"Awak... Saya nak tanya boleh? ". Soal Mikayla Sofea sambail menoleh ke arah Kaiser yang sudah berjalan di sebelahnya.

Kaiser mengangguk. "Apa dia? ".

Butang lif ditekannya.

"Arshaq dia CEO? "

"Yep"

"Dia buat bisness apa? ". Sudah lama dia mahu menanyakan soalan ini, tapi dia tidak berani.

Kaiser mengerutkan dahinya sambil melangkah masuk ke dalam perut lif. Kedua-dua tangannya sudah bersilang di dada.

"Puan tak tahu? "

Tergeleng-geleng kepala Mikayla Sofea untuk menidakkan soalan itu. Terukkan dia. Kerja suami sendiri pun dia tak tahu. Yela, selama 5 bulan dia berkahwin dengan Arshaq, ini kali pertama suaminya membawanya ke office. Sebelum ini dia terperap saja di rumah.

"Kenapa puan tak tanya tuan sendiri je? ". Soal Kaiser dengan pelik.

"Tak nak la. Nanti dia marah saya. Sebelum ni dia warning saya tau"

"Tuan kata apa? ". Soal Kaiser ingin tahu. Dahinya sedikit berkerut.

Mikayla Sofea sudah berdehem bagi membetulkan kotak suaranya.

"Ehem... Kau jangan nak sibuk hal aku". Ajuknya dengan suara yang sedikit garau.

"Sebab tu la saya tak tanya dia. Takut nanti dia marah saya"

Kaiser sudah bantai mentertawakan isteri majikannya. Kelakar sungguh la.

Ting!

Kaiser dan Mikayla Sofea mula melangkah keluar dengan serentak dari lif itu. Kaiser tidak lekang dari tersenyum lebar.

"Awak ni, saya tak buat lawak tau. Tuan awak tu serius memanjang. Takut saya". Celotehnya tidak berpuas hati.

Kaiser sekadar mengangguk bersetuju dengan kata-kata Mikayla Sofea.

"Kalau puan nak tahu, tuan ada bisness hotel mewah dekat malaysia ni. Buat masa sekarang tuan ada 20 buah hotel dekat Malaysia ni. Itu tak termasuk dekat luar negara lagi"

Mikayla Sofea dengar dengan teliti sambil kepalanya diangguk kecil. Mulutnya bulat. "Ooo"

"Kalau puan nak tahu lagi, dekat France tuan ada 5 buah hotel dekat sana"

Melopong mulut Mikayla Sofea. Mak ai banyaknya.

"Patut kaya". Omelnya perlahan, namum masih boleh didengari Kaiser.

"Ye memang tuan jutawan muda. Lagi satu Tuan Shaq bukan calang-calang orang tau"

Dahi Mikayla Sofea sudah berkerut sedikit. Tubuhnya terus dipusingkan menghadap Kaiser. Sekarang ini mereka berdua berhenti di lobby. Orang yang lalu lalang langsung tidak dihiraukan.

"Maksud awak? "

"Tuan Shaq kan banyak bisness. So biasa la musuh bisness dia ramai"

Sekali lagi Mikayla Sofea sekadar mengangguk kecil sambil mencebikkan bibir. Matanya pula mula terhala ke arah dinding lobby yang begitu besar.

'A.R.H.Q Office'.  Sebutnya didalam hati.

"Office ni macam tempat meeting je la? ". Soal Mikayla Sofea lagi.

"Yep. Tapi sini merupakan center semua A.R.H.Q Hotel yang ada dekat Malaysia dan France. Kiranya kalau mana-mana hotel ada masalah, diorang akan derect sini terus. Data duit keluar masuk semua A.R.H.Q  office ni tahu. Kalau ada customer tak puas hati dengan layanan di hotel, mereka akan derect calk terus dekat sini. Semua pasal hotel, office akan handle ". Panjang lebar Kaiser terangkan.

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now