"betul ke abang nak kawin?" teruja Risya bertanya. Rayyan mengangguk. Terus Risya dan Rose memandang wajah Raimah yang turut ikut memandang mereka sebelum ketiga mereka berpeluk sambil melompat.

"yeahh.. Mama nak dapat menantu" jerit Raimah gembira.

"yeahhhh... Lepas ada geng.. " ujar Risya pula. Rayyan tertawa kecil melihat tiga susuk tubuh yang berpeluk sambil melompat itu. Gembira benar gayanya.

"siapa?" serentak ketiga-tiga mereka bertanya. Rayyan mengaru kening. Dia tersengih memandang wajah tiga-tiga manusia yang masih setia memandangnya bagaikan menanti jawapan.

"Uqasah" jawabnya. Dan sekali lagi ketiga mereka terkejut. Risya dan Rose menjerit sebelum mengucup pantas pipi Rayyan. Risya di kiri dan Rose di kanan. Setelah itu mereka berdua berlari laju pula masuk ke dalam rumah.

"akakk.. "

"akakk.. "

Terdengar jeritan si kembar yang memanggil Uqasah. Raimah dan Rayyan tertawa kecil.

"tak sangkah anak mama ni dah pandai jatuh cinta" usik Raimah. Rayyan menjongket kening. 

"well.. " ujarnya bangga. Raimah tersenyum gembira sebelum turut berlari anak masuk ke dalam.

"Uqasah.. " jeritnya. Sama seperti si kembar. Rayyan pula sudah tertawa. Dia memeluk tubuh. Satu hal sudah selesai tinggal akad nikah saja lagi dan Uqasah Qasandra akan menjadi miliknya.

:
:
:
:
:

Uqasah bergesa turun ke bawah bila terdengar namanya di panggil. Baru saja dia mahu turun tubuh terus di peluk oleh Risya dan Rose. Pipinya pula di kucup berkali-kali. Terpinga dia di buatnya.

"thank you akak.. " ujar Rose gembira.

"yeahh... Betul ke akak nak kawin dengan abang?" tanyanya. Pipi Uqasah di tekup menjadi mulutnya termuncung sedikit. Otaknya cuba memproses pertanyaan Risya sebelum riaknya berubah terkejut.

"siapa cakap?"

"abang.. " jawab Rose pula. Dan sekali lagi tubuh Uqasah di peluk.

"gembiranya.. " sampuk Raimah dengan senyuman kecil. Si kembar melepaskan pelukan. Lengan Uqasah di paut manja. Uqasah pula tersenyum kelat. Kalau dah anak tahu mesti mama pun dah tahukan?!

"terima kasih sudi terima anak mama dan sudi jadi menantu mama" ujar Raimah. Bergenang matanya. Kucupan lembut hingga di dahi putih Uqasah.

"uqasah okey tak ni?" soal Raimah lembut bila Uqasah hanya diam kaku. Uqasah mengangguk. Bertamba segan dia bila melihat sepasang mata melihatnya. Siapa lagi yang mampu membuatkan dia tunduk malu selain Rayyan?

"kenapa ni?" sampuk Anif yang baru keluar dari bilik di ikuti oleh Danny. Berkerut mereka melihat wajah berseri-seri mereka. Risya terrawa manja.

"tak lama lagi akak akan jadi kakak ipar kami" balas Risya selamba. Rose mengangguk. Danny dan Anif hanya beriak biasa. Sudah semestinya mereka terlebih dahulu tahu.

"nampaknya mama dah ada menantulah ni" usik Danny. Raimah tersenyum.

"korang pun bagilah mama menantu" ujarnya.

"danny dah ada ma.. " jawab Danny. Risya pula terus terasa segan bila melihat Danny memandangnya dengan pandangan yang sukar di fahamkan.

"hurmm.. Mama erkk.. Risya jangan nak gatal sangat." ujar Raimah. Bukannya dia tidak tahu hubungan Risya dengan Danny macam mana. Apa pun keputusan anaknya dia setujukan saja.

"jom kita turun" ajak Raimah. Danny mengenyit mata ke arah Risya. Anif di sebelahnya di siku perlahan.

"nampaknya mama dah bagi lampu hijau. Kau bila lagi?" soalnya mengejek. Anif mencebik sebelum cepat-cepat turun ke bawah. Menyampah.

"ma.. Rayyan nak pinjam bakal menantu mama ni kejap boleh?" tanya Rayyan. Sengaja di tekan perkataan bakal menantu itu.

"jangan nak gatal.. Belum sah lagi" pesan Raimah tegas. Tangan si kbar di tarik meninggalkan kedua pasangan sehati sejiwa itu.

Uqasah menunduk. Semakin gusar dia bila melihat ibu jari kaki Rayyan hampir mengena ibu jarinya sebelum tiba-tiba tubuhnya di cempung.

"aaa.. " terjerit kecil dia. Uqasah meronta-ronta. Namun apa sangatlah kudrat perempuannya kalau di bandingkan dengan kudrat seorang lelaki. Rayyan membawa Uqasah masuk ke biliknya dengan selamba.

Dia menutup pintu lalu di kunci. Tubuh Uqasah di turunkan dan di sandarkan ke dinding pintu. Matanya tajam merenung anak mata Uqasah.

"awakk.. " uqasah menahan dada Rayyan tatkala lelaki itu semakin mendekat.

"kau setujukan kawin dengan aku?" tanya Rayyan. Uqasah diam.

"Uqasah?" panggil Rayyan tertahan-tahan. Seperti biasa laju Uqasah menjawab bila suara Rayyan sudah berubah seperti itu. Kepala di amgguk perlahan.

Rayyan tersenyum kecil. Tanpa dapat di tahan dagu Uqasah di tolak supaya mendongak sebelum di cium rakus bibir yang merah basah itu. Bibir yang sentiasa menaikkan nafsunya.

Uqasah meronta tapi tidak lama bila dia turut terleka dengan mainan bibir Uqasah. Tangannya mengenggam erat baju di dada Rayyan.

Dia masih tidak berani membalas kucupan itu. Tapi dia hanya melerakan setiap belian dan kucupan bibir Rayyan. Mata di pejam rapat. Berdebar hatinya. Semakin lama semakin rakus pula Rayyan mencium bibirnya. Di tarik pinggang Uqasah. Kepala Uqasah di pegang. Dan mereka hanyut dengan cinta yang baru bercambah itu.

Rayyan melepaskan ciuman. Dahinya bersandar di dahi Uqasah. Tangan mengusap lembut bibir Uqasah yang kebasahan akibat air liurnya.

Uqasah dengan selaju kilat menolak lembut dada Rayyan lalu terus berlari keluar. Rayyan tertawa kecil. Rambutnya di ramas kasar. Dia memang gila.


Don't forget to vote 🌟

MR. MAFIAWhere stories live. Discover now