Chapter 6

9 2 0
                                    




"abang gyu" Hannah memanjat kaki Mingyu dan merebahkan punggungnya diatas riba jejaka itu. Kaca mata Mingyu dicabut

"abang, kenapa kakak dah jarang jenguk kita? Hannah bosanlah kena ikut abang gyu kerja je setiap hari. Dahlah haritu sehari je dapat jumpa kakak. Ni nak masuk seminggu dah Hannah tak jumpa dia. Abang selalu busy. Hannah nak duduk dengan kakak"

"Hannah dah habiskan dah donut yang abang gyu bagi tadi?"

"abang janganlah tukar topik. Hannah tanya pasal kakak kan...." Hannah memuncungkan mulutnya. Gadis kecil berumur 5 tahun itu tertunduk memandang lantai. Kecewa mungkin

Tok tok tok

"yaaa masuk" Mingyu membiarkan Hannah di atas ribanya. Saat dia mendongak memandang pintu, raut wajahnya 100% berubah.

"Hai Mingyu"

Mingyu tidak membalas. Jejaka itu merenung gerangan yang berani masuk ke biliknya bagai nak tembus.

"Ayah, jawablah. Dia panggil tu?" Hannah menepuk pipi Mingyu. Ya Hannah akan berpura memanggil Mingyu sebagai ayah dan Isabella sebagai Ibu kalau ada orang lain bersama mereka

"Ayah?"

"Hannah, ayah dengar kolam dekat taman bawah ada ikan baru. Cantik cantik pulak tu, Hannah tak nak tengok ke?"

"Nak nak!"

"ha pergilah, jangan lari lari nanti jatuh. Bawa Teddy" Hannah melompat dari riba Mingyu ke bawah. Tangannya menggapai Teddy dan terus berlari ke pintu bilik Mingyu

"ehe Anyeong Doktor!" Hannah menundukkan badannya ke arah gerangan yang masuk kebilik Mingyu tadi dan menyambung lariannya keluar

"kau nak apa?" Mingyu menutup fail pesakit yang ditelitinya. Raut wajahnya menunjukkan yang dia bila bila sahaja boleh meletus seperti gunung berapi

"saja, jenguk kawan baik sendiri. Kenapa? Tak boleh?"

"pembetulan, bekas kawan baik. Kita dah putus kawan waktu hari kau tinggalkan Isabella"

"aww cerita lamakan Gyu. Lagipun dia dah gugurkan kandungan tu, perempuan tu dengan aku takda beza pun dua dua perangai macam setan" Jeon Wonwoo tergelak kecil sebelum melangkah mendekati Mingyu

"btw siapa budak tu? Kenapa dia panggil kau ayah? Anak kau ke?" Wonwoo menarik kerusi duduk berhadapan dengan Mingyu

"anak Isabella-" senyuman sinis yang terukir dibibir Wonwoo hilang serta merta

"-dengan aku" Mingyu tersenyum kemenangan. Ya dia menipu. Hannah sebenarnya adalah anak Wonwoo dan Isabella.

"Anak kau dengan Isabella?" Wonwoo mengetap bibir, geram.

"ya. Dia yang datang kat aku, dan aku yang pulihkan dia. Macam dulu dulu. Dia ada problem dengan kau, dia cerita dekat aku. Dia break dengan kau, dia mengadu dekat aku. Malah dia ada anak dengan kau pun, dia minta tolong aku untuk gugurkan. Nampak tak betapa pentingnya aku dalam hidup Isabella. Kau tu cuma menumpang"

"Sialan!" Kolar baju Mingyu dicekak Wonwoo, geram dengan kata kata yang dilontarkan oleh Mingyu

"Bukan ke tadi kau kata Isabella tu perangai macam setan? Aku tak bersalah, kau yang tinggalkan dia. Lepas dah dapat, kau hilang. Kau tinggalkan dia sorang sorang. Hampir 5 tahun dia merana. Siapa yang selalu ada dengan dia? akulah aku!" satu tumbukan hinggap di pipi Wonwoo. Jejaka itu terdorong kebelakang

"aku suruh kau jaga dia, bahagiakan dia. Bukan rosakkan dia! Kau bodoh ke apa?!" Perut Wonwoo ditendang berkali kali

