CPJ | 02

90 17 6
                                    

SEBUAH meja yang terletak di luar kedai makan itu dihampiri sebelum sapaan diberikan kepada jejaka yang dianggap sahabat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEBUAH meja yang terletak di luar kedai makan itu dihampiri sebelum sapaan diberikan kepada jejaka yang dianggap sahabat. Lelaki yang santai dalam t-shirt biru tanpa kolar dan seluar jeans menyambut mesra kehadirannya. Tangan saling berjabat sebelum Qarizh melabuhkan duduk di kerusi sebelah dengan keadaan meja yang berbentuk segi empat sama.

Seorang pelayan dipanggil lalu pesanan dibuat.

Usai itu, Qarizh kembali menumpukan perhatian terhadap wajah si teman. Sempat juga dia mengeluarkan kotak rokok dan pemetik api dari poket seluar lalu diletakkan ke atas meja. Tersenyum lebar temannya melihat kedua objek yang memudaratkan kesihatan mereka.

"Bak sini satu. Lama tak pekena ni." Tanpa izin, kotak rokok itu sudah dibuka lalu sebatang rokok diambil. Batang rokok itu dibakar hujungnya.

Berkerut dahi Qarizh mendengar ungkapan si teman sebelum dia juga melakukan perkara yang sama. "Apa yang lama tak pekena?"

"Biasalah... ada anak kecil rumah aku. Tak elok untuk budak katanya. Bini aku pun duk bising aku habiskan duit untuk rokok. Minta jimat untuk beli susu dan pampers anak. Bosan aku..."

Qarizh tergelak menyambut rungutan itu. "Tu lah kau, Dan. Kahwin awal-awal buat apa? Sekarang dah terikat komitmen, haa... mendapat! Sendiri susah. Gaya tak puas enjoy, tapi kahwin nak awal aje. Ish, tak faham aku." Dia membebel pendek.

Danish tersengih. "Kau tahu je lah aku dah kenal dia lama mana. Mahu family aku tak membebel kalau bawa dia ke hulur ke hilir." Belakang kepala diusap perlahan.

Qarizh tidak bereaksi. Selamba menghembus asap rokoknya ke udara. Kebetulan, air pesanannya tiba di meja dan ucapan terima kasih diberikan kepada pelayan.

"Kau tu... bila nak ada komitmen?" Danish bersuara lagi. Tidak segan silu bertanya.

"Sekarang pun aku ada komitmen apa?" Qarizh merujuk pekerjaannya sebagai komitmen utama kehidupan.

"Alah, kau ni... sampai bila? Takkan nak hidup sendiri sampai tua? Umur kau tu dah thirty series tau. Sejak sekolah lagi hidup macam ni... kau tak bosan ke hidup sunyi sejak kehilangan ahli keluarga ni?"

"Biarlah thirty series pun. Bukan kacau hidup orang. Malas lah aku nak fikir soal jodoh. Hidup aku ada kerja tetap, ada kau sebagai member aku... okey apa?"

"Banyaklah kau! Bro, manusia ni perlukan pasangan. Hati tu kena ada cinta, baru dunia rasa indah sentiasa! Ni tak... dunia kau sunyi tanpa sesiapa! What a life, bro?"

Qarizh memutarkan bola matanya ke atas. "Kau kenal aku sejak sekolah menengah, kan? Kau tahu aku tak percaya cinta. Buang masa, tahu tak! Buang masa! Kau tengok lah diri kau tu... dah ada bini, tapi nak enjoy dekat luar. Nak merokok pun disekat? No, no... I'm better with my life now."

"Aduh, member... Kau tak kenal istilah cinta lagi bolehlah sembang! Sekali kau kenal dan dapat rasa... aku tak yakin lah kau mampu hidup dengan kesunyian kau sekarang!" Danish ketawa. Menendang perlahan kaki si teman di bawah meja. Puntung rokoknya ditekan ke dalam bekas yang tersedia di atas meja.

Cik Pendebar JantungWhere stories live. Discover now