"Sorry Nia, i have to go. Lain kali je kita makan keyh.. Aku belanja nanti" Ainur pun masuk ke bilik persalinan, untuk menggantikan pakaiannya dan terus masuk ke bilik bedah.

...

"Doktor Adam?" soal Ainur.

"Ha ni pun awak Ainur. Bantu saya malam ni, pesakit ni ada masalah jantung. Dan perlu dibedah segera. Sebab tu saya terpaksa panggil awak ke sini untuk jadi pembantu saya" terang Doktor Adam.

"Ye, saya dah tahu. Boleh kita mulakan pembedahan ni?" soal Ainur. Doktor Adam mengangguk.

"Bismillah"

Pembedahan telah dimulakan.

~~~

"Assalamualaikum" ujar Arfian sebelum masuk ke dalam rumah.

"Mak Yam?" panggil Arfian. Mak Yam yang berada di dapur pun keluar ke arah ruang tamu. "Ye tuan?" jawab Mak Yam.

"Malam ni Mak Yam tak perlu masak tau, saya pesan makanan je nanti" arah Arfian. "Tapi Ar, Ainur dah siapkan makanan untuk kamu sebelum dia pergi kerja tadi" Terang Mak Yam.

"Ainur? Dia dah sediakan makanan untuk saya?" pelik Arfian. Mak Yam mengangguk. "Ainur pesan dekat Mak Yam. Kalau Ar  lapar, Ainur suruh Mak Yam panaskan makanan yang dia dah masakkan tadi" terang Mak Yam lagi.

"Kalau macam tu, Mak Yam panaskan je. Saya nak bersihkan diri dulu. Lepas tu saya turun makan." ujar Arfian. Mak Yam mengangguk dan kembali semula ke dapur untuk memanaskan makanan.

Selepas 30 minit, Arfian pun turun untuk makan masakan Ainur yang dipanaskan oleh Mak Yam.

"Banyaknya Mak Yam. Ainur ke yang masak?" soal Arfian terkejut."Haah, Ainur yang masak semua ni. Semua makanan favourite kamu, ayam masak madu, ayam goreng, nasi goreng kampung dengan sosej masak sos" terang Mak Yam.

"Wah, gemok Ar tak lama kalau macam ni Mak Yam" gurau Arfian. "Betul lah tu, kena lagi Ainur ni reti memasak. Haa gemok lah kamu nanti" support Mak Yam. "Ish Mak Yam ni, Ar gurau je lah." balas Arfian.

"Oh lupa, Mak Yam dah makan?" soal Arfian. "Belum lagi." balas Mak Yam. "Jom lah teman saya makan, sama² merasa air tangan Ainur ni. Confirm Mak Yam punya masakan pun kalah tau" gurau Arfian.

"Amboi, mentang ² isteri pandai masak. Berani kata Mak Yam kalah. Dah jom makan, Mak Yam pula yang lapar". Arfian tergelak. Suasana di dapur sangat meriah sedangkan hanya Arfian dengan Mak Yam sahaja. Ni semua sebab masakkan Ainur.

~~~

Selepas 2 jam di bilik pembedahan akhirnya Ainur pun keluar begitu juga doktor Adam. Di luar bilik bedah, terdapat seorang wanita yg berusia 46.

"Alhamdulillah puan, pembedahan ke atas suami puan telah berjaya." Ujar Doktor Adam.

"Alhamdulillah, terima kasih doktor" balas isteri kepada pesakit yg di bedah tadi. "Kejap lagi, suami puan akan di hantar ke wad." sambung Doktor Adam lagi. Puan tadi tu pun mengangguk.

Ainur menyelak jam tangannya. dah nakk kul 11 ni, aku bagi tahu Arfian tadi kul 10. Kelam kabut Ainur berlari mendekati doktor Adam.

"Saya balik dulu ye doktor. Assalamualaikum" ujar Ainur lalu beredar dan menuju ke biliknya.

"Waalakumussalam. Hati²" balas Doktor Adam namun tidak di dengar oleh Ainur.

°°°

Ainur menyalin pakaiannya, dia terus mengambil handbagnya dan terus keluar dari biliknya.

"Eh eh, doktor pujaan dah nak baliklah" suara perempuan gedik kedengaran.

"haah, dah nak balik. Buat apa saya nak stay kat hosp ni kalau semua kerja dah selesai. Takkan saya nak menggatal dengan lelaki pula dekat sini" balas Ainur sambil tersenyum sinis ke arah Bella, Iyin dan Nana.

"Eh, siapa yang menggatal. Acah lawa, perangai pun tak elok lagi" sampuk Nana.

"ye ke? Acah lawa ke? Orang kata, biar tak lawa janji perangai tak hodoh macam tiga orang tu" balas Ainur lagi dan terus beredar. Kali ni Ainur berasa puas hati.

"Ish perempuan ni, tak pe.. Kau tunggu.." ujar Bella sinis.

...

Ainur berada di luar hospital, sambil menelefon suaminya. Tapi panggilannya tidak dijawab.

"Ish mana Arfian ni" geram Ainur.

Tiba².......









SecretWhere stories live. Discover now