Chapter 28: Wira Penyelamat Nyawa

Comincia dall'inizio
                                    

Falamal alqau qolla Musa ma ji'tum bihil sihr innallaha sayubtiluh innallaha la yuslihu amalal mufsidin (81) Wayuhikullahul-haqqa bikalimatihi walaukorihal mujrimun (82) Fama aamana limusa illa zurrayyatun man qaumihi a'la khaufin man Firaunna wamala'ihim anyuftinahum wa'inna Firaunna la'alin fil'ardi wa'innahu laminnal musrifin (83) Waqolla Musa ya qaumi inna kuntum aamantum bilillahi fa'alaihi tawakalu inna kuntum muslimin (84)

Maksudnya:
Setelah mereka mencampakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. "Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa". Maka tidaklah ada yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil dari keturunan kaumnya, itupun dengan keadaan takut kepada Firaun dan ketua-ketua kaum mereka menyeksa mereka; kerana sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi, dan sebenarnya ia dari orang-orang yang melampaui batas. Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): "Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)".

Selepas Aizat membacakan ayat tersebut, kesemua kin yang menghalang laluannya itu terus melarikan diri dengan terbang naik ke tingkat atas lalu hancur terbakar sehingga menjadi debu. Setelah tiada lagi jin-jin yang menghalang laluan mereka itu, Aizat dan Dina terus bergegas meneruskan perjalanan mereka untuk ke tingkat ketujuh lalu terus berhenti berehat di tingkat kelima untuk mengumpulkan tenaga.

"Haa... Haa... Penatnya." Kata Dina sambil duduk di tepi dinding dengan nafas yang tercungap-cungap. Aizat pula hanya sekadar mendiamkan dirinya sahaja sambil dia mengusap dahinya yang basah dengan peluh keringat itu sambil dia duduk melutut di hadapan Dina.

"Dina. Nah... Kau ambillah balik." Kata Aizat sambil dia menyerahkan semula pemberian keychain hati biru itu kepada Dina.

"Eh kenapa pula?" Soal Dina kepadanya dengan kerutan dahi.

"Aku rasa kau lagi perlukan benda ni untuk protection." Balas Aizat dengan nada yang serius.

"Tak apalah, kau ambil je lah keychain tu. Aku dah ada dah." Kata Dina sambil dia menunjukkan keychain hati kepunyaannya yang berwarna merah itu. Apabila melihat keychain itu, Aizat tergamam seketika namun wajah seriusnya itu masih tidak berubah.

"Hmm... Kalau macam tu, aku ambil je lah keychain ni. Aku tak perlukan benda ni pun sebab lagipun aku tak suka ambil barang yang bukan hak milik aku." Kata Aizat sambil meletakkan keychain itu di tapak tangan Dina lalu dia terus bangkit berdiri. Dina yang melihat tingkah laku Aizat itu hanya sekadar mendiamkan dirinya sahaja lalu dia terus menyimpan keychain yang sepatutnya menjadi milik Isa dan keychain miliknya itu ke dalam poket seluarnya

"Jom, kita teruskan." Kata Aizat sambil memulakan langkahnya untuk ke tingkat atas dan kemudian, Dina pun terus mengikutinya daripada belakang. Langkah demi langkah dibawa menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Semakin tinggi mereka mendaki anak tangga itu, semakin banyak lumut dan tumbuhan-tumbuhan liar yang mereka temui dan sekaligus menyukarkan sedikit perjalanan mereka berdua itu untuk menuju ke tingkat atas.

"Aizat... Aku tak sedap hatilah..." Bisik Dina dengan nada yang bimbang.

"Jangan risau, ikut je aku daripada belakang dan banyakkan berzikir dalam hati." Balas Aizat dengan nada yang berbisik. Setelah melangkah menaiki ke tingkat atas, kini mereka tiba di bahagian pintu kecemasan tingkat keenam dan perjalanan mereka terpaksa dihentikan di sini apabila tangga untuk menuju ke tingkat ketujuh itu telahpun hancur berkecai.

KASYAF (Hiatus)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora