Setelah sejam lebih Arshaq duduk di atas sofa di officenya dia mula bangun. Dia mula menuju ke pintu bilik tidurnya. Teragak-agak dia ingin memegang tombol pintu.

Nafas ditarik sedalam-dalamnya dan dihembus.

Klak!

Matanya tertancap kearah katil yang sudah kosong. Kemudian matanya terhala ke arah pintu bilik air yang tertutup rapat.

Dia terus memboloskan dirinya ke dalam bilik itu. Pintu ditutup rapat.

Katil kosong itu di dekatinya. Matanya tertancap pada tompokan merah yang tercalit cadar putihnya.

Sekali lagi hatinya dirundum dengan perasaan serba salah. Keluhan berat terlepas dari mulutnya. Cadar putih itu laju ditanggalkan dan diletakkan di atas lantai.

Punggungnya terus duduk di birai katil sambil menundukkan tubuhnya. Dahi diusap beberapa kali.

Klak!

Arshaq mengangkat wajahnya memandang figure isterinya yang baru keluar dari bilik air itu. Jelas dia lihat wajah isterinya merah dan sembab. Tahula dia yang isterinya menangis teruk tadi.

Dia terus berdiri dan mendekati isterinya yang hanya beriak kosong itu. Baju kemeja isterinya yang tidak dibutangkan di bahagian atas ditiliknya. Kornea matanya jelas melihat 'tanda' yang dibuatnya.

Mikayla Sofea langsung tidak memandang wajah suaminya. Matanya juga separuh terbukak. Sekarang ini jiwanya sudah lenyap buat seketika. Hatinya juga berkecai seribu.

Jari Arshaq mula membutangkan baju isterinya. Baru dia ingin menyentuh pipi isterinya , isterinya sudah mengalihkan wajah.

Arshaq terdiam.

"Kitten... "

"Saya nak balik... ". Laju Mikayla Sofea berkata. Selimut yang diseretnya dilepaskan ke lantai.

"Kitten... ". Baru Arshaq mahu menyentuh lengan isterinya, sekali lagi isterinya menepis lembut.

"Please...saya nak balik". Ucap Mikayla Sofea dengan nada suara yang begitu lirih. Air matanya kembali bertakung di tubir mata.

Arshaq mengeluh. Kepalanya mengangguk.

"Okey kita balik. Kejap aku nak pakai baju". Ucapnya. Laju dia mencapai baju yang berada di atas lantai. Baju kemeja putihnya yang sedikit berkedut itu laju di sarungkan ke tubuhnya.

Mikayla Sofea perlahan-lahan berjalan ke arah pintu bilik. Sesekali dahinya berkerut apabila seluar jeansnya bergesel dengan alat sulitnya. Terkengkang dia berjalan saat ini.

Arshaq yang melihat gelagat isterinya mula bersuara.

"Kitten...sini aku tolong"

"Saya boleh jalan sendiri". Tepis Mikayla Sofea lembut. Penat nak marah-marah. Benda dah jadi. Tak boleh patah balik dah.

Kening yang tidak gatal di garu. Arshaq mengikuti belakang isterinya. Kod yang berada di atas meja laju saja di capai.

Lengan isterinya dipaut lembut.

"Jangan pegang-pegang saya boleh tak? "

"Okey-okey aku tak pegang. Ni... ". Kod yang berada di lengannya di hulurkan ke arah isterinya.

Mikayla Sofea hanya memandang sepi kod itu.

"Pakai"

"Untuk apa? "

"Tutup tanda kat tubuh kau tu". Sambung Arshaq bersahaja.

Mikayla Sofea hanya tersenyum sinis. Dia hanya hiraukan kod itu. Kemudian dia terus membuka pintu office suaminya. Dengan penuh berhati-hati dia berjalan. Dahinya juga berkerut menahan sakit.

Arshaq mengemam bibirnya. Kakinya laju mengejar langkah isterinya. Kodnya terus menutup hadapan tubuh isterinya. Tubuh kecil itu dicempung laju.

Mikayla Sofea meronta kecil.
"Turunkan saya lah! "

"Shut up. Jangan sampai kau kena empat round". Tegas Arshaq berkata. Wajah garang ditayangkan di hadapan isterinya.

Mikayla Sofea hanya diam. Tidak semena-mena air mata yang ditahan mengalir lagi di pipi. Suasana di luar banggunan yang gelap itu di perhatinya bersama linangan air mata.

Arshaq makin mengeratkan cempungan di tubuh kecil isterinya. Nak saja dia mencium isterinya. Nak saja dia peluk erat isterinya. Dia sendiri yang menyakiti isterinya.

Ting!

Sampai saja di ground floor Arshaq terus menuju ke kereta Audinya yang memang terpakir di hadapan banggunan office. Tempat penumpang di bukak dan dia meletakkan isterinya perlahan-lahan. Tali pinggang juga ditarik. Pintu ditutup. Kemudian kakinya laju melangkah ke arah pemandu.

Mujur semua banggunan officenya sudah kosong kerana sudah menjelang malam. Dia juga meminta orang kanan dan drivernya pulang dahulu.

Wajah isterinya yang memandang ke luar tingkap itu dikerling sekilas sebelum dia mula memandu.

Ana memandang ke arah Medina yang sedang duduk termenung di meja makan. Dia muka menghampiri kawannya. Bahu Medina disentuh lembut.

Medina sedikit terkejut dengan sentuhan itu. Bibirnya mengoyakkan senyuman hambar kepada Ana.

"Babe...kau fikir apa lagi? ". Soalnya sambil menarik kerusi di sebelah Medina.

Medina menggeleng kecil.

"Aku dah buat keputusan"

"Apa dia? "

Medina diam buat beberapa saat. Nafas lelah dilepaskan. Wajah Ana dipandang.

"Aku nak lari"

Tubuh kecil Mikayla Sofea yang sudah terbaring tidur itu kelihatan begitu rapuh. Perlahan-lahan Arshaq mendekati isterinya yang berada dikatil. Punggungnya dihenyakkan di katil itu.

Lepas saja mereka berdua pulang ke rumah, dia sengaja membiarkan isterinya berseorangan di dalam bilik mereka. Dia tahu apa dia buat itu salah. Dia tahu. Barannya juga tidak dapat dikawal.

Sisa air mata yang masih basah mengalir di batang hidung isterinya diusap lembut dengan belakang jari telunjuk. Hidung isterinya juga kelihatan sedikit merah. Huh.

Matanya mengamati wajah isterinya.

Bibir isterinya yang luka itu disapu dengan ubat. Kemudian lebam di pipi dan di dahi isterinya dituam lembut.

Sesekali dahi Mikayla Sofea berkerut kecil. Arshaq terus mengelus dahi itu bagi hilangkan kerutan.

Mikayla Sofea membukak kecil matanya. Hayal dia rasakan sekarang ini.

"Shhh tidur kitten... ". Ucap Arshaq lembut sambil menepuk-nepuk pinggul isterinya. Apabila isterinya kembali memejamkan mata, tangannya kembali licah menuam lebam itu.

Setelah beberapa jam dia mengubati isterinya, dia terus membaringkan tubuhnya di sebelah isterinya.

Tubuh kecil itu di bawa ke dalam pelukannya. Ubun-ubun Mikayla Sofea dicium lama.

"Maafkan aku kitten. I hurt you just now"








_____________________________
Holla guys!!! Selamat malam 😘

sorry lambat update. Busy sikit 😅 tu Ikan Shaq tengah nak baik-baik dengan kitten dia 🤪 jangan marah dia lagi okey .

Keep vote and komen 🥰

Mrs Arshaq Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang