BAB 4

224 11 2
                                    


"FIRR, dari mana?" tanya Puan Zaitul.

"Jalan-jalan sambil makan, ma," beritahu Firraz. Dia duduk di sisi mamanya.

"Tadi pun nak pergi makan, tapi tak nak ikut," kata Puan Zaitul lagi.

"Hmm, bakal menantu mama ada ke?" tanya Firraz. Malas memberi penjelasan kenapa dia tidak mahu pergi.

"Tak ada. Dia keluar dengan kawan dia."

Puan Zaitul kecewa sebab tidak dapat berjumpa dengan bakal menantunya.

"Itulah tak pernah dibuat dek orang , tunangkan anak ketika pasangannya itu masih lagi dalam perut ibu dia. Tak ke pelik tu, ma. Mama dan papa saja yang pelik. Kita ni tak kenal baik lagi dengan si empunya badan." Firraz menggelengkan kepalanya.

"Mama dan papa tak mahu ikatan persahabatan kami ni tak ada ikatan kuat. Setakat persahabatan saja. Kalau kahwinkan Fir dengan anak mereka, nanti kami berkongsi pewaris . Ya kan abang?" ujar Puan Zaitul. Dia memandang suaminya. Suaminya anggukkan kepala.

"Nak kahwin tahun bila mama. Dia tu budak lagi. Nak enjoy dululah." Firraz sudah puas memujuk cara halus supaya kedua-dua orang tuanya membatalkan pertunangan ini. Dia tidak mahu melukakan hati mereka berdua dengan menolak membabi buta. Dia rasa semuanya tidak patut ada perjanjian sejak awal lagi.

"Lepas dia habis STPM." Tegas kata Puan Zaitul.

Firraz rasa macam nak terjatuh rahangnya. Budak umur 18 tahun tu, boleh ke jadi isteri yang baik. Sudahlah perangai macam apa lagi. Berangin setiap masa dan yang paling tak tahan mulut lasernya.

"Aisy, tak awal sangat ke mama. Nanti lepas kahwin ada anak. Lepas tu dia masuk universiti, matilah Fir nak kena jaga anak." Firraz sudah membayangkan dia mendukung anak seorang diri. Tiada isteri di sisinya. Parah tu.

"Mama dan papa ada. Ibu dan abah pun ada. Ha, Fir dah terfikirkan nak ada isteri ya." Puan Zaitul menuding jarinya kepada Firraz. Tertelan liurnya. Dia cuma membayangkan jika keadaannya begitu.

"Apa pula, ma. Betullah apa yang Fir cakap tu."

Firraz sembunyikan muka yang memerah. Dia tak mahu, tapi bila mamanya cakap begitu dia sudah terbayangkan ada anak dengan budak 18 tahun itu.

"Mama tahu anak mama ni stamina kuat sebab muda lagi." Puan Zaitul ketawa kecil.

"Mama, apa yang mama cakap ni." Terjerit Firraz dengan kata-kata mamanya. Sampai ke situ mamanya membawa cerita.

"Betullah, mama nak lepas aje kahwin terus mengandung." Puan Zaitul sudah membuat perancangan.

"Fir , tak nak dengar lagilah, ma. Makin pelik pula bunyinya tu. Mama simpanlah impian mama tu." Firraz menggeleng.

Firraz lantas bangun. Mamanya sudah makin jauh berimpian. Macamlah mama tak tahu. Dia ingat buat anak macam minta dalam hati nak ada anak, esoknya dah ada anak. Prosesnya panjang benar. Kahwin pun tak lagi. Firraz hempaskan badan ke katil. Berkelip memandang siling dan juga kipas yang baru berpusing. Kalaulah dia boleh jadi anak derhaka. Tentu sekarang dia sudah berbahagia dengan Cempaka. Tapi, dia tak sanggup jadi anak derhaka kepada mama dan papanya. Walaupun, airmata darah yang keluar ketika perpisahan mereka, dia tetap tidak dapat berpatah balik. Hatinya juga hancur apabila mamanya memberitahu dia sudah ada tunangan.

Cempaka lagilah. Meraung saat dia minta untuk berpisah. Firraz makan hati berulam jantung selama setengah tahun juga. Selepas itu barulah dia balik ke Malaysia. Mama dan papa tak tahu apa-apa. Dia simpan sendiri rasa hati demi membahagiakan hati mama dan papanya.

RINDU BERSULAM CINTAWhere stories live. Discover now