak. Uqasah mengangguk.

"readyy.. " jeritnya teruja. Tidak sampai seminit jet ski mereka mula bergerak. Sengaja Rayyan membawa seperlahan yang boleh tidak mahu membuatkan gadis kesayangannya ketakutan.

"wowwww..." Uqasah menjerit. Berdebar-debar jantungnya tapi dia suka. Pelukan di pinggang Rayyan di eratkan tatkala suaminya mula membawa lebih laju berbanding tadi.

"hubbbyy!" nyaring jeritan Uqasah bila selamba saja Rayyan melalui ombak itu. Terlompat jet ski dengan mereka sekali dek hempasan kuat.

"best tak?" tanya Rayyan. Dia mengerling sekilas memandang wajah Uqasah.

"best sanggaatttt.. " jawab Uqasah dengan senyuman lebar.

"hubby ada ombak lagi.. " Uqasah menepuk-nepuk bahu Rayyan bila kelihatan ombak itu menuju ke arah mereka. Rayyan tersengih. Tangannya sudah siap sedia mahu melawan ombak itu.

"get ready sayang... " bisiknya sebelum di lajukan jet ski mereka dan sekali lagi tubuh mereka berdua terlompat-lompat. Uqasah tertawa walaupun dia sedikit takut.

"sayang nak cuba bawa tak?" terdiam Uqasah bila di tanya soalan iti seolah-olah sedang memikirkan tawaran suaminya.

"takut" perlahan saja suaranya berkata. Rayyan tertawa kecil. Ingatkan berani sangatlah.

MR. MAFIAOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz