08

15.6K 1.2K 599
                                    

Sudah mahu masuk pukul enam petang. Batang hidung Aric masih lagi tidak kelihatan. Berkali-kali juga aku menghubunginya tetapi satu pun tidak dijawab. Mana dia ni? Ni yang nak marah ni. Diam je kenapa.

Aku menoleh ke sebelah. Dr. Leo dari tadi scroll telefonnya. Entah apa yang dilihat pun aku tidak tahu.

Aku pandang pula Silas dan Noah di meja hujung. Mereka sedang bermain osom. Noah menunjukkan batu dan Silas menunjukkan burung. Terus pasrah wajah Silas apabila dijentik oleh Noah. HAHAHA bosan sangatlah tu.

"Dr, jomlah balik" ucapku kesal dengan perangai Aric. Makin lama dia semakin tidak kisah akan aku.

"Pearl!" terdengar namaku dipanggil.

Aric tiba-tiba muncul di hadapan aku.

"I'm so so so sorry! kerja dekat office banyak tadi tak sempat siapkan" wajahnya menunjukkan reaksi yang bersalah.

Alasannya seringkali ku dengar.. Alasannya seringkali kau ucap..

"It's okay.." ujarku.

Muncul seorang perempuan di sebelahnya. Dia tersenyum manis kepada aku.

"Pearl ingat tak ni siapa?" soalnya.

"Ayana!?" jeritku teruja. Hilang sudah rasa marahku terhadap Aric.

Serta merta aku bangun dan memeluk perempuan itu kuat. Tak kisah mata-mata di sekeliling memandang, lama sangat tidak berjumpa dengannya. Rindu!

"Lamanya tak jumpa" ucapku setelah pelukan kami terlerai.

"Tulah, Ayana pun rindu mutiara sorang ni"

Aku tersengeh.

Ayana kawan teman masa kecil Aric, mereka selalu bersama dari dulu. Aku kenal Ayana pun dari Aric. Sewaktu awal bercinta dahulu dia tak mahu aku salah faham kerana dia berkawan rapat dengan Ayana jadi dia mengenalkan kami dan sejak dari itu kami menjadi rapat. Tetapi sejak Ayana mula bekerja di Terengganu dia dan Aric semakin jarang berjumpa begitu juga dengan aku.

"Eh duduklah, Aric duduklah" aku pelawa mereka.

"Kenapa boleh sekali ni?" soalku setelah mereka duduk di kerusi hadapan aku dan Dr. Leo.

"Dia dipindahkan dekat syarikat sama dengan Aric. Tadi pun Aric kata nak jumpa Pearl terus dia nak ikut" terang Aric.

"Really? baguslah!"

Mereka tersenyum.

"Who..?" Aric memandang Dr. Leo di sebelah yang sama sekali tidak menghiraukan kami.

"Dia.. dia kawan Pearl. Dia tolong hantar Pearl tadi lepastu teman sekejap sementara tunggu Aric" bohongku lancar.

"Kawan? tak pernah nampak pula. Siapa?" soalnya ragu. Aric memang kenal semua kawan-kawan aku.

"Ini Le.. Leokman. Takkan tak ingat" aku cuba membohonginya lagi.

Bulat mata Dr. Leo memandang aku. Mungkin terkejut tiba-tiba namanya diubah.

"Leokman?" berkerut dahi Aric.

"Lukman Lukman, takkan tak ingat Lukman kot"

Aric mengerutkan dahi seperti cuba mengingatkan sesuatu.

"Since when my name is Lukman?" bisik Dr. Leo perlahan, kedengaran dia tidak berpuas hati.

"Habistu nak nama Latif ke? Pura-pura jelah. Aric tak boleh tahu nama sebenar Dr, kang dia tanya kawan saya macam mana" aku membalas dengan bisikan perlahan.

Dear, Dr. LeoWhere stories live. Discover now