"Tadi sebelum majlis nak sangat orang tengok dia. Bila orang tengok dia sekarang baru nak geli pula." bebel Arfian. "Tu tadi bukan sekarang lah" geram Ainur.

Kedengaran suara gelar Arfian. "Ish lelaki ni, dah kenapa tetiber baik" geram.

Ainur pun keluar dari bilik air dan ternampak Arfian duduk diatas kati dengan lap top sambil memakai kaca mata.

"Awak, busy ke?" soal Ainur. "tak kenapa?" balas Arfian lalu meletakkan laptopnya ke tepi,spek matanya di buka. "Kalau awak busy tak pe lah. Saya nak tidur" balas Ainur lalu mengambil selimut dan bantal.

Tiba² tangannya ditarik lembut. Ainur memandang Arfian. "Ada apa² yang awak nak? Air? Kopi?" soal Ainur lembut. "Ada.." balas Arfian sambil tersenyum lalu dia menarik Ainur sampai terduduk di atas katil.

"Nak apaa?" soal Ainur lagi. "Nak awak" selamba sahaja Arfian menjawab. Ainur pula membuat muka pelik. "Hari ni awak tidur kat sebelah saya. Tak boleh ke mana-mana" sambung Arfian lagi.

"Awak, sihat ke tak ni? Kena sampuk ke?" Ainur seakan-akan tak percaya bahawa suaminya mula berlembut dengan dia. "Sihat ke, teman lah saya tidur malam ni" balas Arfian lagi. Ainur hanya mengangguk dan terus baring di sebelah Arfian. Arfian pula sambung membuat kerja nya.

Sedar takk sedar, Ainur dah terlena di sebelahnya. Arfian menatap wajah Ainur, dia menyentuh wajah Ainur perlahan. "Kenapa kau setuju nakk kahwin dengan aku? Boleh je kau tolak lamaran family aku daripada kau tanggung semua kesakitan yg aku beri dekat kau" ujar Arfian sedikit perlahan. Arfian pun sambung membuat kerjanya.

Tiba-tiba Ainur bangun dan meletakkan kepalanya dii bahu Arfian. "Aik, tak tidur lagi?" soal Arfian. Ainur tersenyum "Tak" balas Ainur.

Arfian mula rasa cemas, takut kalau Ainur dengar apa yg dia katakan tadi. "Awak, nak tahu tak sebab apa saya tak tolak lamaran awak waktu tu?" soal Ainur perlahan.

"Kenapa?" balas Arfian. Memang sah Ainur dengar apa yg dia katakan tadi. "Sebab saya tahu, perkahwinan yang diaturkan oleh family itu lebih bahagia dari pilihan sendiri" jawab Ainur sambil memandang wajah Arfian.

"Boleh saya bagi tahu awak sesuatu?" soal Arfian. Ainur terdiam selepas terdengar panggilan saya dan awak itu dari mulut Arfian yg penuh dengan ego. "A-apa tu?" soal Ainur gugup.

"Saya sebenarnya dah tak percayakan wujudnya rasa cinta dan sayang. Sebab dulu Saya pernah ada tunang tapi seminggu sebelum nikah, dia curang dengan kawan baik saya sendiri. Mula dari hari tu, saya  nekad untuk tak percaya lagi dengan cinta dan sayang dari seseorang. " Terang Arfian

"Awak, semua yg terjadi pasti ada hikmahnya. Awak kena redha dengan apa yg terjadi, kebahagiaan kita sentiasa ada." ujar Ainur sambil memeluk lengan Arfian.

"Saya, dah mula sayangkan awak. Saya minta maaf selama kita kahwin, saya kasar sangat dengan awak. I'm so sorry dear" jujur dari hati Arfian membuatkan Ainur tersenyum lega.

"Saya sebagai isteri awak, saya akan pastikan awak bahagia sentiasa. Dan saya harap kita dapat tempuhi semua ujian yg Allah beri dekat kita." balas Ainur pula.

