CPJ | 03

86 20 2
                                    

KENDERAAN berpacuan empat roda miliknya dibelokkan ke kanan menuju ke jalan yang terpampang nama sebuah kampung

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

KENDERAAN berpacuan empat roda miliknya dibelokkan ke kanan menuju ke jalan yang terpampang nama sebuah kampung. Pandangan melilau ke kiri dan kanan dalam pada tangan masih melekat kemas di stereng kereta. Hanya kampung itu yang terdetik di hati sebagai tempat singgahanya mencari sarapan pagi memandangkan tempat itu bersebelahan dengan kawasan projek yang dijaga.

Sebaik sahaja anak mata menangkap kedudukan sebuah warung yang berada di tepi jalan, tanpa ragu-ragu dia memarkirkan kereta di kawasan berhampiran. Enjin kereta dimatikan sebelum dia menapak keluar. Langkah diatur sederhana sambil lengan kemejanya dilipat kemas sehingga ke siku. Kaca mata yang sedari tadi melekap di batang hidup dibuka lalu dimasukkan ke dalam poket bahagian dada.

Usai itu, dia menarik kerusi yang berada di kedudukan hujung warung. Punggung dilabuhkan perlahan sebelum tangan tergawang ke udara. Memanggil pelayan yang baru sahaja keluar dari dapur dengan membawa secawan air suam buat pelanggan meja lain. Sabar dia menunggu sehingga pelayan tiba di tempatnya dan pesanan langsung dibuat sejurus pelayan wanita itu berada di hadapan mata.

"Itu sahaja ya?" soal si pelayan sambil tangannya ligat bergerak menulis sesuatu di atas kertas nota.

Dia mengangguk mengiyakan.

Setelah kelibat pelayan menghilang di sebalik dapur, Qarizh Mahfuz meliarkan pandangannya ke sekitar warung. Kebetulan pada ketika itu, anak matanya jatuh pada satu susuk tubuh yang baru sahaja melabuhkan duduk di kerusi tidak jauh dari tempatnya. Entah mengapa, dia langsung tidak terasa hendak mengalihkan hala tumpuan. Ralit dia merenung seorang gadis yang ayu dalam baju kurang bercorak bunga. Lembut warna pakaian gadis itu dipadankan dengan selendang yang berwarna serupa dengan corak bunga. Ungu lavender. Manis.

Si dia tidak memandangnya sama sekali. Hanya ralit dengan telefon bimbit di tangan. Dapat dia melihat gadis itu tersenyum sendiri menghadap paparan skrin telefon bimbitnya. Jantung berdegup luar biasa tatkala melihat senyuman itu. Terasa seakan dia dipanah satu rasa halus yang begitu asing di dalam dada. Tidak pernah dia rasakan perasaan itu sepanjang lebih tiga puluh tahun hidupnya di muka bumi.

Tidak sempat dia hendak menganalisa lebih lama tentang si gadis, tiba hidangan yang dipesan ke atas meja. Mengusir pergi segala momen yang seakan menghentikan putaran masanya. Makanan dinikmati, namun pandangan sesekali tertumpu pada gadis di hujung sana.

Selesai makan, dia terus membuat pembayaran apabila merasakan bahawa dia telah terlewat untuk tiba di destinasi yang seharusnya. Poket diseluk untuk mengeluarkan dompet, namun tiada sebarang sentuhan yang terasa pada objek itu. La sudah... mana pula hilangnya dompet aku ni?

"Sekejap ya, pak cik. Saya pergi tengok dompet dalam kereta saya," beritahu Qarizh kepada seorang lelaki tua yang menjaga kaunter sebelum langkah kakinya laju bergerak menuju ke kereta. Puas dia menggeledah bahagian hadapan dan belakang kereta, masih tidak dijumpai barang peribadinya yang satu itu.

Memikirkan gerangan seseorang yang boleh dihubungi pada waktu sebegini, dia mengeluarkan telefon bimbitnya pula. Membuat panggilan kepada rakan sekerja yang mungkin sudah berada di tapak projek. Mana tahu dia orang boleh tolong.

Dalam pada itu, anak matanya dapat menangkap kelibat gadis yang diperhati sedari tadi melangkah pergi. Sempat lirikan mata si gadis bertembung dengan renungannya. Senyuman gadis itu terlempar sekilas kepadanya yang terasa seakan pegun di tanah tempatnya berdiri. Bibir terbungkam. Kelu dan kaku.

Sebaik sahaja si gadis berlalu pergi, dia memejamkan mata rapat. Kembali berbual sebentar di talian dan panggilan dimatikan sejurus mendapat balasan rakannya akan tiba. Tidak bertangguh, Qarizh mendekati meja kaunter dan menyatakan hal sebenar kepada penjaga kaunter itu.

"Eh, tak apa. Cikgu dah tolong bayarkan tadi?"

Mulalah dahinya berkerut mendengar jawapan sebegitu. Belakang kepala digaru perlahan. Cikgu mana pula yang baik hati sangat ni? Setahu aku, mana ada orang lain dah dekat sini selain mak cik tua dekat hujung sana dan... gadis itu!

"Cikgu? Cikgu mana ni ya, pak cik?" Qarizh menyoal mahukan kepastian.

"Yang pakai baju kurung corak bunga warna ungu tu... dia nampak kamu kabut semacam, dia tanya pak cik. Pak cik bagitahu kamu cari dompet, dia pelawa nak bayarkan makanan kamu," cerita pak cik itu tanpa serba-salah.

Qarizh hela nafas berat. Menggaru dahi sendiri. Kesal. Ya Allah... buat malu kaum lah kau, Rizh! Ada pula awek yang bayarkan makanan kau? Aduh... Danish tahu ni, confirm kena bahan kaw kaw! Tak macho langsung!

Cik Pendebar JantungTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon