"bukan kau je yang dah kenal aku 15 tahun. Aku pun kenal kau 15 tahun jugalah"

"Wonu, dia sapa aku tadi"

"a-apa?!"

"ya. Dia sapa aku, pendek cerita waktu dia masuk tu Hannah ada atas riba aku. Lepastu dia tanya Hannah tu anak siapa-"

"kau jangan cakap yang kau bagitahu dia Hannah tu anak dia?!"

"aku takde lah bodoh Bell. Ish janganlah potong cakap aku. Aku bagitahu yang Hannah tu anak aku dengan kau. Lepastu aku adalah tumbuk tumbuk dia sikit. Lepastu aku menangis bila teringatkan kisah kau kena tinggal dengan dia. Aku akan menangis bila teringatkan tentang tu, aku sedih sebab tak dapat nak tolong kau. Aku rasa aku useless bila kau berubah seteruk ni" Mata Mingyu kembali berair, menunggu masa untuk tumpah

"hey hey hey janganlah sedih. Kau tak de salah pun dalam hal ni. Tu salah aku sebab tak berjaga jaga"

"aku tetap rasa bersalah"

"awww come here, aku nak peluk" Tubuh sasa Mingyu ditarik kedalam pelukan. Jika kebiasaannya Mingyu yang mengucup dahi Isabella, kali ini Isabella pula yang mengucup dahi Mingyu

"hey hey hey!" Taehyung yang baru tiba di bilik Mingyu ternganga dengan perbuatan Isabella

"apa ? Benda biasalah saya cium dahi kawan saya"

"mana boleh!"

"apa tak boleh? Dengan awak saya bagi lebihkan. Mulut, dahi, hidung, pipi, semua saya bagi awak cium. Apa salahnya saya cium dahi kawan saya"

"hoi hoi hoi! Hormat sikit aku kat sini."

"eh Mingyu, bukan kau ada girlfriend ke?"

"mana ada. Aku setia jadi kawan Isabella sampai minah ni kahwin"

"haritu Isabella kata , kau ada girlfriend"

Mingyu memandang Isabella, Isabella pula memandang Mingyu. Sempat jejaka itu menjentik dahi Isabella sebelum menyambung percakapan

"Dia ni memangla, suka menfitnah aku. Aku mana ada girlfriend. 24jam asyik berkepit dengan hospital je. Tak pun berkepit dengan dia, tu pun kalau tak busy"

"saya bagi tahu yang Mingyu ada girlfriend sebab tak nak awak risau. Awak selalu risau pasal saya dengan Mingyu walaupun dah berpuluh kali saya cakap kitorang hanya kawan. Maaf sebab tipu awak" Isabella menunduk memandang lantai. Bersalah mungkin

"jangan risaulah Taehyung, aku dengan Isabella ni memang macam ni. Sweet terlebih, tapi kitorang kawan je. By the way, kau beli apa banyak banyak tu? Ada makanan untuk aku tak?"

Taehyung menjeling Isabella dan melangkah ke arah Mingyu. Plastik makanan diletakkan dia atas katil

"wah wah red bean, ehehe aku makan ea" pertanyaannya tidak disambut oleh Taehyung mahupun Isabella

"habislah kau Bell, kena marah"

"diamlah! ish!"

"aku tak marah. Haih, tapi lepasni janganlah tipu lagi, kau seolah olah sisihkan aku" Taehyung melabuhkan punggungnya disebelah Isabella. Pipi gadis itu dikucup sekilas

"Im sorry, sayang"

"Bella ni memangla, suka berahsia. Kau kena paksa sikit dia ni kalau nak bercakap. Paksa sikit jela, lebih lebih kang dia merajuk pula" Taehyung tergelak kecil melihat Mingyu yang bercakap dengan makanan yang penuh dalam mulut.

Patutla Isabella suka kawan dengan mamat ni. Kelakar orangnya

"Ha Taehyung aku nak tanya. Kau dengan Isabella nak masuk sebulan dahkan kenal?"

"ya kenapa?"

"bila kau nak bawa Isabella jumpa ayah kau? Minta restu nak kahwin- Arkh!" Sejurus selepas memberikan idea yang tak berapa bernas, Isabella menampar kuat sisi kepala Mingyu

"Apa ni Bell? Sakitlah! Bergegar otak aku. Kalau aku pengsan sekali lagi aku saman kau. Betullah kan apa aku cakap? Bila nak kahwinnya?"

"Sayang jom balik, jangan layan si setan ni. Jom jom" Isabella menarik tangan Teahyung keluar dari wad.

"kau tu, jangan lupa makan! Jaga diri Gyu!" Sempat Isabella menitipkan nasihat sebelum berganjak pulang

"awak, jangan ambil hati dengan apa yang Mingyu cakap tau" Isabella mengalungkan tangannya bersama lengan Taehyung

"Tak punlah, aku tak ambik hati pun"

"jom jalan jalan dekat sungai han"

"huh?"

"kita jarang jalan jalan sama sama kan? jomlah mesti best kalau jalan jalan waktu sekarang. Lagipun dah nak malam, sejuk je angin nanti. Jomlah sayang!" Isabella tersenyum ceria

"t-tapi, aku nak ajak kau makan malam dengan kawan kawan aku, ada reunion dengan budak budak sekolah aku dulu. Aku ingat kau tak nak pergi mana mana. Sebab tu aku baru bagi tahu sekarang" Taehyung memandang muka Isabella, meminta pelepasan agar dapat membawa gadis itu makan malam bersamanya

"lah kenapa tak bagi tahu awal awal? saya okey je kalau awak nak bawa saya pergi makan, asalkan ada masa dengan awak. Jomlah!"

"sebab nilah aku sayang kau, tak banyak songeh" Bibirnya mencium belakang telapak tangan Isabella sebelum menarik gadis itu keluar dari hospital

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 08, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Femme Fatale|KTHWhere stories live. Discover now