Bab 9

171 9 0
                                    

"RARA, apa yang Rara cakap dengan Firr?Ibu tengok beria aje kamu bersembang tadi," tanya Puan Nadhirah.

Nadra berpaling kepada ibunya. "Sembang kosong."

Nadra tak akan sesekali beritahu mereka bersembang pasal nak batalkan perkahwinan itu. Tak sanggup juga dia tengok muka sedih ibunya.

"Baguslah, ibu risau betul Rara dan Firr tak boleh berkompromi dengan hal ini. Memang kami sebagai ibu dan bapa mementingkan diri dalam hal ni. Tapi, kami nak Rara dan Firr bahagia." Puan Nadhirah usap belakang Nadra.

Ibunya sudah bermain dengan ayat-ayat yang bisa membuatkan dia memikirkan dua kali. Nadra bingkas.

"Eh, nak ke mana pula tu?" tanya Puan Nadhirah. Dia belum habis bercakap lagi.

"Nak masuk biliklah, ibu. Rara letih. Nak rehat." Nadra sengih.

"Ibu baru nak bincang dengan Rara..." omel Puan Nadhirah.

"Nantilah, ibu. Banyak lagi masanya. Hari ni Rara nak rehat sekejap." Nadra sengih dan terus melangkah.

Nadra melemparkan begnya ke atas katil. Tudung yang digenggam tadi juga dilempar masuk ke dalam bakul baju. Dia terus melompat ke atas katil. Bunyi dentingan daripada telefonnya membuatkan dia terus mengeluarkan telefon itu dari begnya.

Buat apa?

Siapa pula ni? Tiada gambar orang. Tapi, hanya ada gambar bunga. Alergik betul kalau tengok bunga walaupun hanya dalam gambar. Macam tak ada gambar lain. Nadra biarkan saja blueticks.

Minggu depan semua pelajar tingkatan enam ada kemjati diri dan release tension.

Apa kena-mengena dengan aku pulak? Nadra garu kepalanya. Cikgu mana pula yang hantar mesej ni? Haisy, kacau betullah. Aku tak berminat dengan kem bagai. Buat keluar peluh saja.

Gambar DP sudah bertukar. Muka kacak Firraz yang sedang bersandar di keretanya bagai model tertera di depan matanya. Huh! Patutlah main serbu saja. Ingatkan cikgu mana.

Pelik sangatlah, cikgu. Tak pernah lagi saya dengar ada kem nak hilangkan stres. Merepeklah.

Adalah. Saya beritahu awal dekat awak saja. Sebab awak tu tunang saya.

Nadra juihkan mulutnya. Dibiarkan mesej itu tanpa jawapan. Data internet terus ditutup. Malas nak melayan Firraz lagi. Kalau layan Firraz, mesti teringat pasal perkahwinan mereka yang bakal berlangsung.

Lebih baik tidur.Lagi senang.

"KAU tahu takkita ada kem sebelum percubaan STPM?" tanya Zandra.

Zandra duduk di tempatnya. Nadra buat tidak tahu.

"Kau dengar tak ni?" tanya Zandra.

"Aku dengarlah. Telinga aku ni tak pekak lagi. Tambahan pula kau main jerit aje." Nadra menyengih.

"Tak sabar aku kalau bab bercuti ni." Zandra tergelak-gelak.

"Itu bukan cuti. Kem maksudnya kita ada kerja, ada salin-salin nota." Nadra menjuih.

"At least kita keluar dari sekolah juga. Ini, asyik belajar kat sekolah saja." Zandra sengih.

"Yalah, kau betul." Nadra mengalah.

Zandra dah berkata begitu, dia pun tak boleh nak cakap apa lagi. Nanti berpanjangan pula mereka bertikam lidah.

Suara riuh-rendah di dalam kelas tiba-tiba senyap, membuatkan mata Nadra dan Zandra fokus ke depan. Firraz baru masuk ke dalam kelas.

