E m p a t

192 35 16
                                    

𝙸 𝚌𝚛𝚊𝚟𝚎 𝚊 𝚕𝚘𝚟𝚎 𝚝𝚑𝚊𝚝 𝚍𝚛𝚘𝚠𝚗𝚜 𝚘𝚌𝚎𝚊𝚗𝚜


"Ha! Turun pun dua orang anak dara ni. Selagi tak panggil, selagi tu tak turun."

Sarah menelan air liur. Langkahnya terhenti di hujung tangga. Dia dan Adleen berpandangan dengan penuh rasa menyesal. Menyesal kerana tidak turun lebih awal. Sarah memandang Mawar yang mengemam bibir menahan tawa.

"Akak, kenapa tak bagitahu ibu dan abah dah balik?" Sarah menyoal sedikit berbisik di tepi telinga Mawar.

"Kalau akak bagitahu pun tak ada apa yang berubah, Sarah."

Sarah mendecit sambil menjeling tajam Mawar yang menjawab dengan selamba. Bukan Sarah tidak tahu yang Mawar sengaja mahu mengenakan dia dan Adleen.

"At least, Sarah dan Leen boleh sediakan mental dan fizikal kami."

Sarah berkata diikuti dengan anggukan Adleen. Adleen pun gerun dengan bebelan Puan Safiya kerana dirinya juga pernah menjadi mangsa bebelan. Hubungan mereka agak rapat sehingga Puan Safiya bebas mahu membebel kepadanya seperti Sarah.

"Cepatlah Sarah, Leen!"

"Ya!"

Sarah menarik tangan Adleen untuk melangkah bersama-sama mendekati meja makan yang dipenuhi dengan makanan. Sempat Sarah memandang beberapa jenis Tealive dengan sekilas pandang.

Sarah dan Adleen mengambil duduk bersebelahan. Di hadapan Sarah, ada Adrian yang duduk bersebelahan dengan Hani, tunang kesayangannya. Sarah mengangkat tangan melambai Hani dengan senyuman manisnya. Dia suka melihat wajah Hani.

Semakin lebar senyuman Sarah apabila Hani membalas lambaiannya. Nasib baik Hani tak sombong dan tak janggal orangnya. Kalau tidak, buat malu je Sarah tebalkan muka melambai.

"Buat apa dalam bilik tak turun-turun?"

"Study la, ibu. Kan Leen?"

"Haah."

Mata Puan Safiya mengecil. Tidak percaya namun apabila jawapan itu yang diberikan oleh dua gadis itu, dia hanya mampu menerima.

"Nak Tealive, please!"

Sarah berkata dengan tangan yang dihulurkan secara jarak jauh kepada Mawar yang berada di sebelah Hani. Air itu berada di hujung meja berdekatan dengan Mawar. Sarah mencebik apabila Mawar tidak mendengar permintaannya kerana terlalu sibuk dengan Hawa.

"Leen, kau pergi ambil."

"Ambil sendiri, aku nak makan kek."

"Ala, kau ni."

Adleen menjuihkan bibir mengejek rengekan Sarah. Sarah menjeling tajam Adleen dengan rasa menyampah sebelum kerusi ditolak perlahan dengan kaki untuk bangun daripada duduknya.

Jarang sungguh Adleen membantu apabila Sarah sedang malas.

Sarah yang baru sahaja mahu mengangkat punggungnya tidak jadi apabila Hani menghulurkan Tealive yang diminta itu kepada Sarah. Sarah mengambil huluran itu dengan sengihan gembira.

"Thank you, Kak Hani."

"Your welcome."

Sarah merapatkan kembali kerusi seperti sedia kala.

Sarah Alanna | TUTUPWhere stories live. Discover now