°°°
Akhirnya majlin nikah itu pun selesai. Ainur terus masuk ke dalam biliknya tanpa menunggu suami nya.

"Arfian.." panggil Encik Yusri iaitu abi kepada Ainur. "Ye?" balas Arfian. "Panggil Abi je." ujar Encik Yusri. "Baik Abi." balas Arfian.

"Abi cuma nak cakap, mulai hari ni.. Abi serahkan puteri kesayangan abi kepada kamu. Jaga dia elok², jangan pernah sakiti dia. Janji dengan abi" Ujar Encik Yusri dalam nada sedih.

Maklumlah sekarang ni, tinggal Arfian je. Family dia, semua dah balik. Penat Ainur layan, tu sebab Ainur terus masuk ke bilik.

"Insyaallah abi, saya janji saya akan jaga dia baik²" balas Arfian. Ainur sedang mendengar perbualan Encik Yusri dan Arfian dari dalam biliknya. Maklumlah, ruang tamu dekat dengan biliknya.

"Bagus lah tu, kalau Arfian nak tahu.. Ainur tu anak kesayangan Abi. Sampai Abang ni pun kena palau" gurau Afi. Encik Yusri memandang Afi dengan sinis. "Kamu jangan nak mengada" balas Encik Yusri. Arfian sedikit gelak begitu juga dengan Afi.

"Dah² lah tu borak, bagi lah menantu awak ni berehat, mandi apa semua. Ish Abang ni" Sampuk Puan Faridah.

"Haih yelah. Ha Arfian, sebelah kanan tu bilik Ainur. Masuk lah, rehatkan badan kamu tu dulu. Jangan pula tak keluar² bilik terus" gurau Encik Yusri. Arfian hanya senyum terpaksa.

"Ish abang ni.. Suka sangat sakat menantu dia tau." marah Puan Faridah.

Ainur yang sedang mendengar bualan pun terus cepat² duduk di atas katilnya sambil membetulkan tudungnya. Bunyi tombol pintu di kuak dari luar, jantung Ainur berdegup laju. Dia ternampak wajah Tengku Arfian di sebalik pintu.

"Mana tandas?" soal Arfian sinis. Bilik Ainur special, ada tandas sekali. Cepat² Ainur menunjuk ke arah tandas. Arfian mengangguk dan terus menuju ke tandas.

"Jap!" Ujar Ainur. Arfian memandang Ainur dengan kening ke atas. "Awak buat apa nak gi tandas?" soalan bodoh keluar. Ainur membuat muka jengkel dengan soalan sendiri. "Bodoh ke? Nak mandi lah." balas Arfian sinis.

"Ouh jap. Jangan masuk dulu" arah Ainur. "Kau nak buat apa?" soal Arfian. "Nah, tuala dan semua peralatan mandi awak. Saya dah sediakan semuanya." terang Ainur sambil menghulurkan barang mandian kepada Arfian. "Ok" balas Arfian dan terus masuk ke dalam tandas.

Ainur menghela nafas lega. "Fuhhh, asal aku takut pula?" soal Ainur. "Ni mimpi ke apa ek? Eishh.." geram.

Selepas beberapa minit, Tengku Arfian keluar dari bilik mandi. Kali ni Ainur pula yang ingin mandi.

Tiba²..

"Kau nak buat apa pula?" soal Arfian pelik. "Nak santau awak. Nak mandi lah, nak buat apa lagi?!" balas Ainur sambil memandang tajam ke arah Arfian. Dalam masa yg sama Ainur ternampak sixpack Arfian, terpesona Ainur.

"Woi!!" teriak Arfian membuatkan Ainur tersedar dari pesona sixpack Tengku Arfian. Dia pun terus masuk ke dalam bilik mandi.

"Entah gila dah budak kampung ni. Eishh, kenapa lah dia jadi isteri aku." keluh Arfian dan terus mencari pakaiannya di dalam almari Ainur.

"Mana baju aku? Semua baju perempuan. Takkan aku tak de baju langsung." ujar Arfian sedikit geram.

Akhirnya Ainur pun keluar dari bilik mandi. "Awak, awak keluar dulu boleh tak? Saya nak pakai baju" suara Ainur kedengaran dari arah belakang Arfian.

"Mana baju saya?!!" marah Arfian dan terus memusingkan badannya memandang ke arah Ainur. Kali ni, Arfian pula yang terpesona dengan Ainur. Cepat² Ainur masuk semula ke bilik mandi.

SecretWhere stories live. Discover now