Chapter 2

16 6 0
                                    

Isabella melangkah masuk ke dalam kelab malam. Dressnya yang agak terdedah menarik perhatian beberapa pasang mata. Niatnya memakai sebegitu kerana ingin menarik perhatian Taehyung tetapi lelaki lain pula yang memandang

Tangannya membelek telefon bimbit sambil membaca fail peribadi Kim Taehyung

Ya Taehyung ialah mangsa seterusnya

"wine satu" gadis itu melabuhkan punggungnya, matanya melilau masih mencari keberadaan Taehyung

"kau gila ke apa" Mingyu yang datang entah dari mana meletakkan tangannya disekeliling bahu Isabella

"kau buat apa kat sini?" Isabella hanya membiarkan, sudah terbiasa

"tolong kaulah, kau gila ke pakai terdedah macam ni? Silap haribulan bukan Taehyung yang tergoda. Orang lain pula yang tergoda. Dengan kain singkat paras peha. Bahu terdedahnya." Mingyu membebel seperti tiada apa yang berlaku diantara mereka semalam

"bisinglah Gyu" Isabella menekup muluit jejaka itu. Matanya digulingkan,menyampah.

"kau ingat tak waktu kita sekolah menengah dulu, kita curi curi minum soju, kita clubbing. Nakal betul " Mingyu mengalihkan tangan Isabella dari mulutnya. Jari jemari gadis itu digenggam erat

"mestilah aku ingat, bahagia je waktu tu. Sampailah kawan baik kau datang dan hancurkan hidup aku"

"aku minta maaf"Mingyu hanya tersenyum kecil. Tangannya menggosok perlahan belakang badan Isabellla

"Hannah ada kat rumah aku, dah tidur dah si kecil tu. Dia tanya kenapa kau tak jenguk dia, aku cakaplah kau ada kerja. Btw Taehyung ada dekat bilik VIP number 3 dengan pasangan gay dia, hati hati" Mingyu mengucup perlahan dahi Isabella sebelum melangkah keluar dari kelab malam tersebut

_

Isabella meletakkan beg yang dipenuhi dengan duit disisi katil Taehyung, tangan ligat membuka plastik picagari. Perlahan lahan dia menyuntik pasangan gay Taehyung.

"mati lagi bagus , menyusahkan aku je" setelah menghapuskan jejaknya, Isabella memapah Taehyung keluar dari bilik tersebut. Beg duit ditinggalkan , tanda merasuah pemilik kelab tersebut agar membereskan mayat pasangan Taehyung tadi

"kau ni pun, menyusahkan aku" tubuh Taehyung ditarik masuk ke bilik air. Laju tangannya menyarungkan pakaian Taehyung. Takkanlah nak papah Taehyung dalam keadaan bogel keluar dari kelab kan?

"hehehehe" Taehyung yang separa mabuk itu terus memeluk pinggang Isabella tanpa izin.

"kalau bukan disebabkan kerja, aku dah sumbat kepala kau dalam lubang jamban ni" Isabella hanya membiarkan tangan Taehyung melilit pinggangnya

Setelah siap membutangkan kemeja Taehyung, Isabella menyarungkan kot Taehyung ke badannya. Sudahlah malam ni sejuk nak mampus, kena papah pula Taehyung yang berat macam gajah

"need help?" Mingyu menjengukkan kepalanya kedalam tandas. Senyuman kecil terbit dibibir Isabella setelah melihat Mingyu

"yes Gyu, bagus perfect timing. Nak patah pinggang aku papah mamat ni" Mingyu tersengih kecil dan mendapatkan Taehyung. Jejaka itu memapah Taehyung sehingga ke kereta Bella.

"kuat betul bau alkohol dia"

"dia baru lepas ehem ehem dengan pasangan dia"

"apa jadi dengan pasangan dia?"

"aku bunuh"

"hoi!"

"ya, aku suntik racun. Kalau kau nak dia hidup pergilah tolong dia" Isabella tergelak kecil sebelum memasuki keretanya

"hish Bell!" Mingyu berlari lari anak masuk semula ke dalam kelab tadi. Matanya melilau mencari bilik Taehyung. Tubuh pasangan Taehyung ditatap sebelum jejaka itu mengheret tubuh tersebut ke keretanya

"eloklah tu, sorang tukang bunuh, sorang jadi penyelamat keadaan. Hish Bell Bell"

_

Taehyung menggerakkan tubuhnya yang terasa dihempap oleh seseorang. Matanya terbuntang apabila melihat seorang gadis terbaring diatasnya

"Mwo!?" Tubuh Isabella ditolak kuat sehingga gadis itu terdorong ketepi

"urgh" Isabella menggeliat kecil dan bangun dari pembaringan. Wajah terkejut Taehyung ditatap lama

"awak kenapa?"

