Chapter 31: Agensi Paranormal

Start from the beginning
                                    

"Hampir tepat, tapi itu bukanlah subjektif utama kita. Sebelum saya nak bagitahu tentang subjektif utama kenapa saya nak kamu bertiga datang ke sini, saya nak ceritakan tentang fungsi utama agensi URKPM di dalam negara kita ni kepada kamu bertiga." Balas Komander Adam dengan panjang lebar dalam nada yang tenang dan kami bertiga pun terus berdiam diri untuk fokus mendengar ceritanya dan manakala Cikgu Sulaiman pula hanya sekadar mendiamkan dirinya sambil dia fokua memandang ke arah aku untuk mengawal kelebihan Kasyaf aku ni. Tch...

"Untuk pengetahuan kamu semua, agensi URKPM ni sebenarnya sudah lama ditubuhkan oleh pihak kerajaan kita sejak daripada tahun 1960-an lagi dan pengasasnya adalah arwah datuk saya iaitu Allahyarham Abdul Aman. Tujuan utama agensi URKPM ni ditubuhkan adalah kerana untuk menghapuskan kawasan-kawasan yang mempunyai banyak aktiviti Paranormal di seluruh negara kita ini dan juga untuk memastikan terhindarnya ancaman penyebaran ajaran sesat yang radikal daripada pengaruh ajaran yang benar iaitu ajaran Islam. Selama bertahun-tahun lamanya, agensi rahsia kita ni telah banyak melakukan kerja-kerja operasi pembersihan, peninjauan, pengawalan, perawatan dan sebagainya dengan secara yang senyap untuk menghapuskan perkara-perkara yang melibatkan dengan perkara yang mistik dan syirik ini tanpa diketahui oleh kesemua orang awam untuk mengekalkan keamanan daripada ketakutan terhadap ancaman Paranormal." Katanya dengan panjang lebar dalam memulakan ceritanya.

"Tentang anggota-anggota kami pula, kesemuanya daripada mereka adalah daripada golongan manusia istimewa yang mempunyai kelebihan mistik yang boleh digunakan untuk menentang dan merawat segala kuasa jahat Paranormal yang ada di dalam negara ini. Mengikut daripada statistik jumlah kesemua penduduk di dalam negara kita pada tahun ni, dianggarkan hanya ada 20% sahaja yang mempunyai kelebihan-kelebihan istimewa tu dan ianya terbahagi kepada empat bahagian kelompok manusia. Pertama, 6% daripadanya adalah golongan manusia yang digelar sebagai golongan Naturist iaitu golongan manusia yang mempunyai kelebihan mistik sejak daripada mereka lahir. Kedua, 6% daripadanya adalah golongan manusia yang digelar sebagai Spiritalist iaitu golongan manusia yang mendapat kelebihan mistik setelah melalui sesuatu perkara mistik yang amat ajaib, pelik dan teruk seperti warisan daripada ahli keturunan keluarga ataupun pemilik asal kelebihan mistik, kerasukan daripada jin, kesan sampingan selepas disihir dan yang lain-lain. Ketiga, 6% daripadanya adalah golongan manusia yang digelar sebagai Powerist iaitu golongan manusia yang mempunyai kelebihan mistik yang jarang dijumpai dan yang terakhir pula, 2% daripadanya adalah golongan manusia yang paling jarang sekali nak dijumpai di dalam dunia ni iaitu golongan manusia yang mempunyai lebih satu persamaan daripada ketiga-tiga golongan manusia tadi. Mereka ini digelar sebagai Greatist." Katanya lagi dengan penuh panjang lebar dan kata-katanya itu telah membuat kami bertiga berasa terkejut dan tergamam seketika. Daripada apa yang aku dapat tafsirkan daripada apa yang dikatakan olehnya itu tadi, maknanya Aizat adalah golongan Naturist, Dina adalah golongan Spiritalist, Cikgu Sulaiman adalah golongan Powerist dan aku pula mungkin adalah salah satu daripada dalam golongan Greatist itu.

"Kalau 1% tu ikut bersamaan dengan berapa orang?" Soal Dina kepada Komander Adam dengan nada yang mendatar.

"1% peratus tu bersamaan dengan 3 orang. Kalau ikut secara total, kesemua jumlah manusia istimewa yang mempunyai kelebihan mistik di dalam negara kita ni hanyalah seramai 60 orang sahaja. Itu kiraan jumlah mengikut anggaran dan kajian pembancian sahaja. Kalau ikut jumlahnya yang sebenar, kita tak tahu lagi. Mungkin ada beratus atau lebih daripada beribu. Tapi apa yang pastinya kalau ikut keseluruhan yang ada kat dalam dunia ni, mungkin hanya sekadar 10.01% sahaja jumlah golongan populasi manusia yang mempunyai kelebihan mistik ni." Balas Komander Adam dengan panjang lebar. Buat kali kedua, aku terkejut dan tergamam lagi sekali. 1% tu bersamaan dengan 3 orang? Ini bermakna, ada lagi 5 orang yang mungkin mempunyai kelebihan yang sama macam aku!! Fuh... Ini sungguh mendebarkan. Dalam tak sedar, hati aku ni tiba-tiba terasa mahu mencari lagi 5 orang yang mempunyai persamaan seperti aku tu.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now