Kalau dia tanya kawan aku tentang Lukman bolehlah aku bohong lagi bukannya tak ada nama Lukman dekat kampus yang besar tu. Pandai pandailah aku menggoreng nanti. Nama Leo ni pula memang one and only dekat kampus tu, sebut aje nama itu automatik wajah Dr. Leo terpampang di fikiran.

"Tak ingat" ucap Aric pasrah.

"Ha Aric yang tak ingat kan.." aku menyalahkannya

"Maybe, tak apalah"

"Kalau Aric tak suka dia boleh pergi.." ujarku.

"Who say--"

Pap! Terus aku memijak kaki Dr. Leo supaya diam.

Dia mengetap bibir menahan sakit, tak berbunyi terus. Nantilah minta maaf.

"No it's okay, bolehlah kenal-kenal sekali" ujar Aric.

"I'm Aric, Pearl's boyfriend" Aric menghulur tangan, ramah.

"I'm Le.. no I mean Lukman, your girlfriend 'friend'" sengaja dia menekankan perkataan friend itu.

Lalu mereka bersalaman. Dr. Leo memandang tepat ke dalam mata Aric dengan wajahnya yang tiada senyuman terukir.

Aric yang bingung terus melepaskan tangannya.

"Kalau macamtu, Aric pergi order dulu" laju dia meminta izin untuk meng-order.

"Pearl nak apa-apa?" soalnya.

"Takpe, dah ada" balasku.

"Ayana?" dia menyoal Ayana pula.

"Apa-apa je"

Aric tersenyum lalu mengangguk dan bangun pergi ke kaunter untuk memesan.

"Ayana, you look different. Looks like someone is in love.." aku memberikan senyuman mengusik.

Dia diam dan tertunduk malu. Diam maknanya betullah tu.

"Omg, siapa?" aku pula teruja.

"Secret" jawabnya sepatah.

"Alaa, apa ni rahsia pula. Bagitahulah siapa.."

Tiba-tiba Aric muncul semula dengan membawa dulang berisi pesanannya.

"Aric siapa boyfriend Ayana?" terus aku menyoal Aric.

Aric tampak terkejut dengan soalan itu.

"Tak tahu" balasnya pendek sambil meletak dulang berisi dua chocolate milkshake dan banana split.

Aku tersenyum apabila melihat isi dulang itu. Banana split. Setahu aku Aric tidak suka pisang jadi tidak akan dia pesan untuk dirinya mungkin..

"Your favourite" Aric menghulurkan banana split itu kepada Ayana.

Huh?

Tadi Ayana ada pesan banana split ke?

Aku memandang Dr. Leo. Dia memandang ke arah Aric dan Ayana dengan pandangan yang sukar mahu diterangkan.. dia tahu sesuatu?

"You wish that was you huh?" Dr. Leo tiba-tiba berbisik.

Aku menjelingnya sekilas. Tapi kenapa Aric bagi Ayana?

"Jangan salah faham. Dalam kereta tadi Ayana cakap dia teringin makan banana split" terang Aric seperti tahu apa yang dalam fikiran aku.

Oh.

"So, Lukman. Are you Pearl's classmate or just uni friend?"soal Aric mengubah topik.

Dear, Dr. LeoWhere stories live. Discover now