Bab 8

179 6 2
                                    

"KENAPA kau datang lambat hari ni?" tanya Zandra kepada Nadra.

"Aku keluar dengan Darwin semalam. Lepas makan kami lepak dalam panggung tengok filem Skyscraper.Kau bukan tak tahu Darwin tu peminat setia The Rock."

"Kenapa tak ajak aku sekali?" tanya Zandra.

Geram pula rasa hatinya. Sampai hati keluar tengok wayang dengan Darwin,lupakan dia terus.

"Tak ada pelan nak tengok. Tapi, disebabkan masih awal, Darwin nak ke panggung pula. Sudahnya, kami menontonlah. Mana sempat nak ajak kau bagai," balas Nadra.

"Atau kau nak dating dengan dia semula?" tebak Zandra. Matanya tidak berkelip memandang Nadra.

"Kau cakap baik-baik sikit, Dra. Aku cili mulut kau nanti. Aku yang nak berpisah, kau ingat aku ingin jilat balik? Darwin sibuk kerja saja. Tak ingin aku," jerkah Nadra.

Zandra sudah naikkan amarah Nadra. Dia sengih-sengih saja. Dia sudah terbiasa dengan kemarahan Nadra. Marah-marah Nadra, nanti dia akan menyendeng dengannya juga.

"Aku cakap saja. Kau lebih-lebih pulak. Orang kan, kalau selalu lebih-lebih ni dia memang ada sesuatu." Zandra berkata sambil menolak bahu Nadra.

"Kau ni kan, memang suka buat aku sakit hati. Sudahlah masalah aku tak selesai lagi. Kau pula nak tambah masalah." Nadra cubit kulit lengan Zandra.

Zandra mengaduh kesakitan.

"Umur baru 19 tahun mana ada masalah besar," tegur satu suara.

Jangan berpaling!Telinga berdengung sebelah pun Nadra sudah tahu siapa gerangannya. Muka yang semacam asam keping kering tadi, lagilah teruk mimiknya.

Zandra nak tergelak dengan tingkah Nadra.

"Cikgu skodeng kami ya?" Zandra bergurau.

Firraz memang boleh dibawa bergurau.

"Mana ada. Kebetulan aje saya lalu kat sini," nafi Firraz sambil sengih.

Dia memandang sekilas kepada Nadra yang tidak memandangnya. Hanya menekur tanah.

"Kami memang suka bergaduh." Zandra memberitahu sambil menolak bahu Nadra dengan bahunya.

Nadra senyap saja.

"Gaduh-gaduh sayang tak apa. Jangan gaduh sampai berpecah aje. Kawan awak ni, bergaduh dengan kekasih ke?" tanya Firraz, sudah memulakan misi mahu mengusik Nadra.

"Cikgu ni, Rara mana ada kekasih. Dia tak berani nak berkasih. Dia dah dijodohkan dengan pilihan ibu dan abahnya."

Zandra menutup mulut. Dia terlepas cakap.

Nadra mendongak dan menjegil Zandra.

Firraz gelak. Oh, sembunyikan daripada kawan baik rupanya siapakah gerangan tunangnyaitu.

"Habis tu, dia dah bertunanglah?" Firraz mengusik lagi.

"Rara, bila majlis kau, eh? Aku pun dah lupa," tanya Zandra.

"Kau diam boleh tak?"

"Kawan tanya kenapa tak jawab, Rara?" tegur Firraz.

"Cikgulah tolong jawab. Malas aku nak layan. Dahlah, aku nak balik." Nadra bangun.

"Dra, awak tahu saya jumpa dia denganDarwin Lee semalam." Firraz sengaja memaku langkah Nadra dengan berkata begitu.

Memang benar Nadra berhenti melangkah.

"Eh, kau tak cakap pun kau jumpa dengan cikgu." Zandra perhati muka Nadra.

"Tak penting pun. Buat apa aku nak cakap." Nadra menjuih.

RINDU BERSULAM CINTAWo Geschichten leben. Entdecke jetzt