Chapter 27: Perangkap Kompleks Maut

Start from the beginning
                                    

"Bila difikir-fikirkan balik, kalau 'Isa' yang palsu ni tengah ikut aku... Habis tu, apa yang dah jadi dekat Isa yang sebenar?" Soal Cikgu Sulaiman di dalam hatinya dengan rasa was-was dan apabila semakin dia memikirkannya, hatinya pula yang merasa tidak tenang kerana bimbang terhadap apa yang telah berlaku kepada anak murid kesayangannya itu.

"Ya Allah ya Rahman ya Rahim... Jika ada sesuatu perkara yang buruk telah berlaku kepada Isa, maka engkau selamatkan dia. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah segala penyelamat yang mampu menyelamatkan apa sahaja yang ada di dalam dunia ini." Doanya di dalam hati mengharapkan segala apa yang telah berlaku terhadap Isa yang sebenar itu akan menjadi baik-baik sahaja.
______________________________________

Sementara itu, Aizat yang sedang berada di belakang rumah Isa itu masih lagi sedang menangis meratapi kematian Isa yang begitu tragis itu sekali. Dalam bibirnya tak henti-henti menyebut nama sahabat baiknya itu dan meminta maaf kerana telah terlambat untuk datang menyelamatkannya itu tadi.

Dalam pada masa yang sama juga, Al-Fitri yang dari tadi melihat Aizat yang sedang menangis teresak-esak di tepi 'kubur' sahabat baiknya itu terus berjalan menghampirinya di dalam bentuk manusianya dengan berwajahkan Isa.

"Assalamualaikum..." Ucapnya menyapa Aizat. Aizat memandang ke arahnya lalu dia tergamam seketika.

"Kau... Bukan manusia. Tapi... Kenapa muka kau macam-"

"Maaf. Aku tak mampu nak berupa wajah manusia yang lain melainkan dengan wajah Isa sahaja." Kata-kata Aizat itu dipotong oleh Al-Fitri dengan nada yang tenang.

"Kau... Siapa kau? Kau kenal Isa ke?" Soal Aizat kepadanya sambil menangis.

"Nama aku Al-Fitri. Aku adalah jin yang telah merasuk tubuh badan Isa semasa dia berada kat sekolah menengahnya pagi tadi. Tapi jangan risau, aku sudah Islam dan kehadiran aku ke sini untuk membantu." Balas Al-Fitri dengan panjang lebar.

"Kau datang nak bantu? Kau nak bantu apa? Kawan aku dah mati!! Kalau kau nak tolong, kau patutnya tolong dia sebelum dia kena bunuh dengan Namrul tu tadi!!" Kata Aizat dengan nada yang marah.

"Engkau yakin ke yang Isa tu betul-betul mati?" Soal Al-Fitri kepadanya dan Aizat yang mendengar soalannya itu terus terdiam seketika.

"Dengan kekuasaan Allah yang maha agung, nyawa Isa pada ketika ini masih lagi panjang walaupun ntawanya pada ketika ini sedang berada di hujung tanduk. Kita masih lagi boleh selamatkan dia..." Kata Al-Fitri kepadanya lagi dengan panjang lebar.

"Tapi macam mana?" Soal Aizat kepadanya.

"Kalau pasal tu, biar aku yang uruskan. Kau pergi selamatkan Sulaiman dan Dina dengan segera. Nyawa mereka pada ketika ini sedang berada di dalam bahaya. Kalau kau terlambat lagi, apa yang terjadi dekat Isa ni akan jadi perkara yang sama dekat mereka berdua tu. Lekas! Pergi cepat." Balas Al-Fitri dengan panjang lebar lalu dia terus mengarahkan Aizat untuk pergi dengan segera.

"Okey... Kalau kau betul-betul boleh selamatkan Isa, aku minta kau buat perkara tu dengan cepat. Aku pergi dulu." Kata Aizat kepada Al-Fitri dan kemudian dia terus bergegas berlalu pergi. Al-Fitri yang sudah ditinggalkannya bersendirian itu berdiri tegak sambil memandang ke atas permukaan tanah yang menjadi 'kuburan' Isa itu dan kemudian dihalakan tapak tangan kanannya ke atas permukaan tanah tersebut.

"A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim..." Dia membaca ayat bismillah itu dengan nada yang perlahan.

"Yassin... Wal Qurannil hakim..." Al-Fitri mula membacakan Surah Yassin dan dalam pada masa yang sama, permukaan tanah pada 'kubur' Isa itu pula bergerak-gerak dengan sendirinya.
______________________________________

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now