"Tak tahu. Kalau saya tahu, saya tak suruh awak cari dia". Balasnya bersahaja.

Arsen mengemam bibir. Betul jugak tu. Kau pun bengap.

"Maklumat lain? "

Mikayla Sofea kembali terdiam. Jari telunjuknya diletakkan di pipi kiri.

"Hmmm... Apa yang abang awak terlepas cakap hari tu. Ibu saya pelacur. Pelacur kelas atasan". Ucapnya dengan wajah yang begitu polos.

Arsen merenung wajah polos Mikayla Sofea lembut. Kesihan pula dia melihat kakak iparnya.

"Boleh tak bagitahu aku apa dah jadi. Kalau princess tak kisah "

Mikayla Sofea terdiam buat seketika. Bibir bawahnya digigit lembut. Wajah Arsen dipandang.

"Kalau saya cakap saya anak luar nikah awak jijik tak dengan saya? "

"Bukan salah kau ". Balas Arsen laju. Tumpuannya diberikan sepenuhnya ke arah Mikayla Sofea. Sesekali dia mengangguk kecil kepalanya apabila mendengar segala celoteh daripada Mikayla Sofea.

Hampir 20 minit Mikayla Sofea menceritakan mengenai dirinya dan ibunya. Tidak lupa juga mengenai papanya,Tan Sri Mokhtar.

Wajah Arsen sedikit terkejut apabila keluarga angkat abangnya turut terlibat.

"No wonder... ". Ucapnya sinis. So Arshaq kahwin dengan Mikayla Sofea sebab Tan Sri Mokhtar? Otaknya ligat membuat spekulasi sendiri.

"Kenapa awak? "

Arsen menggeleng. Bingkas dia berdiri.

Mikayla Sofea melangutkan kepalanya.

"Aku nak balik ni. Nanti apa-apa aku bagitahu kau okey"

Mikayla Sofea mengangguk. Dia berdiri dari duduknya. Baru Arsen ingin beredar tiba-tiba lengannya dipaut oleh Mikayla Sofea. Tertoleh dia memandang Mikayla Sofea.

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now