Chapter 32: Maklumat & Kebenaran

Start from the beginning
                                    

"Cikgu dah tahu yang kamu ni adalah seorang Kasyaf sejak daripada kali pertama kita berjumpa dan sejauh mana yang cikgu dah tahu tentang apa yang kamu dah buat adalah semenjak daripada kamu dan Aizat meruqyahkan Aisyah untuk kali pertama sampailah ketika hari di mana kamu dah tewaskan Toklang Hanafiah iaitu jin yang nama sebenarnya adalah Jembalang dan sekaligus dah menghapuskan sumpahan sihir dekat rumah keluarga Aisyah pada 3 hari yang lepas." Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar.

"Macam mana cikgu tahu yang saya buat semua tu?" Soal Isa kepadanya lagi.

"Sebab Al-Fitri. Dia datang berjumpa dengan cikgu lepas waktu subuh tadi dan dia lah yang menceritakan semuanya dekat cikgu. Untuk pengetahuan kamu, selepas dia diislamkan masa dekat sekolah hari tu, dia sentiasa mengikut dan memerhatikan kamu daripada jauh. Cuma kamu je yang masih tak perasan disebabkan kelebihan mistik yang ada pada diri dia yang membuatkan kamu tak dapat kesan kehadiran dia. Dia mengikut kamu untuk menuntut kesemua ilmu agama Islam yang ada di dalam otak kamu tu dan tujuan utamanya juga untuk memastikan kamu kekal selamat daripada ancaman syaitan yang sentiasa nak menghapuskan kamu." Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar. Isa yang mendengar jawapan Cikgu Sulaiman itu terdiam dan tergamam seketika. Kalau dalam hatinya tadi, rasa mahu marah Cikgu Sulaiman. Sekarang, Al-Fitri pula yang terasa mahu dimarah dan dibelasah olehnya nanti.

"Macam tu ya... Kenapa dia buat macam tu?" Soal Isa kepadanya lagi.

"Sebab cikgu yang suruh. Cikgu nak pergunakan dia untuk memerhatikan segala tindakan kamu untuk cikgu dapatkan lebih banyak lagi maklumat penting berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Paranormal yang kita tak tahu dekat dalam daerah Bukit Berduri ni untuk perancangan strategi agensi kita yang seterusnya. Dengan cara ni, pihak agensi kita akan dapat lagi banyak maklumat yang penting daripada kamu dan perancangan untuk strategi misi yang seterusnya pun akan jadi lagi senang." Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar dalam nada yang serius.

"Tapi kenapa saya?" Soal Isa dengan nada yang perlahan dan serius.

"Sebab cikgu tahu... Kamu ada sesuatu yang perlu dibuat berkenaan dengan kes sihir sumpahan keluarga Aisyah tu dan kesnya ni sememangnya berkait rapat dengan kesemua kes Paranormal yang pernah berlaku dekat dalam daerah pekan dan kampung Bukit Berduri ni. Kalau kamu nak tahu, semua ni berpunca daripada Jembalang iaitu musuh ketat sebenar kamu tu. Selama ni, dia lah punca berlakunya kes orang ramai disihir, kes bangunan usang jadi berhantu dan kes-kes lain yang berkaitan dengan aktiviti Paranormal, semuanya dia lah yang buat semua ni. Hari tu masa kes kamu kena kerasukan dan disihir tu, dia lah puncanya. Dia lah yang bertanggungjawab menghantar Ifrit untuk merasuk kamu, dia lah yang dan dia lah yang bertanggungjawab menyihir Nabila sampai hilang termasuk ke dalam hutan hari tu. Faham?" Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar dalam nada yang serius. Isa terdiam seketika apabila mendengar jawapan daripada Cikgu Sulaiman itu. Pada mulanya dia tak faham tentang Jembalang yang disebut sebagai musuh ketatnya itu. Tetapi apabila dia teringatkan tentang Toklang Hanafiah, barulah dia tahu bahawa orang tua tak guna tu lah yang mahu memusuhinya selama ni.

"Macam tu ya... Okey. Tentang Aisyah pula... Cikgu tahu kan yang Aisyah dengan mak dia tu kena sihir? Tapi cikgu memang betul-betul tak tahu ke yang selama ni Makcik Siti dengan Aisyah tu kena sihir dengan Jembalang? Ke cikgu memang dah tahu dan sengaja pura-pura tak tahu?" Soal Isa kepadanya lagi dengan soalan yang berganda dengan nada yang lebih serius. Apabila mendengar soalannya yang agak 'pedas' itu, Cikgu terus Sulaiman terdiam seketika.

"Pada mulanya, cikgu memang tak tahu pun sebab cikgu ingat Toklang Hanafiah tu adalah manusia yang sebenar. Tapi rupa-rupanya dia adalah makhluk jin yang bertopengkan manusia. Cikgu baru tahu asal semua ni pun sebab Al-Fitri yang datang ceritakan semuanya dekat cikgu masa pagi tadi. Apa yang cikgu tak tahu dan apa yang cikgu terlepas pandang, semua tu dia lah yang bagitahu sendiri dekat cikgu." Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar dalam nada yang perlahan dan serius.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now