T i g a

200 31 21
                                    

𝙸 𝚌𝚛𝚊𝚟𝚎 𝚊 𝚕𝚘𝚟𝚎 𝚝𝚑𝚊𝚝 𝚍𝚛𝚘𝚠𝚗𝚜 𝚘𝚌𝚎𝚊𝚗𝚜

Sarah memasuki bilik tidurnya dengan muka yang masam mencuka. Sungguh Sarah tidak puas hati apabila melihat Adrian masih lagi berada di sini walaupun sekarang telah masuk waktu petang. Jika Adrian sendiri sahaja, tidaklah Sarah berasa begitu sakit hati tetapi Hani turut berada di sini.

Entah sejak bila Hani sampai di rumah ini, Sarah tidak sedar. Mungkin beberapa jam selepas Adrian tiba di sini.

Terkejut Sarah ketika melihat Adrian dan Hani berada di ruang tamu bersama Mawar dan Adwan. Mereka sedang seronok berbual-bual. Entah apa yang seronoknya, Sarah tidak mahu ambil tahu. Yang pasti, Sarah rasa sakit hati dengan keadaan ini.

Adrian belum lagi berkahwin dengan Hani tetapi sudah menjemput Hani untuk melawat rumah saudara-mara kononnya. Entah jadi ke tidak majlis itu.

Sarah menepuk kuat mulutnya. Menyesal dengan apa yang terlintas di hatinya. Walau sesakit mana pun hatinya, tidak patut dia mendoakan sesuatu yang buruk supaya berlaku kepada Adrian dan Hani.

"Sakit hati tak payah tengok, Sarah. Cukuplah kau menangis semalam. Drama sangat tau tengok kau main dengan Hawa sambil air mata meleleh."

Sarah memandang Adleen yang elok duduk di atas katil sambil menyandar pada kepala katil dengan pandangan tajam.

"Memang aku tak nak tengok pun. Tapi mereka sendiri yang tayang muka dekat sini. Tak akanlah aku nak berjalan ke dapur sambil tutup mata?"

"Okay juga kalau macam tu."

Sarah mendecit kuat lalu mengambil duduk di sebelah Adleen. Sarah duduk bersila menghadap Adleen yang sedang menghadap telefon. Adleen ni susah sangat nak lepaskan telefon.

"Adleen..."

"Yes?"

Adleen meletakkan telefon di atas riba. Mata memandang Sarah yang matanya sudah mula bergenang.

Ini merupakan kali kelima Sarah menangis selepas menerima berita yang Adrian akan bertunang. Sebelum berangkat ke rumah keluarga Hani, Sarah sudah menangis sebanyak tiga kali. Selepas Adrian selamat bertunang, ini merupakan kali kedua Sarah menangis.

Adleen sengaja mengira jumlah Sarah menangis sebagai bekal untuk mengusik Sarah kelak. Baguskan Adleen?

"Kau. Kalau nak kuat, jangan di mulut sahaja kata nak kuat tapi bila tengok muka Abang Ad terus meleleh air mata. Kuat ni bukan untuk kau nampak di luaran. Kuat ni untuk kau rasa dekat dalam. Rasa dekat dalam hati yang kau dah kuat. Kalau luaran je nampak kuat, tak guna Sarah. End up kau nangis juga," kata Adleen.

Adleen menghela nafas. Sarah yang diam menunduk itu dipandang.

"Aku tahu yang kau layan Abang Ad macam tu sebab nak jarakkan diri dengan dia kan? Mungkin kau rasa betul buat macam tu tapi bagi aku macam tak berguna pun untuk kau sebab masuk bilik je kau terus menangis macam orang mati suami," sambung Adleen.

"Kuat ni. Kau kena terima hakikat, kau kena redha. Kau kena latih diri kau untuk biasakan diri dengan semua ini. Abang Ad dah bertunang dan kau tak boleh nak sangkal kenyataan itu lagi."

"Jadi, macam mana? Aku nak buat apa, Leen?"

"Lepaskan Abang Ad daripada hati kau. Perlahan-lahan. Slowly but surely. Kau kena ingat, Sarah. Mencintai seseorang itu tak semestinya perlu memiliki."

Mendengarkan ayat itu, terus Sarah menangis teresak-esak. Sarah tidak mampu lagi menahan tangisnya, Sarah mengaku dia tidak mampu untuk menjadi sekuat yang dikatakan Adleen. Dia tidak mampu menerima hakikat yang Adrian tidak akan menjadi miliknya.

Tidak kira walau Sarah sudah mencintai Adrian selama mana pun, jika bukan Sarah yang bertakhta di hati Adrian. Semua itu tidak bermakna.

Mencintai seseorang itu tidak semestinya perlu memiliki.

Ya, mencintai Adrian bukan bermakna Sarah perlu memiliki Adrian. Cinta itu hadir bukanlah bermaksud ianya perlu dibalas. Cinta adalah perasaan yang hadir dari hati seseorang dan akan menjadi sempurna jika dilengkapi dengan cinta yang dibalas.

"Sarah..."

Sarah yang menekupkan wajah pada bantal yang berada di atas riba mengangkat kepala apabila dirinya dipanggil. Sempat dia memandang Adleen yang turut terkejut sepertinya.

"Akak..."

Sarah tersenyum nipis melihat Mawar melangkah masuk ke dalam bilik lalu menutup rapat pintu bilik Sarah. Wajah Mawar yang kelihatan tidak seperti kebiasaannya menimbulkan rasa resah di hati Sarah.

Mawar dengarkah perbualan dia dan Adleen?

"Kenapa akak? Akak gaduh dengan Ab-," soalan Sarah tidak dapat dihabiskan apabila Mawar menarik tubuhnya ke dalam pelukan.

Mawar memeluk Sarah erat dengan mata yang terpejam. Air mata Mawar mula membasahi pipinya. Kenapalah Mawar tidak sedar yang Sarah masih menaruh perasaan terhadap Adrian? Mawar tahu tentang perasaan Sarah itu tetapi sungguh Mawar tidak menyangka Sarah masih menyimpan perasaan itu sehingga kini.

Sejak Sarah berumur enam belas tahun lagi Sarah menyimpan perasaan terhadap Adrian. Sungguh Mawar tidak menyangka bahawa sehingga Sarah berumur dua puluh satu tahun pun perasaan adiknya itu masih ada.

"A... akak dengar ke?"

"Akak tak berniat nak curi dengar. Akak nak panggil Sarah dan Leen untuk minum petang sekali. Abang Adwan ada belikan Tealive untuk Sarah dan Leen," jelas Mawar tidak mahu Sarah tersalah anggap.

"Oh, jomlah turun. Leen dah lama mengidam Tealive."

Sarah memandang Adleen yang sudah tersengih gembira. Pelukan daripada Mawar dilepaskan dengan perlahan-lahan. Sarah tidak mahu memanjangkan topik ini lagi. Cukuplah apa yang Mawar dengar setakat itu sahaja.

"La. Akak menangis?"

"Akak minta maaf."

"Kenapa akak pula nak minta maaf? Bukan akak yang bertunang dengan Adrian," balas Sarah dengan sengihan nakal.

Hati Sarah sudah sedikit tenang berbanding tadi. Entah kenapa pelukan daripada Mawar mampu menghilangkan kesedihannya. Ini baru pelukan daripada Mawar, jika pelukan daripada Puan Safiya? Tak mustahil untuk Sarah terus move on daripada Adrian.

TBC | SARAH ALANNA | E-BOOK

Sarah Alanna | TUTUPWhere stories live. Discover now