C Y F M || 19

434 44 135
                                    

"HUAAAARRGHH!!!"

Terlihat seekor landak sedang berjalan keluar dari biliknya-- yang sebenarnya ialah bilik Boboiboy sambil menguap seperti seekor raksasa.

Fang berjalan ke arah dapur dan dapat lihat tok Abah sedang minum kopi di dapur. Fang dengan mamai dan terhuyung-hayangnya berjalan ke arah tok Abah.

Manakala tok Abah pula ...

Tok Abah (inside): Zombie mana sesat ni oii?!! *stanby parang*

Kembali pada Fang.

Fang menghampiri tok Abah dan terus duduk di salah satu kerusi di meja makan.

"Atuk"panggil Fang tiba-tiba. Tok Abah menoleh.

"Apo dia??"tanya tok Abah hairan.

"Boboiboy mana??"tanya Fang menjadikan tok Abah yang mendengarnya mengangkat sebelah kening.

Tok Abah (inside): Bangun² dengan tak basuh muka, tak lap air liur basi, tiba² tanya pasal Boboiboy (ー_ー゛)

"Boboiboy takda. Dia pergi--"

"Pergi mana tok?!! Boboiboy dalam bahaya ke?!! Ke dia kena culik dengan orang pervert otak hitham-- Aduhh!!"

Belum sempat Fang menghabiskan bebelan mengarutnya, tok Abah telah melempang mukanya menggunakan selipar sehingga terdapat bekas tapak selipar pada mukanya.

"Atuk?!! Kenapa tiba-tiba lempang pakai selipa--"

"Aku tak habis cakap lagilah landak!! Cubalah jangan potong orang tua cakap!! Eii!! Ada yang aku rebus jadikan makanan japgi!!"potong tok Abah, bengang (yang teramat). Fang automatik menutup mulutnya.

Setelah memastikan Fang tidak mengatakan apa-apa, tok Abah menyambung kata-katanya yang di potong tadi.

"Boboiboy pergi kedai runcit, beli barang-barang untuk mas--"

"Kat mana tok?!!"

"Kedai pakcik Mat yang kat--"

Kata-kata tok Abah langsung terhenti apabila dia mendapati Fang sudah tiada di tempat duduknya. Hanya sehelai duri-- rambut ungunya yang tertinggal.

Tok Abah menggenggam penumbuk manakala telinganya berasap. Tok Abah sudah hilang kesabaran dan akhirnya ...

"HIYAAARGGHH!!"

Melempar meja makan sehingga meja tidak bersalah itu terpelanting jauh dan akhirnya patah kaki.

"WAAARGGHHHH!!!"

Tok Abah mengamuk, sehingga bertukar menjadi The Hulk dan mula menghancurkan beberapa peralatan rumah. Mujur tak jadi hijau sekali. Kalau tak dah boleh geng dengan alien :v.

Sementara itu di tempat Boboiboy ...

"Hmm ... Mana ya?? Bukan biasanya ada kat rak ni ke??"soal Boboiboy perlahan sambil mencari-cari sesuatu.

"Ishh!! Mana tepung ni?!! Bukan hari tu ada kat sini ke?!!"soal Boboiboy pada dirinya sendiri. Geram kerana tidak menemukan makhluk bernama tepung itu.

Akhirnya Boboiboy memutuskan untuk pergi ke kaunter dan bertanya pada tuan kedai a.k.a pakcik Mat.

"Emm ... Pakcik Mat"panggil Boboiboy dengan suara yang agak perlahan kerana tidak mahu mengejutkan pakcik Mat yang sedang bermain Genshin Impact.

Boboiboy menunggu dan menunggu. Tetapi masih lagi tidak mendapat sebarang respon dari si pakcik. Boboiboy menghela nafas.

"Pakcik Ma--"

"Aaarrghhh!! Tagune!! Aku dah mati!!"teriak pakcik Mat secara tiba-tiba dan melempar 'phone'nya ke lantai kemudian di pijak-pijaknya phone itu.

ᴄᴀɴ ʏᴏᴜ ғᴏʀɢɪᴠᴇ ᴍᴇ? (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ)Where stories live. Discover now