Chapter 31: Agensi Paranormal

Začít od začátku
                                    

"Terima kasih, tuan. Tapi yang selesaikan kes-kes Paranormal tu pun bukan saya seorang sahaja yang selesaikan, tapi anak-anak murid saya ni pun membantu juga. Tanpa bantuan mereka bertiga ni, mungkin saya takkan dapat selesaikan kesemua kes Paranormal tu." Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar dalam nada yang merendah diri sambil mengaitkan kami bertiga yang sentiasa membantunya di dalam kesemua operasi pembersihan kawasan yang mempunyai aktiviti-aktiviti Paranormal itu.

"Tahu. Syabas juga untuk kalian bertiga yang Allah SWT dah ciptakan menjadi manusia yang cukup istimewa ni. Saya dah dengar banyak perkara yang menarik tentang kamu bertiga ni daripada cikgu kamu ni dan saya betul-betul tertarik untuk berkenalan dengan kamu bertiga." Kata Komander Adam sambil memuji kami bertiga dengan nada yang tenang. Dalam pada masa yang sama juga, dia membuka isi fail dokumen coklat yang dikeluarkannya itu tadi lalu dibaca isi kandungannya itu seketika. Setelah puas membaca isi kandungan fail tersebut, dia terus meletakkan fail dokumen itu ke atas mejanya semula lalu dia merenung kami bertiga dengan secara bergilir-gilir.

"Untuk pengetahuan kamu semua,  cikgu kamu bertiga ni dah maklumkan kesemuanya tentang kamu bertiga dekat saya melalui kertas-kertas laporan yang ditulisnya dekat dalam fail dokumen coklat ini." Kata Komander Adam sambil jari telunjuknya diketukkan sekali pada fail dokumen coklatnya itu. Aku dah agak dah, memang inilah subjektif utamanya. Ternyata isi kandungan kat dalam fail dokumen coklat tu adalah laporan maklumat penting yang ditulis berkenaan dengan kami bertiga dan ianya tak lain tak bukan semestinya ditulis oleh Cikgu Sulaiman. Tak guna... Aku tak tahu kenapa aku terasa macam nak marah je dengan Cikgu Sulaiman sekarang ni. Dia tak tahu ke yang kesemua maklumat tentang kami bertiga ni adalah perkara yang privasi? Perlu ke diberitahu pada orang lain walaupun ianya adalah orang atasan seperti Komander Adam? Ini tak adil! Sedangkan kami jaga rahsia tentang kelebihan mistik dia yang boleh mengawal kelebihan mistik orang lain tu dan dia boleh pula bocorkan maklumat kelebihan mistik kami bertiga ni pada orang yang macam Komander Adam tu? Kalau terjadi apa-apa yang buruk nanti macam mana? Tak guna... Ini yang aku tak suka bila ada orang yang tahu tentang kelebihan Kasyaf aku ni dan ini sebablah kenapa aku lebih suka berahsia tentang kelebihan Kasyaf aku ni sebab ianya boleh menyebabkan banyak perkara yang lebih merbahaya boleh berlaku dekat aku nanti. Aku bagitahu tentang hal kelebihan Kasyaf aku ni dekat seseorang tu pun sebab aku percayakan dia dan sebab kenapa aku tak nak bagitahu tentang hal kelebihan Kasyaf aku pada Cikgu Sulaiman adalah disebabkan perkara ni lah. Tengok daripada muka pun aku dah tahu, tak boleh jaga rahsia!

"Apa yang cikgu kami ni dah bagitahu dekat dalam kertas-kertas laporan dia tu?" Soal Aizat kepadanya dengan nada yang perlahan. Komander Ahmad hanya sekadar tersenyum simpul sahaja apabila mendengar soalan aku itu dan aku sedikit pun takkan balas senyumannya itu selagi aku tak dapat jawapan kenapa maklumat yang penting dan privasi macam ni perlu diberitahu kepada orang yang macam dia.

"Kelebihan mistik. Itulah yang dia bagitahu." Balasnya dengan nada yang tenang dan apabila mendengar jawapannya itu, Aizat dan Dina terus terkejut kecuali aku yang mula terasa mahu naik darah namun ditahan dengan tenang sahaja sebab aku masih lagi ada kesabaran dan maruah untuk beradab dengan menghormati orang tua seperti Cikgu Sulaiman yang lebih-lebih lagi adalah guru kepada aku, Aizat dan Dina itu.

"Bertenang. Jangan risau... Maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kelebihan mistik kamu bertiga ni adalah rahsia penting yang akan pihak kami jaga dengan sebaiknya. Lagipun, ini bukan kali pertama kami menguruskan maklumat-maklumat yang penting macam ni. Dah selalu sangat kami uruskan dan kami tak pernah biarkan ia terbocor kepada mana-mana pihak melainkan hanya pihak kami dan orang-orang yang terdekat bagi kamu sahaja yang boleh tahu." Kata Komander Adam dengan panjang lebar dalam nada yang tenang.

"Jadi... Apa subjektif utama kami bertiga perlu datang ke sini menghadap tuan Komander? Untuk membincangkan pasal kelebihan mistik kami bertiga ni ke?" Soal aku kepadanya pula dengan soalan yang bertubi-tubi. Apabila mendengar persoalan aku yang bernada serius itu, Komander Adam terdiam seketika lalu dia tersenyum sinis sambil matanya tak berhenti-henti merenung ke arah aku.

KASYAF (Hiatus)Kde žijí příběhy. Začni objevovat