Chapter 34: Lari & Lawan

Začít od začátku
                                    

"Hmm... Tak mengapalah, maruah diri aku masih lagi suci selagi aku meneruskan ibadah aku pada Allah. Aku pergi dulu." Kata Al-Fitri dengan nada yang tenang lalu dia terus berlalu pergi tanpa menghiraukan Jembalang dan jin Yahudi betinanya itu. Jembalang yang melihat reaksi selambanya itu hanya sekadar tersengih sinis seketika.

"Heh..."

Shiuff!!!

Belum sempat Al-Fitri mahu berlalu pergi, tiba-tiba jin Yahudi betina itu tadi bertindak pantas mahu menyerangnya daripada belakang lalu dengan tindakan yang sepantas kilat, Al-Fitri terus mengelak serangan jin Yahudi betina itu dan kemudian dia terus menumbuk dahi jin Yahudi betina itu sehingga hancur berkecai.

"AAAAARGHH!!!" Jin Yahudi betina itu tadi menjerit kesakitan dengan begitu nyaring seketika sebelum dia yang sudah hancur kepalanya itu terjatuh ke atas batu-batuan sungai yang kecil lalu terbaring kaku tanpa bergerak. Al-Fitri yang telah menumbuk kepala jin Yahudi betina itu tadi menggoncangkan tangan kanannya yang telah menumbuk jin itu tadi untuk menghilangkan rasa sakit akibat kesan daripada penumbuknya yang padu itu.

"Wah... Masih hebat macam dulu. Aku ingatkan kau dah jadi makin lemah lepas dah masuk Islam hari tu." Kata Jembalang dengan nada yang kagum dan sinis.

"Aku simpan kekuatan aku sebab aku dah bersumpah untuk tidak berlaku jahil lagi. Tapi kau dah memaksa aku untuk menggunakan kekerasan. Jadi aku takkan berdiam diri lagi!" Kata Al-Fitri dengan nada yang tegas dan Jembalang yang mendengar kata-katanya itu terus tergamam seketika.

"Bila difikirkan semula, Islam telah mewajibkan kesemua umatnya untuk mencegah segala kemungkaran. Amar makruf nahi mungkar. Fisabilillahi hattalil syahidu. Aku akan berjuang di jalan Allah dengan mencegah semua kemungkaran termasuk sekali dengan kau, sampailah aku syahid." Katanya lagi sambil matanya mula berubah menjadi hitam sepenuhnya dan tubuh badannya pun mula berubah menjadi bentuk jin asalnya. Sayapnya yang dahulu berbentuk seperti sayap kelawar yang gergasi, kini telahpun berubah menjadi seperti sayap burung helang gergasi yang hitam dengan sendirinya. Tubuh badannya yang tadi berbentuk manusia dengan berpakaian serba putih itu pula, kini telahpun berubah menjadi sebuah pakaian zirah perisai penuh yang lengkap berwarna hitam dengan menutupi keseluruhan anggota tubuh badannya yang tegap dan sasa itu hanya di dalam sekelip mata sahaja kecuali di bahagian kepalanya yang dibiarkan tanduk kepalanya yang pendek itu menonjol ke atas tanpa ditutupi dengan apa-apa .

"Heh... Kalau boleh, cubalah. Aku tak datang ke sini dengan bersendirian lah. Aku akan hapuskan kau bersama dengan kesemua tentera aku ni." Kata Jembalang dengan nada yang sinis sambil dia menjelmakan seratus tentera jinnya yang berbentuk seperti manusia separa burung gagak hitam yang mempunyai sayap yang besar sambil membawa senjata tajam seperti tombak dan pedang yang kesemuanya diperbuat daripada logam perak. Ada juga yang membawa pemanah dan juga cemeti yang boleh digunakan untuk penangkapan. Jumlah kesemua tentera jin burung gagak hitam itu terlalu banyak sehingga telah menyebabkan Al-Fitri terkepung di dalam bulatan.

"Jin-jin Al-Ghurabun. Macam mana jin-jin yang berasal daripada puak jin burung gagak ni boleh ada kat sini?" Soal Al-Fitri dalam hatinya.

"Ini adalah jin-jin daripada puak Al-Ghurabun iaitu jin-jin burung yang paling terkuat di antara puak-puak jin burung yang ada. Aku seru mereka semua yang berasal daripada alam ghaib ini untuk datang sertai aku untuk membunuh kau. Aku telah menjanjikan kepada mereka semua dengan ganjaran yang cukup lumayan. Sekiranya salah seorang daripada mereka berjaya memancungkan kepala kau dan berjaya membunuh kau, maka aku akan menjadikan dia sebagai raja dekat dalam Bukit Berduri ini." Kata Jembalang dengan panjang lebar dalam nada yang angkuh dan sinis tanpa disoal.

"Kau yakin mereka yang semua ni mampu nak membunuh aku?" Soal Al-Fitri dengan nada yang serius sambil dia mengepal penumbuk kanannya dengan ketat.

KASYAF (Hiatus)Kde žijí příběhy. Začni objevovat