Chapter 28: Wira Penyelamat Nyawa

Start from the beginning
                                    

"Aduh... Macam mana kita nak ke tingkat atas ni? Tangga dah pecah." Soal Dina dengan nada yang mengeluh dalam perlahan. Aizat hanya sekadar mendiamkan dirinya lalu dia memeriksa pintu kecemasan pada tingkat keenam itu dan nampaknya tombol pintu tersebut telahpun rosak dan menyebabkan ianya terkunci tanpa boleh dibuka. Setelah dia memastikan pintu itu tidak boleh dibuka, Aizat terus melangkah menuruni tangga kecemasan itu seketika untuk melihat keadaan di bawah. Apa yang dilihatnya pada bahagian tingkat-tingkat bawah itu gelap-gelita sahaja, namun dia begitu yakin bahawa dengan kegelapan itu ada sesuatu yang buruk sedang menanti mereka untuk turun ke bawah semula.

"Tch... Tak guna..." Keluhnya sambil berjalan menuju ke arah Dina semula.

"Kenapa?" Soal Dina kepada Aizat apabila mendengar dia mengeluh perlahan sebegitu rupa.

"Perangkap. Aku rasa kita dah termasuk perangkap." Balas Aizat dengan nada yang serius dan perlahan.

"Perangkap? Maksud kau?" Soal Dina kepadanya lagi. Aizat hanya sekadar mendiamkan dirinya dan dalam pada masa yang sama juga, tiba-tiba kedengaran daripada tingkat yang paling terbawah sekali bahawa ada satu suara seperti beberapa orang ramai yang berkawad sedang berjalan menaiki tangga itu dengan menuju ke arah mereka berdua yang berada di tingkat keenam ini.

"Aizat... Jangan cakap yang itu..."

"Ya... Hantu tentera Jepun. Diorang tengah nak datang ke sini nampaknya." Aizat memotong kata-kata Dina itu dengan nada yang perlahan dan serius.

"BANZAI!!!" Kedengaran suara hantu-hantu Jepun yang sedang menaiki tangga untuk menuju ke arah mereka berdua itu sedang menjerit di dalam bahasa Jepun sambil mereka mempercepatkan langkah mereka menuju ke arah Aizat dan Dina. Semakin cepat mereka menaiki tangga itu, semakin jelas rupa bentuk badan mereka yang putih pucat dan lengkap dengan uniform tentera Jepun pada era zaman Perang Dunia Kedua itu sambil bergerak memegang senapang dan pedang Katana di tangan mereka itu.

"Aizat, apa kita nak buat ni Aizat? Diorang dah makin dekat dengan kita!" Soal Dina kepadanya dengan nada yang cemas. Aizat mendiamkan dirinya seketika sambil memikirkan sesuatu lalu dia terpandang pada pintu kecemasan yang terkunci itu tadi.

"Pegangkan perisai aku ni kejap." Arah Aizat sambil dia melepaskan perisai cerminnya itu daripada lengan kirinya dan kemudian dia terus bertindak merempuh pintu kecemasan yang terkunci itu dengan berulang kali untuk membuatkannya ianya terbuka sebelum hantu-hantu tentera Jepun yang sedang datang menuju ke arah mereka itu menangkap mereka.

"Aizat, cepat Aizat! Hantu tentera Jepun tu dah semakin dekat." Kata Dina dengan nada yang cemas.

"Sabar, aku tengah cuba ni." Balas Aizat sambil menguatkan daya rempuhannya dan pintu kecemasan yang terkunci itu langsung tak nak terbuka.

"Kejap, meh sini aku tolong kau." Kata Dina sambil dia melepaskan perisai cerminnya itu lalu dia menyusun perisai cerminnya dengan perisai cermin Aizat itu dengan menjadikannya sebagai penghadang jalan untuk menghalang laluan hantu-hantu tentera Jepun dan kemudian dia terus membantu Aizat untuk membuka pintu kecemasan yang terkunci itu dengan merempuhnya bersama-sama.

Kehadiran hantu-hantu tentera Jepun itu telahpun tiba di tingkat keempat dan Aizat dengan Dina yang baru sahaja merempuh pintu kecemasan itu bersama-sama masih lagi belum berjaya dibuka. Tak mengalah, Aizat dan Dina tetap berusaha dengan merempuh pintu itu berulang kali dan manakala hantu-hantu tentera Jepun itu pula sudah semakin hampir langkah mereka apabila mereka telah tiba di tingkat yang kelima.

"Oraaaah!!!" Kedengaran suara jeritan hantu-hantu tentera Jepun yang ramai itu semakin hampir dan ini membuatkan Dina dan Aizat bertambah cemas.

"Bismillahirahmannirrahim... Allahuakbar!!" Dengan sekali laungan takbir, Aizat dan Dina terus merempuh pintu tersebut dan kini ianya telahpun berjaya dibuka. Setelah ianya dibuka, Aizat dan Dina terus bergegas menutup pintu itu semula dengan menggunakan beberapa barangan yang keras dan berat sehinggalah pintu tersebut telahpun berjaya ditutup dengan sepenuhnya dan sekaligus menyebabkan hantu-hantu tentera Jepun itu terperangkap di dalam laluan tangga kecemasan tersebut.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now