"kau tu kenapa. Macam mana aku boleh tidur sekatil dengan kau?"

"awak tempah saya malam tadi, takkan awak tak ingat?" Isabella mereka cerita, tangannya membetulkan rambutnya yang agak serabai.

Taehyung mengecilkan matanya, kepalanya dipegang. Pening.

"aku tempah perempuan? Aku rasa kau silap orang, sepanjang hidup aku , aku tak pernah tempah perempuan tidur dengan aku"

"eh tak Cik Taehyung. Awak bukan tempah saya, awak beli saya dari kelab malam , sebab tu sekarang kita dekat rumah awak bukan dengan kelab semalam"

"oh beli- eh APA?! AKU BELI KAU?!" Taehyung mencengkam kedua dua bahu Isabella. Matanya terbuntang luas, mulutnya pula sudah terlopong.

"i-iya awak beli saya. Itu bilnya, awak dah buat full payment dah pun" Isabella menunjukkan bil palsu yang dipintanya daripada kelab malam semalam.

"wtf- kim taehyung apa kau buat" Taehyung meraup mukanya. Wajah Isabella dipandang

"did I-?"

"No you don't, awak mabuk sangat semalam balik rumah awak terus je awak tertidur"

"thank goodness" Taehyung melangkah keluar dari bilik, seketika kemudian dia mengundur semula dan memandang ke arah Isabella semula

"jadinya, aku ni tuan kau ke?"

"yalah, awak dah beli sayakan"

"aish" Taehyung meraup mukanya berkali kali. Tubuh Isabella yang melangkah kearahnya ditatap seketika. Wajah dipalingkan ketempat lain. Air liur ditelan.

"wae?" Isabella bertanya polos

" aku rasa aku tersilap beli kau waktu aku mabuk, jom bersiap. Aku pulangkan kau balik dekat kelab"

"tapi Taehyung, awak tahukan yang kelab tak terima balik mana mana perempuan kalau orang tu dah beli-"

"t-tak boleh pulangkan?"

"ya, tak boleh"

"aku betul betul rasa aku tersilap beli kau . Haih, apa nama kau"

"Isabella"

"umur?"

"27 tahun"

"kau pelacur ke kat kelab tu?"

"taklah, saya pelayan je. Semalam awak mabuk teruk, lepastu awak terpeluk saya. Awak jerit cakap nak beli saya dan serahkan kat kredit awak pada tuan kelab"

"seriously?! aku buat macam tu? Woah Kim Taehyung! " Taehyung menampar kuat pipinya sebelum jejaka itu menghampiri Isabella

"aku tak tahu apa yang aku fikirkan waktu tu, tapi aku betul betul tersilap beli kau. Jadi sekarang aku tak tahu apa aku patut buat dengan kau"

"kalau awak beli saya mesti awak nak jadikan saya ni awak punya-"

"tak" laju Taehyung menepis percakapan Isabella

"aku cakap dah kan, aku tersilap beli. Aku waras lagi nak bela anak ikan" Taehyung mengeluh kecil, sesekali dia menjeling Isabella yang masih dibaluti dress ketat yang dipakainya semalam

"aku ada kerja pukul 10 nanti, alang alang kau ada boleh tak tolong siapkan baju aku? Kau pun pergilah mandi sekali , pakai t shirt aku dulu kalau kau takde baju"

"o-okay"

"aku nak turun bawah jap , nak masak lapar sangat dah ni" Taehyung tersenyum kecil dan melagkah keluar dari bilik, meninggalkan Isabella keseorangan

"huh" Isabella mengeluh kecil. Senyuman polosnya hilang digantikan dengan kerutan di dahi , otaknya penat berpura pura didepan Taehyung

"ni baru first day, kuatkan diri Bella, kau kena tolong dia balik ke pangkal jalan je. Pastu kau free"

Femme Fatale|KTHWhere stories live. Discover now