"Luth dah lewat nak pergi kerja. Luth gerak dulu ye.. " pintanya. Serentak kedua mentuanya mengangguk. Sempat dia melambai ke arah Aisyah sebelum berjalan meninggalkan mereka.

"Aisyah buat apa lagi kat sini. Pergi salam suami kamu kat sana" tegas suara Daut berkata. Tanpa membantah Aisyah berjalan menuju ke arah Luth Zafran yang masih berada di pintu masuk rumahnya.

Luth Zafran yang memakai kasut kerja itu menoleh. Dia tersenyum kecil.

"kenapa?" berkerut dahinya melihat Aisyah yang tiba-tiba menghulurkan tangan.

"nak salamlah.. "jawab Aisyah. Dengan gembira Luth Zafran meyambut huluran itu. Aisyah menunduk sebelum mengucup sekilas tangan suaminya.

"abang pergi dulu.. " Luth Zafran menarik kepala Aisyah sebelum melabuhkam kucupan sayang di dahi Aisyah.

"bye.. " Aisyah hanya memerhati pemergian Luth Zafran sehingga kereta yang di naik suaminya hilang.








🌹🌹🌹🌹🌹









"jauh termenung.." tegur Afif. Luth Zafran tersentak mendengar teguran itu. Dia tersenyum kecil melihat Afif yang sudah berada duduk di hadapannya.

"bila kau datang?" tanyanya sambil menyedut minuman yang di ordernya tadi.

"sejak kau termenung.. " jawab Afif. Dia mengangkat tangan memanggil pelayan. Setelah selesai mengorder minuman dia kembali fokus ke arah Luth Zafran.

"kau ada problem ke?"

"hurmm.. " Luth Zafran hanya mampu mengumam. Tangannya menguis-guis stro di minumnya.

"aku dah jumpa Aisyah.. " perlahan saja suaranya.

"and?"

"aku tak taulah nak pujuk macam mana lagi.. " keluh Luth Zafran. Afif yang mendengar tergelak kecil.

"baru sikit dah give up..." perli Afif.

"merajuk dia kali ni lain macam.. "

Afif mengeleng kepala. Baru saja dia mahu bersuara pelayan tadi tiba-tiba muncul kali ini dengan minuman yang di ordernya tadi.

"thank you.. " ujarnya perlahan. Hilang saja kelibatan pelayan itu dia kembali memandang Luth Zafran.

"dah kau curang kat dia memanglah dia merajuk. Ingat senang-senang je ke dia nak maafkan kau macam tu je" kata Afif lagi. Luth Zafran mengeluh lemah. Tubuhnya di sandarkan ke kerusi sambil tangan mengetuk-getok meja. Lagaknya seperti sedang berfikir.

"kau ada idea tak?" tanyanya.

"ada.. " laju Afif mengangguk dengan yakin. Luth Zafran tersengih sumbing.

"macam mana?" soalnya berminta. Afif menyedut sedikit minumannya sebelum matanya bertentang mata dengan Luth Zafran yang jelas menunggu jawapannya.

"aku ada syarat.. " pintanya. Luth Zafran sekadar mejongket kening tanda kenapa. Afif yang melihat tersenyum lebar. Dia mendekatkan dirinya dengan Luth Zafran.

"asalkan kau kawinkan aku dengan adik kau cepat-cepat! Apa macam?" bisiknya.

"lahhh.. Kau ni. Yang tu kau lah ajak adik aku sendiri. Kau nak kawin dengan adik aku, kau lah cakap.. "

"aduuhh.. Macam kau tak kenal dengan adik kau tu.. " rungut Afif.

"okeylah.. Aku tolong kau tapi kau kena cakap dulu idea kau tu.. " tawar Luth Zafran. Afif terdiam seketika bagaikan memikirkan tawaran itu. Hampir satu minit berdiam diri barulah dia mengangguk kepalanya berkali-kali.

"okey.. Cakap dulu apa idea bernas kau tu.." ujar Luth Zafran. Afif secara tiba-tiba menarik kerusinya mendekati Luth Zafran sebelum mulutnya terkumat-kami bercerita. Luth Zafran pula tekun mendengar. Sekali-sekala dia mengangguk mengiyakan kata-kata Afif.

"hah..okey tak?" tanya Afif bangga. Kerusi di tarik semula ke tempat asal. Lebar senyuman terukir di bibir Luth Zafran.

"mantap sangat. Okeylah malam ni juga aku buat.. " yakin dia berkata-kata. Luth Zafran sempat mengerling ke arah jam di tangannya.

"dahlah.. Aku nak sambung kerja" ujarnya memandangkan waktu rehat mereka sudah habis. Afif juga turut berdiri mengikut langkah Luth Zafran.

"okey.. Jumpa kat hospital.. " ujar Afif sebelum menaiki keretanya. Begitu juga Luth Zafran. Dalam diam dia sudah tidak sabar menantikan rancangannya. Kalau ikutkan hati mahu saja dia buat sekarang namun memandang banyak kerja yang perlu dia pantau terpaksalah di tanggung.

















Sorry tak update semalam 😪..tak ada idea dan malas sngt nak menaip 😅
Petang ni insya allah kalau rajin author update lagi 😎
Pleaseeee... Vote 🌟

My PrincessWhere stories live. Discover now