"Okey, kelas...Semua dah tahu pasal kem tu. Walaupun awak semua ni boleh dikatakan sudah tua, tapi tetap kena minta kebenaran. Ketua kelas, sila edarkan borang keizinan kepada semua orang," arah Firraz.

Dia meletakkan helaian borang di depan ketua kelas.

"Cikgu, pelajar perempuanlah kena minta kebenaran. Kami pelajar lelaki tak apa," kata Azrul.

Disambut gelak ketawa oleh kawan-kawannya yang lain.

"Tak ada bezanya antara awak semua," balas Firraz.

"Perempuan susah, cikgu. Nanti kalau jadi apa-apa susah. Niaya aje nanti kalau kahwin..."

"Boo." Jeritan daripada kalangan pelajar perempuan.

"Azrul, kau cakap biar beralas sikit ya." Nadra tak senang dengan kata-kata Azrul.

"Aku cakap betul! Mana tahu kena sentuh dengan lelaki-lelaki jahat." Azrul jeling Nadra.

Menyampah bila bertikam lidah dengan Azrul. Memang akan kalah. Sudahnya Nadra berdoa, agar Azrul dapat perempuan yang menyusahkannya.

"Sudah. Saya nak semua bawa borang ke sekolah. Saya nak semua ditandatangan sebab esok adalah hari terakhir. Dan saya berharap agar semua orang boleh ikuti program ni," beritahu Firraz.

Jika dia tidak masuk campur nanti meleret pula pertikaian antara Nadra dan Azrul. Firraz pandang Nadra yang tak puas hati, sedang merenung Azrul.

Zandra cuit bahu Nadra apabila dia perasan Cikgu Handsome sedang memandang Nadra.

"Itu tak ada pasallah tu. Nak cari pasal dengan aku!"

Nadra berkalih dan merenung Firraz. Dia geramkan Firraz sejak semalam lagi, sebab Firraz tak mahu jadi anak derhaka. Tak salah jadi anak derhaka demi hati sendiri. Bukannya nak kahwin lari, tapi beritahu saja kepada kedua-dua ibu bapa mereka.

Sudahnya, Nadra menyekat nombor telefon Firraz.

"Nadra saya nak jumpa awak sebentar." Firraz bersuara tegas.

Serupa guru yang ada hal dengan anak murid pasal kerja sekolah.

"Hah, cikgu nak jumpa kau. Untunglah kau, cikgu selalu nak jumpa kau." Zandra sengih.

"Kau nak ikut aku?" tanya Nadra.

"Tak mahulah aku. Aku suka tengok dia, tapi kalau dia panggil personal macam tu, aku tak nak."

Zandra capai begnya. Dan dengan isyarat tangan, dia memberitahu Nadra akan menantinya di tempat letak kereta.

Nadra masih duduk di tempatnya. Malas nak bergerak ke meja guru apabila Firraz sedang bercakap di telefon. Sedang bergelak ketawa. Serupa sedang bercakap dengan kekasih hati saja.

Eh, dia buat aku macam tunggul pula kat sini, gerutu hati Nadra. Tadi bukan main lagi nak berjumpa dengannya. Sekarang bercakap dengan entah siapa pula.

"Cikgu, lepas cikgu selesai baru jumpa saya ya," kata Nadra. Dia melangkah ke pintu keluar.

"Rara."

Nadra pakukan kakinya di depan pintu. Haisy, memang nak kena cikgu ni. Nadra tidak berpaling. Sekali dia sudah melangkah, dia tidak akan berpatah balik lagi.

"Saya dah buat keputusan nak beritahu keluarga kita pasal Cempaka Zania."

Nadra berpaling kepada Firraz. Muka terus berubah manis. Semanis madu rasanya. Senyuman yang paling manis diukirkan kepada Firraz.

"Baguslah. Awak memang lelaki yang berperasaan." Nadra tak habis-habis dengan senyumannya.

Firraz gelengkan kepalanya. Gembira sungguh Nadra.

"Terima kasih, cikgu."

Nadra senyum dan terus berlalu. Hatinya riang dengan apa yang didengarnya tadi.

RINDU BERSULAM CINTAWhere stories live. Discover now