"Thanks sayang" jawab Arfian. "Awak, jom tidur. Dah lewat ni, esok kan nak bangun awal." Ujar Ainur. Arfian menggangguk dan mematikan lampu bilik.

~~~

Keesokan paginya

"awak, bangun pat. Nanti lewat solat subuh." Ainur memegang bahu suaminya. "Dah subuh ke?" soal Arfian dalam keadaan mamai. "Kejap lagi nak azan. Awak bangun cepat, saya nak mandi jap" balas Ainur.

"Jangan lama sangat, nanti saya rindu emm" suara manja Arfian kedengaran. Ainur hanya tergelak di dalam bilik air. "mengada betul suami aku ni" Ujar Ainur dalam hati.

...

Ainur menyiapkan sarapan, semua orang gaji yang ada di dapur Ainur suruh rehat.
Ainur masak nasi goreng, mee goreng, sandwic.

Selepas 30 minit,akhirnya semua yang Ainur masak siap. Datin Rohayu dan Tengku Arman duduk di meja makan.

"Hmm wanginya, mesti sedap kalau Ainur yang masak" puji Datin Rohayu. "Eh takk de lah mummy, biasa-biasa je" balas Ainur malu.

Tengku Arman hanya memandang wajah Ainur. Datin Rohayu mula pelik "Kenapa abang tengok Ainur macam tu?" soal Datin Rohayu. "Awak tak perasan ke? Muka menantu kita ni berseri-Seri. Ada berlaku apa-apa ke malam tadi?" terang Tengku Arman.

Ainur terbatuk, terkejut dengan soalan dari Tengku Arman tadi. Tiba-tiba Arfian muncul. "Ish daddy ni, apa tanya macam tu. Malu lah isteri Ar nanti" balas Arfian sambil berdiri di sebelah Ainur. Ainur memandang Arfian, tak tahu nak Happy ke tak.

"Dah, jom makan. Sian Ainur, dah merah muka dia." Sampuk Datin Rohayu sambil menggeleng. Ainur duduk dii sebelah Arfian dann berhadapan dengan Datin Rohayu.

"Sedapnya menantu daddy masak, kalau boleh.. Hari² daddy nak sarapan kat rumah" puji Tengku Arman

"Amboi daddy, ni isteri ar tau. Puji lah mummy, bukan isteri ar" sampuk Arfian. Semua tergelak termasuk orang gaji yang ada berdekatan.

"ini kali pertama mummy ngan daddy tengok perangai Arfian macam ni. Jeles tak bertempat" balas Datin Rohayu pula. "Ye ke mummy? Selama ni dia tak macam ni ke?" soal Ainur bangga.

"Tak pernah" balas Tengku Arman selamba. "Kalau macam tu boleh lah Ainur buat Arfian Jeles lagi. HAHAHA" ujar Ainur. "Eh awak jangan nak mengada eh." geram Arfian.

"Dah, cepat makan. Korang nak balik kan?" soal Datin Rohayu. Arfian mengangguk. "Haa kalau macam tu cepat makan"

~~~

Dirumah Arfian

"besarnya rumah awak. Tak takut ke?" soal Ainur sambil memandang sekeliling ruangan rumah. "Buat apa nakk takut. Sekarang ni kan awak ada dengan saya. So, saya tak takut" balas Arfian sambil memeluk Ainur dari belakang.

"Ish awak ni, terkejut saya" ujar Ainur. "Rumah ni, terpulang dari awak.. Awak nak kemas macam mana, awak nak cat ke, awak nk letak wallpaper kat dinding ke. Bagi tahu je saya, nanti saya tolong" Terang Arfian.

"Ni kan rumah yang awak paling sayang. Takkan saya nak ubah" balas Ainur. "Yah memang rumah ni rumah kesayangan saya, tapi now rumah ni kita dua punya. Awak berhak nak buat apa dekat rumah ni. Tapi..." . Ainur memandang Arfian pelik. "Tapi?". "Tapi, jangan buat sepah. Saya tak suka tengok rumah semak" sambung Arfian

"yelah.. Saya akan jaga rumah awak ni dengan baik. Awak tak perlu risau." balas Ainur. Arfian mengangguk.

Tiba²...

(ting..ting..ting..)

Bunyi loceng rumah diorang berbunyi. Ainur dan Arfian terkejut, dan terus menuju ke pintu.

"awak, buka lahh" arahh Ainur selepas memandang Arfian yang hanya berdiri. "Awak lah buka" balas Arfian

Ainur sedikit geram. "Yelah..". Ainur pun membuka pintu. Belum sempat Ainur buka pintu seluas-luasnya. Tiba-tiba orang yang berada di hadapan pintu tadi berlari ke arah   Arfian dan terus memeluk Arfian dengan erat. Ainur sedikit terkejut.

"I miss you!!!!" suara yang gembira kedengaran. Selepas sahaja Ainur melihat perkara tadi, dia terus naik ketigkat atas, dan masuk ke dalam bilik.



























































Siapaa kah gerangan yg memeluk Arfian? Korang rasa siapa? Kalau tahu cuba komen.





SecretOnde histórias criam vida. Descubra agora