"Dia menangis, merana, berbulan bulan dia cuba untuk hubungi kau. Dia berubah sepenuhnya sebab kau! Tapi kau setan yang bertopengkan manusia, langsung tak terfikir nak cari dia! Kau bodoh Wonu! Bodoh!" Muka Wonwoo diludah sebelum tangannya menarik kolar baju lelaki itu

"berambuslah!" tangannya menolak kuat sehingga Wonwoo terjatuh dihadapan biliknya. Pintu bilik dihempas dan terus dikunci

"MINGYU SIALAN!" jerit Wonwoo dari luar. Jejaka itu menumbuk kuat pintu bilik Mingyu. Bunyi derapan kakinya yang semakin menjauh menandakan dia telah pergi

"hiks hiks" Mingyu melepaskan tangisannya. Dia kecewa dengan semua orang. Dia yang tiada kena mengena, tersepit di tengah tengah

Isabella dulu, seorang gadis yang sangat baik dan mereka berkawan baik. Dari berumur 12 tahun sehinggalah mereka berdua mula mula bekerja pada umur 20 tahun. Mingyu menjadi doktor praktikal, manakala Isabella bekerja sebagai model separuh masa. Seperti yang kita tahu, hubungan kawan di antara lelaki dengan perempuan tak akan kukuh selamanya, pasti akan ada salah seorang yang terjatuh cinta

Mingyu, dia menyukai Isabella tapi harapannya punah apabila Wonwoo, kawan baiknya sendiri menyatakan cinta dia kepada Isabella. Mingyu tidak dapat berbuat apa apa, Isabella nampak sangat gembira.

5 bulan percintaan, hubungan Wonwoo dan Isabella semakin rapat. Mingyu pula hanya dianggap sebagai kawan baik oleh Isabella. Sehinggalah satu hari, Wonwoo mengajak Isabella bermalam di rumahnya tanpa pengetahuan Mingyu

Kerana terlalu percaya, gadis itu hanya mengiyakan tanpa tahu muslihat Wonwoo. Pada malam itulah Isabella kehilangan segalanya. Wonwoo menyatakan bahawa dia akan bertanggung jawab tetapi si sialan itu terus melarikan diri pada keesokan paginya.

Daripada situlah, Isabella dan Mingyu menjadi terlalu rapat. Mingyu menjaganya dalam pantang. Mingyulah orang pertama yang menimang anaknya. Mingyu juga yang berikan Hannah sepenuh kasih sayang seolah olah Hannah itu ialah anak dia sendiri.

Kim Mingyu, jejaka itu dibelenggu rasa bersalah dan rasa cintanya terhadap Isabella. Kalau dia peka dengan keadaan Isabella. Tentu Isabella takkan bermalam dengan Wonwoo dan semuanya masih dapat dikawal tetapi dia terlambat. Semunya telah musnah dan Isabella telah 100% berubah.

Setelah Hannah berumur 2 tahun. Isabella bertekad untuk melupakan Wonwoo dan mula membuat kerja terkutuk. Pada mulanya Isabella hanya berbuat kerana suka suka. Dia menggoda lelaki dan membuatkan lelaki tersebut cinta mati akan dirinya tetapi pada akhirnya, Isabella menghilang tanpa jejak

seperti mana yang dilakukan oleh Wonwoo terhadap Isabella

"Hiks, hiks" Mingyu yang masih menahan tangis memegang kepalanya. Dirinya rebah kelantai kerana rasa pening yang teramat.

_

Drtt drrtt drrtt

"urgh" Isabella mengeliat kecil apabila merasakan getaran dari telefon bimbitnya. Tubuh Taehyung yang tidak berbaju ditolak ketepi. Tangannya pantas mengangkat panggilan tersebut

"Hello?"

"Isabella Chwe? Saya dari pihak hospital, ingin memaklumkan yang kawan awak Kim Mingyu ditahan di wad kerana pengsan. Kami jumpa dia terbaring-"

Belum sempat pihak hospital menghabiskan ayat, Isabella terlebih dahulu mematikan telefon. Kakinya melangkah turun dari katil.

"sayang, nak pergi mana?"

"Mingyu pengsan" kakinya melangkah masuk ke bilik air dan terus membersihkan diri. Mulutnya tidak lepas berdoa agar Mingyu berada dalam keadaan stabil.

Dia tidak boleh kehilangan Mingyu, jejaka itu terlalu berharga dalam hidupnya.

Femme Fatale|KTHWhere stories live. Discover now